Ditinggalkan Kerana Tidak Bekerja

Hai pembaca sekalian. Nama aku N. Hari ini aku nak luahkan kisah sedih aku ditinggalkan teman lelaki hanya kerana aku bakal tidak bekerja semula.

First of all, aku berumur 27 tahun. Baru berpindah ke salah sebuah negeri di utara iaitu Pulau Pinang. Negeri ini berjiran sahaja dengan kampungku.

Aku mendapat tawaran bekerja di salah sebuah syarikat di negeri tersebut setelah beberapa bulan menganggur.

Teman lelaki aku turut bekerja di sana. Kami berasal dari negeri yang sama. Cuma sebelum ini, aku bekerja di ibu kota.

Aku mengambil keputusan untuk berhijrah ke utara disebabkan aku ingin serius dan bakal settle down dengan si dia. Dan juga disebabkan oleh keinginan ibuku untuk aku pulang bekerja di utara.

Dipendekkan cerita, kurang sebulan bekerja, aku memutuskan untuk berhenti kerja oleh kerana persekitaran yang tidak membantu. Rakan sekerja hanya dua tiga orang, hari2 tiada seorang yang mahu menegurku.

Aku berasal terpinggir, dipulau oleh rakan sekerja. Tambah memedihkan, syarikat ini tidak menyediakan ruang untukku bersolat.

Aku nekad untuk berhenti kerja. Aku memberitahu ibu bapa, kawan2 dan teman lelaki ku. Masing masing menyokong keputusanku.

Pada keesokan harinya, tiba2 teman lelaki ku mesej dan berterus terang mengatakan ingin putus kan hubungan kami setakat ini sahaja.

Alasan yang diberikan, dia mencari seseorang yang mempunyai minat dalam kerjaya.

Selama ini, aku menganggur beberapa bulan dan tidak boleh bekerja disebabkan kekangan sesuatu. Apabila aku mula boleh bekerja dan bakal berhenti, dia tidak dapat menerima semua itu.

Baginya, aku terlalu lemah kerana tidak dapat bertahan dalam tempoh yang lama. Aku sedih, aku kecewa. Di saat aku perlukan semangat dan sokongan, dia nekad membuang aku dalam hidupnya.

Aku sanggup berpindah ke negeri dia bekerja kerana ingin dekat dengannya. Kerana untuk memenuhi keinginannya.

Setahun lebih kami dalam ldr, dan penghijrahan aku ini sepatutnya mendekatkan hubungan kami. Apabila aku nekad berhenti dan ingin mencari kerja lain, dia seolah olah tidak dapat menerima.

Aku pasrah. Kini aku kembali semula ke kampungku dan alhamdulillah aku mendapat pekerjaan di sana.

Apa yang ingin aku cerita kan, aku tidak sangka semudah itu dia menolak cintaku hanya kerana aku bakal tidak bekerja semula. Sudah tertulis suratan kami tiada jodoh.

Apapun, aku tidak sepenuhnya menyalahkan dirinya. Kerana aku tahu, dia dalam fasa stress dengan bebanan kerja. Boleh jadi keputusan yang dibuat dipengaruhi oleh faktor sekeliling.

Aku sekarang dalam fasa move on. Fasa move on ini bukanlah sesuatu yang mudah. Perlukan masa untuk redha melepaskan dia pergi dan menerima ketentuan Ilahi.

Aku harap para pembaca sekalian doakan aku supaya cepat move on.

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *