Diterima Atau Tidak

Assalammulaikum dan hai semua.. Sebelum tu nak perkenalkan diri, nama aku Dian dah berumahtangga dan memiliki seorang anak.

Aku bekerja dalam sektor pengangkutan manakala suami aku bekerja sebagai perkhidmat pelanggan di pasaraya termuka di Malaysia.

Sejujurnya aku buntu nak tolong suami aku macam mana. Jadi aku memerlukan pandangan pembaca yang mungkin pernah mengalami atau tahu bagaimana untuk langkah selanjutnya.

2 bulan yang lalu suami aku di tawarkan perkhidmatan dalam kerajaan berstatus tetap di bawah suatu kementerian (dirahsiakan).

Alhamdulillah rezeki suami yang tak pernah putus cuba dan cuba mengisi setiap kekosongan permohonan, menjawab peperiksaan dan menghadiri setiap temuduga.

Masa tu, suami aku seronok sangat walaupun sayang nak lepaskan kerja yang sedia ada.

Sebulan sebelum melaporkan diri, pihak SPA ada menghubungi suamiku untuk bersedia untuk melaporkan diri di Jabatan negeri X dan memaklumkan dokumen yang perlu dibawa beserta pemakaian ketika lapor diri.

Jadi atas makluman yang diberi, maka suamiku pun mula hantar surat berhenti kerja berkuatkuasa selama sebulan.

Jadi sampai masa yang ditetapkan, suamiku melaporkan diri di jabatan berkenaan..

Namun sayangnya suamiku dimaklumkan ada penangguhan kemasukan bekerja kerana rekod kesihatan yang mereka terima kurang memuaskan di mana ada masalah kesihatan ringan,

Dan pihak mereka akan maklumkan semula kemasukan melapor diri melalui email.

Persoalannya kenapa dah lapor diri baru hendak buat semakan sedangkan rekod kesihatan telah dihantar melalui sistem iaitu sebulan sebelum lapor diri??

Hari ni genaplah sebulan namun masih belum ada sebarang keputusan atau makluman status terkini pengambilan bekerja suamiku.

Jadi aku perlukan pandangan pembaca apa perlu suami aku lakukan??

Siapa yang patut dihubungi untuk mengetahui statusnya sekarang?

Disebabkan itu, sebulan juga suamiku tak bekerja kerna serba-salah, risau kalau-kalau dipanggil untuk melaporkan diri jika suamiku dah bekerja di tempat lain.

Terima kasih tak terhingga jika ada pembaca yang sudi memberi cadangan dan nasihat untuk permasalahan aku ini.

– Dian (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *