Salam & thank you admin sebab siarkan confession ni. sebenarnya luahan ni lebih kepada untuk legakan tekanan sebab dah lebih 3 tahun dok menangggung sampaikan dari tekanan darah rendah now dah di diagnose tekanan darah tinggi (bacaan sistolik 181) da cecah hipertensi tahap 3 and umur aku baru awal 30-an. now bergantung dengan ubat tu pun monthly checkup bacaan masih 130.punca utama sebab stress. setiap bulan temujanji doctor advise kurangkan stress. macam mane tak nak stress selagi otak ni dok fikir.tekanan & bebanan otak yang aku tak mampu nak luah dekat sesiapa pun.
Sampai suatu tahap aku cakap sorang-sorang sambil drive, terlepas susur balik ke rumah and bila stress sangat, ambik kunci kereta keluar drive sorang-sorang walaupun waktu tu pukul 3-4 pagi.
anyway, aku dah berkahwin almost 10 tahun & dah punya 3 cahaya mate. Alhamdulillah. kami hidup tak mewah, tak jugak susah. mampu sediakan keperluan untuk anak-anak, tiada tunggakkan hutang besar. sederhana pendek kate, if nak something, pandai la sendiri menabung. beli segala yang mampu milik sahaje
ape punca aku stress ?
1. masalah kerja – almost semua orang pun ade masalah & tekanan kat tempat kerja, so far masih boleh manage lagi, tinggal kan semua masalah kerja dekat office & kalau still boleh luah pada suami/kawan/adik beradik bile balik rumah..incase betol-betol perlukan tempat untuk luah. kalau masih tersisa pun tekanan tu sikit je.
2. masalah rumah tangga – same jugak, sedangkan lidah lagi tergigit. but still manageable. gaduh laki bini, paling worse pun perang dingin 3 4 hari.still buleh luah mintak nasihat dengan Ibu or MIL or kak ipar/adik.
3. masalah menanggung biawak hidup aka adik sendiri, yang ni aku buat aku fikir 40 juta kali sebelom nak post confession ni, serba salah. adik beradik darah daging kan. after SPM, Ibu mintak adik tinggal dengan aku, sebab nak elakkan die dari terus terjebak dengan masalah sosial dekat kampung. bukan nk cakap buruk, tapi boleh dikatakan 80% dari remaja kat kampung aku tu, sama ade termengandung luar nikah or mengandungkan anak orang lain luar nikah, masalah dadah lagi. bukan setakat tagih, siap ade yang jadi tokan. sebabkan kami pun dah kematian Ayah jadi, nak tak nak aku sebagai kakak sulong ambik tanggungjawab untuk tengokkan die.
note: Alhamdulillah, kami adik beradik yang lain tak dibesarkan dekat situ, balik dok situ lepas Ayah da pencen & adik je lah the only yang hadap zaman remaja dekat situ.
Alhamdulillah sepanjang die duduk dengan aku ni, masalah tu semua memang die tak buat (setahu aku lah), fokus betol die kerja kadang buat part time sampai 2 3 pagi, and dalam 2 tahun kerja die da boleh beli kereta & motor (secondhand).
nampak macam tak de masalah kan. so ape yang aku stress ?
aku stress sebab die buat aku ni macam orang gaji/kuli/babu & rumah ni macam hotel, sikit tak timbang rase or ade common sense. betol dari awal lagi die start keje aku da pesan, aku tak mintak die bayar sewa rumah ke ape, cume kalau nak makan ape tu beli la. jangan harap aku nak sediakan 100%.keperluan die pun, belilah sendiri. aku ade banyak lagi tanggungan lain.
sewa rumah, api air, internet – same-same pakai, tapi yang kena bayar hanya kami laki bini, barang makan kami beli penuh peti ais, esok nak makan da tak de. belikan makanan untuk anak pun hilang, contoh belikan susu kotak da spare siap-siap 3 pack utk 3 anak nak pergi sekolah, esok dah hilang 1 tak ke sorang anak akan mengamok sebab die punye hilang. sabun berus gigi segala toiletries pun habis die guna yang aku simpan stock, elok time kite nak ganti untuk kite, buke cabinet dah kosong.tepuk dahi sambil merenung nasib, fikir dalam purse ade lagi lebihan budget.
basuh baju sidai & lipat baju die pun aku buat, bilik die suami yang tolong bersihkan sawang & habuk.walaupun dah banyak kali pesan, weekend nanti spend 1 hari tu utk kemas bilik. die iyekan je.tapi buatnye tidak. die pulak jenis merokok dalam bilik. sampai 1 tahap da tak tahan, suami tulis notis dekat pintu bilik minta die merokok luar rumah. kesian anak kami asyik dok batuk je padahal suami tak pernah merokok.
kami sediakan bilik fully furnished untuk die, nak die selesa. pernah bile tak masak, balik selak saji tengok tak de makanan terus buat muka, aku cakap la aku penat nak masak, suami jenis yang tak kisah die lapar die masak nasi & goreng telur ajak anak-anak makan or die just keluar tapaw nasi goreng. bile internet tak dapat, datang ketuk pintu tengah malam tanya kalau kami ni jahat sangat tukar password tak inform die. ligan bilik tidur anak-anak (bilik tidur anak selalu kemas & sangat best nak lepak plus anak pun masih tido sebilik dengan kami) lepas tu tak kemas balik. esok kite masuk Allahu mampu urut dada je la.tu belom time die buat bersidai dengan bantal & comforter depan TV. 3 hari 3 malam la kat depan tu dengan mug kopi/milo yang tak basuh bertenggek dekat cabinet TV.
note : aku jenis, nak tido malam rumah kena kemas, nak keluar kerja pun rumah kena kemas so balik petang nanti tak de la bertambah serabut tengok rumah bersepah.
kite da siap masak kemas dapur sinki clear, bangun esok pagi penuh balik sinki.sampai 1 pagitu aku bangun konon nak buat breakfast, tapi spoil mood tengok penuh balik sinki, die masak maggi pandai kemas balik tak pandai. betol-betol tak tahan aku ambik semua pinggan mangkuk tu aku baling. aku pergi kerja tinggalkan aje sinki bersepah macam tu. balik pun aku tak basuh & kain baju die aku asing kan.aku kutip cuci pakaian kami anak beranak je.
elok die basuh pinggan die gune, tapi betol-betol die berkire basuh yang die guna je la. lepas tu memang die tarik muke la dengan aku. die boleh keluar makan kat luar, kalau aku kirim beli something memang 99% tak kan dapat dengan alasan kedai tutup or die balik lewat tak sempat nak belikan. yang 1% tu dapat if barang tu harge tak sampai RM2 or aku pesan tu berserta duit.kalau kirim pakai air liur je, alamatnye ghaib lah ape yang aku pesan tu.
gaji die tak luak, sebab tu umur muda die mampu beli itu ini, aku ni pulak yang nak kena menanggung double kos makan minum & keperluan lain. tahap kedekut die tu, minyak rambut anak aku pun die sebat, sikat rambut pun hilang. sampaikan kami kena sorok. hilang ape-ape barang, senang je masuk bilik die cari confirm jumpa.
gaji die banyak-banyak, bukan kate nak hulur kat Ibu, tiap-tiap bulan RM100 pun tak sampai dekat Ibu, kena Ibu mintak baru bagi, tu pun 2 3 hari baru bagi bukan Ibu mintak banyak pun.RM50 berkira.selebihnya habiskan dekat awek, ni lagi 1 yang aku sangat tak berkenan sebab perempuan ni memang kami kenal die dari tadika kot and boleh kate kan berape dah jantan kat kampung tu dok usung die, cantek je la yang ade pun.dah la malam-malam bergayut guna phone rumah, tiap malam 4 jam. murah-murah charge UNIFI tu pun bayangkan lah banyak mane pulak aku nak kena lebihkan bayar.so far ni, aku sorok je phone tu.
note : setiap bulan aku akan buat budget, perbelanjaan biasa takkan melebihi budget sebab kami takde side income untuk cover incase of emergency, kalau lebih dari budget kelaut la emergency saving kami.
now ni stock tolietries segala tu memang da lame tak beli, kira habis baru beli so terus bukak masuk letak dalam bilik air aku. bilik air yang die sorang gune ?? memang tahap bilik air/tandas dekat pam minyak da. kalau tahu ade guest nak datang nak tak nak kami jugak la masuk sental bilik air tu.kemas elok-elok and letak complete new set toilteries. lepas guest balik, keluarkan balik. setakat ni tu je lah yang mampu aku buat, but still banyak lagi dok menanggung benda lain.
die buat rumah ni macam hotel, nak service terbaik tapi sikit tak nak keluar sen. kami agak terasa, sebab kami ikat perut nak beli keperluan sampaikan ketepikan keinginan, kadang cut budget itu ini. beli keperluan anak pun ala kadar je. tambah lagi tahun lepas kami ade masalah gaji, gaji lewat bayar jadi benda macam ni buat kan kami betol-betol terasa, aku lebih terasa sebab die adik aku, and aku susahkan suami aku, die terbeban same nak kena tanggung. maklumlah dok bandar ni, mane nak tanggung kos minyak toll parking & makan lagi tiap hari pergi kerja.
monthly, after gaji je mesti kami akan bawak anak-anak keluar makan, and setiap kali pun hanya kami yang bayar.
nak je cakap & minta die keluar and cari rumah sewa lain, rasekan duduk rumah sewa yang kena bayar api air, makan kena cari sendiri baju kena cuci tangan or pergi dobi keluar sen bayar.nak je bagi die rase.
one of my junior dekat office cerita, die bujang and menumpang dengan kakak die, tido dalam bilik stor yang penuh dengan barang kakak die, die bagi RM500 sebulan dekat kakak die, makan kat luar & baju cuci tangan. tu pun die kate balik die kena bebel lagi di tuduhnya tak membantu hal dalam rumah. atleast junior aku ni keperluan die, semua die settle sendiri.
macam adik aku ni, dah la dari segi kewangan tak membantu, kerja rumah (basuh pinggan, buang sampah, cuci toilet) pun tak membantu.
tapi aku tak mampu nak bersuara, aku tak mampu nak luka kan hati die, luka kan hati Ibu aku.macam mane nanti kalau die kecik hati.kang nanti aku kena cop berkira dengan adik beradik, tapi sekarang ni aku sendiri pun tersepit nak hidup, kais pagi makan pagi je.mana nak fikir kepentingan anak-anak lagi.
paling-paling pun aku mampu masuk bilik menangis or keluar bawak diri dengan harapan dapat tenangkan hati, and elakkan dari terserempak dengan die, nanti die tegur aku, aku elok cair balik.yelah adik sendiri kot. aku nak luah lebih-lebih kat suami pun tak boleh, dah jadi macam aku dok kutuk adik aku depan die, kang jadi macam menanam rase benci die pulak pada adik.
ok. siap taip lega dah sikit, walaupun bila aku scroll balik baca macam tunggang langgang je.harap yang baca boleh faham, and if boleh share, ape care terbaik aku kena buat ?, aku nak kena jage hati adik & nak jugak kena faham suami aku pun da terlibat same menanggung beban ni or kecam la kalau rase aku is kakak tak guna yang berkira dengan adik beradik (sebab ni yang aku sendiri rase and rase nak tampar je diri sendiri)
– Cactus Gebu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit