Ditinggalkan Ditepi Highway

Assalamualaikum. Nama aku Nana (bukan nama sebenar). Umur 22 tahun. Tujuan aku cerita sbb aku nak moral support untuk teruskan kehidupan. Aku masih trauma ni.

Pada minggu lepas, aku dapat panggilan daripada seseorang, (sekarang ex) boyfriend. Petang tu dia call aku suruh teman untuk lawat seorang ahli keluarga rapatnya yg masuk hospital. Kira2 jam 7.30 malam, dia sampai utk ambik aku untuk ke hospital di Klang.

Pada waktu tu, aku bawak kerja aku sikit untuk bawak dalam kereta. Aku hidupkan laptop aku. Masa dalam kereta, aku tanya khabar ahli keluarga yg masuk hospital tu mcm mana. Berapa lama sakit dan sebagainya. Tapi aku tau dia takde mood waktu tu sbb dia cakap dkt aku, “taktau la nak ckp apa”. Jd, aku pun diam. Pandang laptop aku. Tiba2 dia naik suara sikit, “sambung la buat kerja tu!”. Aku terdiam.

Tak lama lepas tu, dia pun tanya aku dgn nada yg marah,”kenapa tak bgtau ada kerja?? Kalau tau ada kerja bgtau la!”. Aku diam lagi. Dia marah lagi, cakap, tujuan dia bawak aku untuk at least aku ada dengan dia masa dia susah. At least, aku boleh tenangkan dia tp aku busy buat kerja. Start sini aku mula naik suara sikit. Aku cakap kat dia at least aku make time dgn dia utk jumpa ahli keluarga dia yg sakit walaupun aku busy. Dia marah aku. Dia kata aku cuma wujud tp dia tak rasa kewujudan aku. Aku diam.

Masa aku nampak dia marah dari awal, memang dah tak sentuh kerja, tutup terus laptop. Bila aku diam pun aku kena marah lagi. Dia tinggi suara lagi, “Say something!!!”. Aku taknak cakap apa sbb aku tau dia tengah serabut tp aku pun balas, at least aku ada bersama dia. At least aku make time. What if masa dia call td inform ahli keluarga dia sakit, aku ckp aku busy? Mesti lg marah kan? Pdhal malam tu, aku dah janji lg untuk keluar dgn best friend aku.

Tiba2 dia nak hantar aku balik. Aku pun diam la. Aku kecewa yg masa aku pun tak appreciate. Dia suruh aku bersuara sebelum dia sampai ke tempat nak hantar aku balik. Aku diam. Aku ckp aku taknak bersuara sbb nanti dia kata aku defend diri aku. Aku taknak ckp pun sbb taknak dia serabut. Aku tau dia sedih. Tak lama lepas tu aku pun bersuara sbb dia mmg marah aku diam je. Aku tgh geram mmg aku kalau boleh diam sbb aku akan cakap benda yg aku tak maksudkan.

Tapi aku pun bersuara akhirnya. Aku ckp, kalau aku ni tak faham dia, tak sensitive dgn perasan dia, carilah perempuan yg boleh ikut kehendak dia. Aku marah sgt waktu tu. Aku dah nak nangis sbb aku boleh buat banyak lg benda tp masa aku tak dihargai.

Lepas aku ckp macam tu, dia berhenti kan kereta. Masa tu pukul 8.15 malam. Dia ckp dia dah agak aku akan cakap mcmtu. Tiba2 dia suruh aku keluar dari kereta. Aku dah nangis masa ni. Aku terkejut. Aku ckp la kat dia, taktau ke ada perempuan kena tinggal tepi jalan mati tak lama lpstu. Dia tinggi suara ckp, “independent sangat kan! keluar sekarang!!” Aku tak cakap apa dah waktu tu.

Aku terus keluar dari kereta. Tuhan je tau betapa takutnya aku waktu tu. Aku menggigil lagi sbb takut sgt. Aku fikir keselamatan aku je. Tempat tu gelap. Aku takut kalau ada perogol ke apa. Aku menagis2 kat tepi tu. Aku nampak ada longkang, aku terus seberang. Aku jumpa taman perumahan. Tp masih lagi gelap. Aku jalan depan2 utk cari rumah yg terang. At least aku selamat kalau tempat terang. Bila aku jalan ada la 3,4 ekor anjing nak dtg dekat. Aku sebut nama Allah je masa tu.

Tak lama lepas tu, aku jumpa rumah terang. Aku duduk tepi pokok dpn rumah tu menggigil2 call best friend aku tu. Aku rasa bersalah sbb aku cancel plan dgn dia lpstu call dia pulak. Aku ckp la aku kena tinggal & taktau aku kat mana. Dia suruh aku bukak whatsapp untuk send location. Aku nak book grab waktu tu. Tiba2 ada sorang uncle ni nak buang sampah kat sebelah tempat aku berdiri. Dia nampak aku menangis & tanya la kenapa. Aku ckp aku kena tinggal. Dia panggil sorang ni, mungkin wife. Dia cerita apa jd kat aku.

Aku tanya dorang apa alamat ni, sbb aku taktau ni rumah nombor brp. Dorang tunjuk la alamat. Aku terus order grab. Sementara tunggu grab, dorang suruh aku masuk rumah dorang. Waktu tu, ada upacara kat rumah tu. Jd, ramai la orang. Aku duduk je la sampai grab sampai. Aku bersyukur tuhan hantar dorang ni untuk protect aku. Dorang pujuk aku. Aunty tu siap tanya lg aku ada duit tak nak balik naik grab. Kalau takde, dia bagi. Aku ckp ada. Brp minit lepas tu grab sampai. Aku rasa lama betul aku kat situ. Aku still takut.

Semalam aku dpt call dari nombor yg aku agak familiar. Sbb nombor tu mcm lebih kurang lelaki tu je. Aku pelik jugak kalau dia call sbb aku dah block nombor dia. Oh, lepas dia tinggalkan aku tepi highway, dia call aku brp minit lepas tu. Aku block terus. Aku takut dia nak maki aku lagi ke apa. Okay, lps tu nombor mcm aku kenal tu call 2 kali tapi aku tak angkat. Lpstu aku dpt whatsapp dari lelaki tu. Dia ckp dia mintak maaf panjang2. Oh ya, 2 hari selepas kejadian tu, aku whatsapp dia, aku ckp aku takkan lupa dan maafkan apa dia buat.

Aku harap adik dia atau kalau satu hari ada anak perempuan , satu hari nanti akan kena nasib sama mcm aku. Aku ckp semoga tuhan membalas perbuatan dia. Tp tak reply. Tu yg semalam dia whatsapp ckp mintak maaf. Aku serious tak boleh maafkan lg. It takes time to heal though. Dalam ayat panjang2 tu, satu ayat sgt menyakitkan hati. Dia ckp tu pilihan aku kalau taknak lupa tp maafkan dia at least. Lps ni dia janji tak kacau hidup aku. Aku mcm wah wah kalau lupa tu satu pilihan, aku mmg nak lupa. Tp aku tak boleh lupa sampai skrg. Setiap kali aku nampak kereta sama mcm dia, aku jd takut.

Tu je dari aku. Aku harap tuhan pertemukan aku dgn lelaki yg baik2 dlm hidup. Aku pernah doa, sekiranya lelaki tu bukan utk aku jauh kan dia dari hidup aku. Rupanya, malam tu aku yakin Dia makbulkan doa aku. Tp aku masih tak boleh lupa kejadian tu.

Terima kasih. Assalamualaikum.

– Nana

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *