Ditindas Pekerja Asing

Nama aku izz. Aku harap admin dapat siarkan confessions aku. Aku tak nak jadi penghukum atau hakim yang menyalahkan sesiapa. Cukuplah untuk kalian tahu dan ambil tahu tentang hakikat yang menekan ini. Aku ada 2 point penting yang ingin disampaikan bagi membuka mata majikan dan membuatkan pembeli terutamanya rakyat tempatan berfikir sejenak. Melihat hakikat yang ramai orang tidak ambil tahu.

Point pertama adalah berkaitan majikan yang mengambil pekerja asing. Mari aku kecilkan skop kepada bidang retail. Bidang yang pernah aku ceburi. Kebanyakkan majikan dalam bidang retail sama ada sedar atau separuh sedar telah menganak tirikan pekerja tempatan. Mereka selalu komen pekerja tempatan tidak boleh kerja dalam tempoh yang lama atau tidak setanding pekerja asing.

Tahukah wahai majikan,gaji yang awak bayar kepada pekerja tempatan adalah sama dengan pekerja asing sedangkan pekerja tempatan tidak disediakan tempat tinggal,mereka juga harus menanggung pengakutan sendiri. Tolonglah majikan, awak bagi nilai gaji yang sama sedangkan rm1000++ tetap sama nilainya di sini tapi pekerja asing dapat tukarkannya 3 @ 4 kali ganda lebih tinggi nilainya di sana. Awak sediakan tempat tinggal untuk mereka tapi awak tak mampu bagi elaun makan untuk pekerja tempatan. Awak mampu bayar passport mereka tapi awak tak mampu sediakan elaun pengakutan untuk pekerja tempatan. Lalu awak kata pekerja tempatan tak setanding pekerja asing?

Sekarang saya dah berhenti di tempat kerja lama dan dengar cerita mereka mengambil pekerja asing melalui agent dengan bayaran rm2500/month. Alangkah indahnya kalau majikan boleh bayar amount sebanyak itu untuk pekerja tempatan. Baru kita boleh berbincang dan berdebat tentang kesetiaan dan cara kerja yang terbaik dengan lebih adil. Malangnya majikan tetap majikan,sanggup bayar lebih kepada pekerja asing tapi tidak pekerja tempatan.

Point 2 aku sangat berkaitan dengan keluarga aku sendiri. Keluarga aku membuka kedai menjahit kecil-kecilan. Cukup untuk menggajikan pekerja asing atau lebih tepat lagi pekerja bangla. Tapi malangnya setelah ayah aku berhabis masa dan tenaga untuk buatkan passport bagi pekerja bangla ini(passport pekerja bangla ini telah tamat tempoh sedangkan semasa minta kerja dia mengaku baru datang ke sini, pelik bukan secepat itu passport dia mati) tapi dengan mudah dia mengugut kami untuk berhenti kerja sekiranya gaji yang dia mahukan tidak dipenuhi.

Begitu sekali sombong dan bongkaknya bangsa ini. Maaf sekiranya aku berkasar bahasa. Mungkin kalian rasa aku tidak adil kerana memukul sama rata. Izinkan aku cerita sampai habis. Setelah berborak kosong dengan owner-owner usahawan tempatan rupanya mereka juga mengalami benda yang sama. Kami usahawan tempatan kebanyakkan telah diugut oleh pekerja bangla. Biadap sekali perangai mereka setelah kami berikan tempat tinggal dan ilmu yang ada sehingga sanggup makan tuan.

Disini atau dimana sahaja kalian akan nampak pekerja bangla membuka perniagaan mereka. Mungkin mereka akan kata ini bisnes owner melayu tapi disebalik itu,mereka telah menindas mereka. Ada bisnes orang melayu ini telah diugut supaya “majikan” mereka duduk rumah senyap-senyap dan terima bayaran rm2000 sedangkan keuntungan perniagaan adalah 30k/month. Kerana apa? Hanya disebabkan jika owner tak terima,mereka akan berhenti kerja. Kelakar bukan? Siapa tuan kepada tuan sekarang ni?

Malangnya hari ini ramai pembeli tempatan yang lebih memilih perkhidmatan pekerja bangla berbanding pekerja tempatan hanya kerana harga yang mereka tawarkan murah dan perkhidmatan mereka cepat. Tapi kalian mungkin tidak sedar,sekiranya mereka dapat menutup persaing mereka iaitu owner melayu. Harga yang ditawarkan tidak lagi murah malah perkhidmatan juga akan jadi cacar mabar. Ketika itu,kalian yang pembeli nak komen pun tak boleh sebab mereka akan berpura-pura tak faham bahasa kalian. Dan inilah yang sedang berlaku di sini apabila lepas satu,satu perniagaan anak melayu gulung tikar disebabkan kuasa pembeli yang lebih memilih untuk memilih perkhidmatan mereka.

Sedih tapi ini hakikat yang terjadi didepan mata aku sendiri. Aku yang menyaksikan perginya usahawan melayu yang kecewa dengan kuasa pembeli. Bagaimana dengan bekas pekerja bangla yang bekerja dengan keluarga kami dulu?

Aku dapat tahu dia telahpun membuka perniagaannya sendiri di kawasan lain tapi sangat berhampiran dengan kedai menjahit keluarga kami. Tahu dimana dia dapat customer? Dari senarai no.phone customer sepanjang dia bekerja dengan kami. Hebat bukan? Begitulah cara mereka membalas budi kami usahawan melayu tempatan.

Aku berharap confessions aku ini dapat membuka mata sesetengah dari kalian yang tidak pernah tahu menahu tentang hakikat penindasan ini. Aku tidak salahkan kalian. Tidak sama sekali. Aku cuma kecewa. Kecewa kerana persaing-persaing kami bukan lagi usahawan melayu. Melihat usahawan melayu gulung tikar itu bukan kebahagiaan kami malah muara kesedihan tentang hakikat sebenar kejatuhan mereka.

Terima kasih membaca luahan aku. Aku izz hanya menulis bukan menghukum.

– Izz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *