Assalamualaikum. Aku seorang anak perempuan didalam keluarga yang suka membazir. Di sini aku kenalkan diri aku sebagai Yaya. Aku berusia lingkungan 20 an dengan gaji sebanyak RM900 setiap bulan.
Aku mempunyai emak dan 6 orang adik beradik lagi. Abang aku bakal berkahwin tidak lama lagi. Adik2 aku 2 orang perempuan dan seorang Lelaki.
Seorang adik perempuan mnghidap PTSPD iaitu sejenis penyakit mental selepas mak ayah bercerai.
Seorang lagi adik terus menjadi bisu tidak mahu bersosial dengan dunia luar semenjak mak ayah bercerai.
Dan seorang lagi adik lelaki. Beliau susah tidak kesekolah kerana sering dibuang sekolah sebab terlibat masalah disiplin. Adik lelaki tidal mempunyai apa2 kerja.
Kerja nya hanyalah minum beer, mabuk, bergaduh, lumba motor dan akhir sekali balik rumah minta wang dekat mak. Mak? Terpaksalah beri wang kepada adik setiap Hari kerana tidak mahu adik melakukan jenayah.
Ayah? Dia seperti chips more. Kadang muncul kadang hilang. Nafkah anak? Mula2 RM1500. Bbrpa bulan kemudian RM1000.
Kemudian brkurang kepada RM700. Kemudian RM500. Jadi begitulah kitaran nafkah ayah kepada anak2. Anak2 mana? Anak perempuan trmasuk aku yang belum brkahwin dan adik lelaki aku.Dengan RM500 tulah tanggung hidup kami 5 beradik.
Tapi bukan hal itu yang aku nk ceritakan.
Ceritnya begini.
Aku dalam dilema antara diluah mati emak dan ditelan mati bapa.
Aku gaji RM900. Di rumah ini ada 6 orang trmasuk mak.
Setiap bulan ini bil2 rumah aku,
Air – RM500
Api -RM500
(Biasanya aku dan emak brgilir2 bayar. Tetapi emak akan bayar ansur2 RM100 sahaja, aku? Akuu terus lum sum. Tetapi setiap bulan bil tetap RM500)
Maintenance rumah – RM250
(Biasanya mak bayar guna wang nafkah ayah, atau guna wang JKM mak)
Loan rumah – RM750 @ RM450.
(Loan rumah biasanya aku bayar menggunakan wang nafkah ayah sebab ayah cakap duit nafkah ini RM500 untuk bayar rumah jika tidak bayar bank sotong akan sita rumah).
Masalah aku :
1) Gaji aku kecik.. aku tidak mampu untuk sara bil2. RM900 tuu termasuk makan minum tambang bas ke tempat kerja, wang emergency, duit belanja dapur.
Mak sudah mula bising aku tidak memberi wang bulanan kepada mak. Aku hanyaa beri untuk belanja raya. Bukan aku tidak mahu beri, Tetapi ibu mahu RM200.
Mana nak dapat jumlah RM200? Aku masih membeli segala keinginan dan keperluan ibu setiap bulan yang Mana jumlah itu cecah lebih RM200. Jika aku beri RM200 mak masih mahu aku belikan keperluan nya.
Untuk setengah orang mungkin masalah ini remeh. Tetapi tidak bagi aku. Mak aku lain. Jika tidak dipenuhi pasti berbakul2 makian yang aku perlu telan..
2) Adik beradik aku suka duduk didalam bilik air lama2. Dan suka mngunakan air dlm jumlah yang bnyk. Aku stress !!! Setiap bulan bil air RM500. Apabila aku tegurr mak marah2. Mak back up adik beradik.
Jadi aku stress sangat. Ada kawan2 nasihat minta tegurr ibu, Tetapi aku sudah buat semua ituu. Tetapi setiap bulan bil air masih RM500.
Jadi jika tidak bayar akan tertunggak. Jika bayar ansur2 akan tertunggak juga. Akuu tidak tau apa lagi caraa mau kurangkan penggunaan air didalam rumah aku.
Yang menjadi mangsa bayar bil air? Aku lah!! Jika tidak? Mak akan marah2 bil tinggi. Mak cakap mahu jumpa pengarah air untuk bincang isu ini, entah la. Akuu buntu.
3) Bil eletrik.
Setiap bulan RM500 bil api. Tinggi bukan? Ya amat tinggi. Adik beradik aku suka buka lampu Ketika tidur malam. Lampu bilik la, lampu bilik air la, lampu dapur la. Stress aku !!
Selain itu dirumah ada 2 peti ais, 2 freezer. Tiada apa2 kepentingan pun cuma mak cakap kalau mak dah tiada boleh buat modal adik beradik meniaga.
Aku amatlah tertekan dengan sikap mak ini. Freezer dan peti ais penyumbang utama kenaikkan bil api dirumah. Sudah berbuih mulut menasihati, tetapi akhir nya salahh aku yang dicari.
Jadi setiap bulan jika aku membayar bil api RM500 gaji aku tinggal RM400. Begitulah sebaliknya. Aku stress!!
Jika aku berkeras hati tidak mahu bayar, nanti mak guna wang JKM bayar secara ansuran tetapi bil bulan depan pasti meninggi.
Dan kemudian mak akan marah2 dan tidak bercakap dengan aku kerana marah wang bantuannya bayar bil.Wang bantuan mak cuma RM300. Kerana mak kategori pesakit kronik dan ibu tunggal.( Mak ada strok dan diagnosed penyakit narcist )..
4) Belanja dapur.
Cukuplah aku bercakap bahagian aku. Ya, apa2 saja makanan dibeli pasti habis dalam Masa sehari atau seminggu.
Dirumah aku semua orang dewasa. Aku stress kerana tidak dapat mengawal makan minum keluarga. Belanja untuk makan minum RM300-500 sebulan. Mahalnya? Ya.
Begini kira2 belanja rumah aku :
1) Pasar pagi : RM250 × 2 Kali sebulan
(Ayam, ikan, sayur, buah, snek, makanan kering ) kenapa RM250? Ayam 3 ekor, ikan 5-6 kilo. Buah? Bermacam2 jenis, sayur? Lagi banyak lah. Kenapa? Mak cakap rumah ramai orang.
2) Pasar raya besar : RM150-250 × 3-4 kali sebulan.
Macam biasa lah beli ayam ikan sayur buah, makanan kering.
3) Makanan hipster × 4 kali seminggu.
(Kek secret recipe, ayam KFC, burger macdonald, dan. Bla bla.. jika aku tidak membeli, emak dan adik2 akan palau aku selama berbulan2)
5) Hari raya? Mak akan belikan adik2 3 orang ituu pakaian. Aku dan abang? Mak cakap kami dah kerja jadi pandai2 lah. Dan kalau mak belikan pun pasti baju aku bawah RM100.
Baju adik? RM200-RM500. Tipu? Terpulang. Tetapi ini yang aku lalui.
Dirumah aku, mak didik kami dari kecil untuk habiskan makanan dalam masa sehari. Mak cakap takpa makan saja esok2 adalah rezeki lain. Dan hasil nya? Belum tentu esok tuu ada rezeki.
Apa saja makanan pasti habis cepat. Aku stress sangat kerana selalu ikat perut ditempat kerja, tidak boleh berfesyen seperti kwn2 lain. Semua yang aku mahu semua terhalang kerana aku menanggung keluarga. Umur aku sudah ke hujung2 20an. Tetapi aku tiada apa2.
Yang pasti setiap hujung bulan pasti mak marah2 tiada apa mahu dimakan. Abang aku? Dia hanya menyara diri sendiri saja.
Dia kerja dan mampu membelikan apa2 saja keperluan dia seperti baju, makanan, vape, keluar dating. Dia juga sudah muak dengan sikap keluarga ini yang suka boros dan membazir. Dia sudah tidak menyara kami sejak 3 tahun sudah.
Aku? Baju dalam pun susah 4 tahun guna. Itupun hanyaa 2 helai saja. Baju2 lain? Hanya mengharap kawan2 aku bagi. (Aku ada kawan2 yang suka bagi baju).
Oh yaa kenapa gaji RM900? Kerana itu saja pekerjaan yang dekat dengan rumah. Mak pesakit kronik jadi jika dekat jika jadi apa2 senang la aku pantau. Tapi tidaklah dekat sangat. Cuma perlu wang tambang dan wang makan ditempat kerja.
Bagaimana ya? Aku cuma mahu wang hasil penat kerja untuk aku guna sikit pun jadiklah. Tetapi akhirnya? Hmmmm.
Aku sudah berkerja hampir 3 tahun.Tetapi tiada saving apa2. Takaful pun tiada.
Mohon ada pendapat yang bernas ya. Semoga kalian dimurahkan rezeki. Bagi pendapat kepada aku bagaimana 6 orang dewasa perlu tinggal dengan bil yang rendah dan mknn yang tidak perlu dibazirkan.
– Yaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit