Ditinggalkan Ketika Berpantang

Ceritanya terjadi bilamana aku dan suami balik ke kampung aku untuk persediaan aku untuk bersalin. Aku balik dalam bulan November 2021 dan dijangka bersalin pada Disember 2021.

Ditambah dalam waktu berpantang, lebih kurang dalam 3 bulan aku berada di kampung halaman setelah hampir setahun tak balik dek covid.

Disebabkan jangka masa yang lama aku berada di kampung. Jadinya, suami aku buat keputusan yang jadi rider penghantar makanan.

Oh ya, sebelum ni pun dia masih rider sepenuh masa. Menghantar makanan ke sana sini dan aku sangat faham kerja tu berisiko. Setiap kali melangkah keluar, memang doa dlm hati aku mengiringi dia supaya Allah lindungi dia.

Disebabkan itu, dia ambil keputusan untuk ambil box rider (box makanan yang letak kat belakang motor) dekat rumah aku which is dia perlu ke KL ssorg untuk beberapa hari. Kebetulan, abang aku dan team company dia nak ke KL juga.

Jadinya dapat la dia tumpang naik vellfire abang aku tu ke KL. which is, im okay. Dalam perjalanan ke KL, suami aku ditawarkan berkerja bersama abang aku dengan gaji yang agak banyak sebagai staf sementara untuk 2 bulan.

Abang aku ni ada perniagaan berkaitan urusan yang memerlukan turut naik dari utara ke KL. Boleh dikatakan setiap minggu perlu ke KL pun ada. Bila suami aku bagitahu aku pasal ni, aku tanya samada dia setuju untuk join?

Dan dia setuju which is sebelum ni aku pun ada bagitahu mana laa tahu kalau rezeki abang aku offer dia kerja. Tak payah laa dia jadi rider berhujan panas dekat kampung halaman aku dan ada income masuk. Aku pun tak susah hati.aku sokong dia kerja dengan abang aku.

Hari bersilih hari. Aku hampir ke tarikh due untuk bersalin. Abang aku datang ke rumah aku untuk berborak dengan mak ayah aku. Then, menyuarakan yang suami aku perlu ke KL. Aku terus menghalang cara baik dengan alasan yang aku boleh bersalin bila bila masa saja.

Walaupun abang aku berseleroh untuk tetap nak bawa suami aku ke KL untuk urusan. Aku tetap menyatakan dengan cara baik sebab itulah tujuan utama kami balik ke kampung aku. Abang aku setuju, jadinya suami aku tak perlu ke KL untuk urusan syarikat.

Akhirnya, aku selamat bersalin anak kedua. Dan anak kedua ditempatkan ke NICU selama 7 hari akibat komplikasi ketika bersalin dan ketika aku masih di hospital, aku diterangkan oleh doktor keadaan anak aku yang kritikal.

Bila doktor cakap “ibu, ibu doa banyak banyak ye” sangat membuatkan emosi aku remuk.

Sebagai pesakit Major Depression Disorder with Anxiety yang masih lagi terima rawatan di hospital. Aku siapkan emosi dan fizikal aku. Tapi keadaan tu, buat semuanya hancur.

Aku dibenarkan keluar hospital pada hari yang sama aku bersalin. Aku fikirkan anak pertama aku. Aku perlu kuat untuk balik.

Lagipun bila dekat rumah aku tak keseorangan. Lepas balik ke rumah, keadaan aku masih okay. Aku alih perhatian dan emosi aku kepada anak sulung aku.

Walaupun hari hari aku terkenangkan anak kedua aku. Aku cuba untuk tak nangis walaupun aku bangun tengah malam untuk pam susu. Keadaan suami aku, masa ni sangat membantu dan menyokong aku.

Anak kedua aku dibenarkan discharge selepas 7 hari. Dan selepas dua hari anak aku discharge, suami aku perlu ke KL atas urusan kemanusiaan bersama syarikat abang aku tu.

Hati aku berat nak lepaskan dia pergi dan dia juga. Tapi aku relakan walaupun aku tak mahu dengan asbab kesabaran aku, ada juga pahala untuk aku.

Hari berganti hari, hampir sebulan dia bekerja di situ. Makin ada beberapa kali juga dia perlu ke KL dlm aku berpantang. Aku mula stress.

Mana nk uruskan anak sulung aku yg masih nak terima ada adik. Jahitan yang belum sembuh.Perasaan serba salah aku pada parent aku sangat menebal.

Aku tengok sendiri mak aku perlu angkat periuk berat ke toilet untuk mandian aku bilamana ayah aku ke kebun sedangkan mak aku tangan dia dah tak kuat sampai perlu ke hospital dua minggu sekali untuk fisio.

Emosi aku mula kacau. Bagi aku, dia yang membantu mak ayah aku jaga aku bukannya dia bantu parent aku jaga aku. Korang faham kan?

Aku luahkan dekat mak aku. Mak aku sebelahkan dia “jangan buat macam tu. Dia pun tak mau pi. Serba salah dia pun nak dia nak tingglkan” aku ingat lagi ayat mak aku.

Tapi apa yang aku dapat tengok melalui Whataapss story seseorang yang berkaitan dengan syarikat tu. Bukanlah pergi berurusan kerja sangat. Lebih kepada nak enjoy. Aku boleh terima kalau pergi outstation untuk kerja. Yang berurusan tu abang aku dan staf yang berkaitan.

Tapi staf yang lain? Hmmm aku tengok siap pergi mall, pergi theme park, pergi makan tempat sedap sedap. Culture company tu memang suka enjoy selepas siangnya stress berkerja.

Aku cuba nak fahami keadaan dia dalam berkerja. Walaupun aku sedar emosi aku tak stabil tapi aku sedaya upaya kudrat yang aku ada untuk berfikiran rasional bukanlah emosi semata. Aku masih cuba hadam walaupun hati aku sakit sangat.

Tapi, kalau dah pergi langkawi naik bot layar,mandi laut sampai burn kulit tapi aku? Sibuk dengan anak anak sampai diri aku sendiri rasa tertekan sangat.

Mana nak jaga emosi anak sulung aku supaya dia tahu yang amat sayangkan dia walaupun sekarang dah ada adik and the same time asyik rindukan Bapak dia yang asyik tinggalkan dia. Dia baru 4 tahun kot apa sangat yang dia boleh faham.

Bila aku penat, aku terlepas marah kat anak aku. Serba salah sangat. Mana nak jaga hati mak ayah aku yang mula terasa dengan dia.

Sampaikan dia dah bermasam muka dengan mak aku. Sebelum hari dia pergi langkawi, mak aku tanyakan pergi langkawi untuk urusan apa?

Dia jawab, “ saja suka suka” berdesing telinga mak aku masa tu. Dari mak aku sebelahkan dia terus rasa tak puas hati sebab sanggup tinggalkan aku yang dalam pantang ke langkawi walaupun dia ada bagitahu aku dari awal yang dia akan ke langkawi atas sebab syarikat tu nak raikan dia.

Mak ayah aku pun berbelah bahagi juga sebab tu company anak dia sendiri. Masa tu aku tak boleh hadam apa yang aku perlu rasa dan fikir.

Aku diam saja. Lama juga aku fikir patut ke aku emosi? Sampaikan balik dari langkawi pukul 8.30malam, pukul 10malam hari yang sama perlu ke KL. Sampaikan anak sulung aku dah bertanya tanya kenapa nak kena pergi kerja lagi baru saja balik kan. Dan aku masih dalam pantang..

Terus terang aku katakan, suami aku macam culture shock. Dia tak pernah berkerja dalam keadaan yang happening dan fun. Kononnya stress berkerja dan boleh terus release tension bersama. Bonus dan rewards banyak. Dan aku akui benda tu.

Aku yang berkerja dekat syarikat ternama pun tak ada sampai macam tu sekali. Again, aku fikir rezeki dia.. tapi aku fikir juga, kalau bukan sebab aku balik berpantang, dia tak dapat merasa semua tu. Hihi

Klimaks kesabaran aku sampai ke kemuncak, bilamana minggu terakhir dia dengan company tu, diorang nak ke satu extreme theme park di Pulau Pinang. Masa tu aku tengah buaikan anak aku. Dan dia bagitahu. Terus aku rasa macam kepala dan telinga panas.

Aku tak mampu nak cakap apa, terus ke dapur untuk minum air menahan marah dengan airmata bertakung. Mak aku nampak. Mak aku tanyakan kenapa? Kot aku sakit sebab baru bersalin kan.

Aku bagitahu apa yang dia sampaikan. Terus mak aku ke depan dan tanyakan sekali lagi.

This time, mak aku berpihak kepada aku sebab bagi dia, tak patut suami aku pergi ke sana untuk bersuka ria. Sedangkan aku, dengan anak anak kat rumah.

Mak aku katakan, kalau nak pergi. Bawalah aku dan anak anak sekali (pantang hari ke 45), if not tak payah la pergi. Dan dia tak pergi.

Kali ni,dia berjaya untuk katakan tidak untuk tidak pergi join company tu. Itu pun lepas mak aku dah cakap macam tu. And response manager kat situ, okay jeeee siap take care lagi (which is response yang okay walaupun dia tak dapat join)

Sebagai mencari jalan penyelesaian, aku cuba berbincang. Dia katakan pada aku yang aku akan buat perangai setiap kali dia perlu outstation.

Aku tak boleh terima, dia hanya temporary staff yang hanya berkerja dua bulan. Its good he able to show his good work tapi bukan mengabaikan aku. Setiap kali perlu outstation dia hanya ikut saja tanpa berbincang dengan abang aku untuk menolak.

Aku tanyakan kenapa tak berbincang untuk tak pergi bersama diorang. Apa yang dia jawab, “apa kata staf lain kalau dia tak pergi. Takkan sebab adik ipar bos boleh dapat keistimewaan untuk tak pergi?”

Well, dia lebih kisah nak jaga hati orang luar berbanding hati isteri sendiri. Setiap kali Pergi outstation dia tak pernah call tanya khabar aku dan anak anak. Klu taknak cakap dengan aku pun takpe, tapi cakap la dengan anak aku.

Hmmm.. kalau betul dia berat hati nak pergi ke outstation, kenapa tak speak on behalf me? Aku ni baru lahirkan zuriat dia. Bukan pergi berak.

Dia tetap salahkan aku sebab support dia kerja situ walaupun dia ada suarakan dia taknak kerja situ masa dua minggu pertama dan nak balik ke rumah kami.

Masa tu aku slow talk untuk stay dulu sebab anak kedua aku ni banyak temujanjj follow up hospital dan janji aku dengan parent aku nak berpantang di situ sampai habis. Dia setuju. Dan aku perhatikan keadaan dia samada dia terlalu stress berkerja di situ.

Aku masih bertimbang rasa dan pantau keadaan dia kot dia terlalu tertekan walaupun keadaan aku yang baru lepas bersalin. Tapi sebaliknya yang terjadi, aku pula yang tertekan. Aku tersepit.

Perbincangan kami tak membuahkan hasil. Dia tetap salahkan aku dan taknak faham situasi aku. Aku sedih sangat. Lepas dia berkerja kat situ, aku dah tak kenal suami aku. Macam tak hidup dalam dunia yang nyata. Mengelamun dan sibuk dengan fon dia.

Tidur pun sorok fon bawah bantal walaupun kami dah balik ke rumah sendiri. Aku tak tahu macam mana nak buatkan dia faham situasi aku.

Sebagai isteri aku turunkan ego, aku masih lagi minta maaf walaupun aku rasa aku takmahu minta maaf sebab aku sangat terluka dengan apa yang jadi.

He cant speak on behalf and show his responsibility. Menyokong dia berkerja di situ tapi bukan untuk tinggalkan aku berkali kali dalam berpantang.

Aku cuba sebaik mungkin untuk faham situasi dia. Tapi dia taknak faham situasi aku. Aku tawar hati sangat. This time, aku nak jaga hati aku sendiri. Kalau aku tak happy, aku takkan jadi ibu yang bahagia besarkan anak.

Kalau hati aku tak happy, aku akan lambat untuk sembuh dari depression. Aku dah serik untuk tempuhi waktu berpantang walaupun aku masih lagi inginkan zuriat. Sudahlah, mungkin ini pregnancy aku yang terakhir.

Aku nak jaga hati aku sendiri sebab aku sayangkan diri sendiri dan anak anak aku. Ini ujian yang struggle untuk aku dalam masa yang sama aku masih punya MDD. I feel so bad to myself. Doakan aku kuat dan tak meroyan.

Kalau korang adalah seorang suami yang sedang membaca. Jangan tinggalkan isteri dalam berpantang tanpa sebab yang kukuh. Isteri baru saja bertarung nyawa demi suami.

Sekian,

Isteri yang terluka.

P/s: Thanks admin sudi approve kan. Dan thanks korang baca luahan aku yang panjang ni.

– Bunga Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *