Ditindas

Ya Allah, mohon beri kesabaran buat hambamu ni untuk bertahan sepanjang tempoh tamat kontrak kerja ni.

Salam untuk semua pembaca IIUM Confession. Harini saya nak cerita tentang tempat kerja yang hmm.

Saya seorang wanita lingkungan 30 an, berpengalaman bekerja sebagai operator sahaja dalam 6 tahun, sekarang masih bekerja sebagai seorang pekerja swasta,

Bukan niat nak burukkan anyone tapi saya rasa untuk yang mentally kuat boleh bertahan. Orang keluar masuk selalu.

Cerita start bila saya terpaksa berpindah ke satu daerah ni sebab ada masalah yang tak dapt dielakkan walaupun saya dah sayang dengan pekerjaan lama.

So bermulalah kehidupan bekerja di situ. Sebagai orang baru, kita just ikut jelah rules prepare untuk event apa semua.

And just like minggu kedua mungkin perlu bekerja hujung minggu untuk event. Then still ok lah sebb orang baru. Then berterusan untuk minggu seterusnya terpaksa bekerja dengan alasan untuk siapkan tugasan lain.

Tapi tak disangka rupanya kerja kami untuk hujung minggu tak berbayar. So dah sebulan bekerja then kami perlu sign contract di mana contract tu kami tak dibenarkan bawa balik before sign.

Then setelah berminggu minggu dan menunggu gaji pertama baru perasan memg betul gaji kerja pada hujung minggu tak berbayar. Tapi memandang kan dah sign contract dan semua pun berdiam diri.

Sampai satu masa terasa sangat terbeban dengan isi contract di mana kami perlu membayar balik kepada majikan jika ingin berhenti.

So sebab tak tahan dengan tekanan kerja iaitu balik lewat tak berbayar, kerja hujung minggu tak berbayar juga ada bayaran lain.

Maka saya bertekad call JTK untuk tanya mengenai bayaran yang dikenakan. Nah. Saya siap record sebagai bukti. Then saya hantar notice 24 hours.

Pagi tu juga saya dapat panggilan untuk masuk bekerja semula dan berbincang mengenai perkara ni.

Dalam surat saya nyatakan contract yang dibuat tu melanggar Akta pekerja. Pagi hari bekerja tu saya dah tekad juga nak selesaikan perkara ni

Petang tu juga dipanggil untuk perbincangan. Sebagai seorang yang boleh dikatakan jarang melawan so, saya bertekad luahkan semua beban kerja ni, apa yang saya tak puas hati.

Then saya dapt penjelasan yang I would consider tak memuaskan hati. So saya nyatakan tolong jangan tindas kami pekerja. Even yang lain dah lama bekerja pun, tak berani buat aduan.

Saya dah prepare semua bukti recording sebagai evidence, so dah tak boleh ugut kenakan bayaran kalau nak resign. Rasa puas hati juga lah bukan sebab nak membalas ke apa. Just sharing hak pekerja.

So in case yang ada masalah yang lebih kurang, prepare all the evidence so that you will not be convicted or it wont be any problem for the future.

Just call saja pihak tertentu, confirm dia akan beri pandangan munasabah. And jangan lupa before sign contract kerja make sure ada hak untuk teliti dulu offer letter.

– Asy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *