Ditarbiyah Tetapi Masih Depression

Assalamualaikum. Thanks so much pada admin sebab sudi approve confession ni. Aku seorang student aliran sains di sebuah IPTA. I was diagnosed with depression and anxiety years ago. Complete diagnosis dia tak perlu kot aku beritahu.

Aku ada masalah overthinking. So aku tend untuk cerita in detail pasal kisah aku ni, tapi untuk mudah faham, I’ll try to cut it short. Aku jarang buka mulut untuk cerita pasal penyakit aku ni kat siapa-siapa termasuk kawan yang aku anggap rapat, sebab bila aku cerita pun, tak de manfaat yang significant untuk aku.

Aku pernah je cerita, then diorang kata diorang faham keadaan aku, tapi dengan tindakan diorang lepas tu, aku rasa diorang tak faham. So aku decide untuk luahkan kat sini dengan harapan I will gain something that could get me better.

Aku faham tujuan hidup aku di dunia ini, untuk meneruskan kelangsungan perjuangan Nabi memakmurkan dunia ni dengan Islam. Perjuangan Islam lah senang cerita. (mesti ada yang bahan, biaq pi kat hampa la). Sebab tu aku cuba bina diri aku dengan jadi student yang aktif sejak dari sekolah lagi :

1. Aku main sports.

2. Pegang jawatan dalam societies.

3. Join program-program (wacana, diskusi, seminar dll) especially yang akademik.

4. Join pengajian-pengajian agama, pergi pondok dll.

5. Join aktiviti-aktiviti kemahasiswaan, turun demo dll.

6. Rajin membaca dan follow isu-isu semasa especially political issues.

7. Ramah dengan anyone (kawan, relatives, teachers, strangers), tak de masalah untuk bergaul kecuali dgn family members (family aku sangat ok, cuma aku dari kecik memang susah nak bersembang dgn diorang including my parents).

8. Ibadah dan akhlak aku pun ok la (tak nak la puji diri sendiri lebih2 haha). Bahkan aku dipandang sebagai orang yang wara’ oleh kawan-kawan.

Tapi segalanya berubah bila symptoms depression and anxiety aku start. Aku hilang keaktifan aku sedikit demi sedikit, walaupun aku masih sedar tentang tuntutan untuk bina diri aku utk melaksanakan tujuan hidup tadi :

1. Sports

-aku mula lost of interest to play any kind of sports including football.

-bila aku main pun, confidence level aku berkurang, so aku tak dapat perform mcm dulu.

-end up aku makin malas nak main, main pun kalau terpaksa mcm ada tournament dll.

2. Aku sikit-sikit jauhkan diri dpd society dan apa-apa program. Aku tolak semua jawatan dan tugasan untuk program.

3. Aku semakin kurang ambil tahu isu-isu semasa. Berita-berita yang lalu di wall fb aku scroll je. Aku dah tak baca any buku selain buku akademik yang berkaitan dgn study aku. Buku-buku ilmiah aku dah lama tak bertambah. Sebelum ni aku rajin beli buku. Aktiviti-aktiviti mahasiswa juga aku pandang sepi je. Kalau join pun terasa kosong je. Aku ada juga turun demo tapi rasa kosong juga.

4. Aku mula ada masalah nak bergaul dengan orang even dengan kawan yang rapat. Bila berada dgn diorang, macam-macam yang aku fikir sampai buatkan aku tak selesa. End up, aku selalu cuba asingkan diri dpd orang. Aku pun perasan yang orang lain nampak mcm awkward bila bergaul dengan aku. Bila balik rumah, aku tak pergi surau yang biasa aku pergi sebab aku tak nak jumpa pakcik-pakcik yang aku dah biasa jumpa. Yet, aku pergi masjid sebab aku tak kenal sangat jemaah sana. Aku rasa lebih selesa begitu.

5. Prestasi akademik aku merudum sebab aku tak dapat fokus study. Even masa study week pun, aku start study 2 hari last sebelum exam padahal study week seminggu. Tapi alhamdulillah Allah luluskan juga. Selain tu, aku rasa inferior dgn kawan-kawan. Even kalau aku tahu pasal bab-bab tertentu pun, aku akan senyap dan buat-buat macam tak tahu.

5. Aku malu nak jadi Islamik. Sebelum ni aku selalu post benda-benda Islamik, bagi tazkirah dll. Tapi skrg aku jauhi benda-benda gitu. Sebabnya, aku takut aku jadi fitnah pada Islam tu sendiri sebab aku looser dalam banyak aspek.

Basically aku jadi camtu disebabkan :

-rasa inferior dan kurang confident.

-loss of interest.

-lack of motivation.

-easily irritated.

Jauh di sudut hati, aku nak jadi macam dulu, bahkan sepatutnya sekarang ni aku dah jadi lagi better dpd dulu. Aku jeles tengok kenalan-kenalan aku yang lain dah hebat-hebat sekarang. Tapi aku tak berani nak aktif semula sbb bila-bila masa aku boleh jadi tak stable. So time tu aku akan ignore semua benda termasuk kerja-kerja society. So aku akan menyusahkan orang lain. Benda ni bukan assumption aku je tapi dah terbukti. Banyak kali dah jadi camtu. Aku pun pernah kena sound sebab tak dapat siapkan kerja aku disebabkan aku tak stabil masa tu.

Mungkin ada yang beranggapan aku tak faham betul-betul tujuan hidup aku tu sebab tu aku jadi camni. Tapi aku berani cakap, aku faham. Aku tahu tuntutan akidah dan perjuangan. Aku pun dah dapatkan rawatan dpd psychiatrist dan psychologist. So aku tahu apa yang perlu aku buat utk lawan penyakit aku tu. Tapi aku tak ada kekuatan utk buat apa yang aku tahu tu. Aku dah cuba banyak kali tapi tak bertahan lama.

Banyak benda lagi aku nak cerita tapi aku kena sorok untuk elakkan fitnah pada diri aku dan pihak-pihak tertentu. Confession ni pun aku cerita secara berlapik.

Anyway, as a lesson, setiap manusia ada ujian hidup masing-masing, even orang yang ditarbiyah sekali pun. Memang betul kita mengharapkan orang yang ditrarbiyah tu mampu untuk menghadapi pelbagai mehnah dan tribulasi :P dalam perjuangan. Dan inilah mehnah dan tribulasi yang sedang aku tempuhi sekarang. Cuma aku tak dapat nak atasi lagi. Mohon doa semoga aku tak putus asa dan cepat sembuh sepenuhnya dan dapat menyumbang semaksima mungkin untuk ummah.

– Lan Todak

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *