Lama menyusun ayat tapi tak tahu mau mula macam mana kisah aku lebih kurang dengan confessor ni, (https://iiumc.com/sebenarnya-
Aku Cath, berumur awal 20an berkulit cerah mata sepet. Rupaku ‘chinese look’ orang kata. Clinically diagnosed depression, anxiety, and bipolar. Dibesarkan dalam suasana broken family.
Alkisahnya aku ni sejenis keras kepala, aku suka cuba banyak benda. Maklumlah darah muda. Lagi lagi aku sakit, kalau dalam depressed episod pula aku akan berkurung dan tak bercakap dengan orang lain. Cuma main phone scroll facebook sampai tertidur.
Cerita tentang pengkhianat kaum sendiri, aku dengan Iman bermula dari facebook, dia approach aku dan bertanya tentang keadaanku, setiap hari akan tanya ‘Hi Cath, how are you, your mental health okay?’
Dari bertanya keadaan kesihatan ku sampai saling jatuh cinta, idk saling jatuh cinta atau aku sahaja yang bertepuk sebelah tangan aka side chick.
Jangan kecam dahulu, sebenarnya aku taktahu Iman ni suami orang. Berbulan bulan bermessenger, hairan juga tidak pernah whatsapp atau call.
Pakai telco apa pun tak tahu Iman baik dengan aku, selalu ingatkan busy macam mana pun jangan lupa solat, selalu bersedekah, maafkan orang sebelum tidur.
Oh yaa Iman ni muda lagi jadi tak syak pun suami orang. Perihal whatsapp, dia kata ‘whatsapp banyak group kerja memang tak sempat buka whatsapp, kalau messenger pop up jadi i tahu you chat i’
Okayyyy ni dah rasa was was, atleast i should know his number kan kalau lah i special tapi ketepikan lagi perasaan was was.
Fast forward Iman selalu busy, aku faham. Tahap memahami aku sampai berapa kali ditinggalkan, terlalu memahami pun susah. Iman bawa berjumpa tapi pkp membantutkan niat masing masing so memang tidak pernah jumpa & call.
Cuma messenger jadi penghubung. Kenapa aku jatuh cinta dengan Iman tanpa tengok latar belakangnya, tanpa tahu siapa ibu bapanya, sepupu sepapat mahupun rakan sekerja.
Cehhhhh no telefon pun taktahu ada hati tengok latar belakang hahaha. Sebenarnya sifat Iman yang buat aku jatuh cinta, maklumlah aku dibesarkan dalam suasana broken family, parent bercerai family jauh jauh.
Jadi bila ada yang ambil berat tentang aku, tentang kesihatan mental ku *oh ya baca tentang Fav Person (FP) dalam bipolar begitu la pentingnya Iman kepadaku, turun naik moodnya menentukan moodku* betapa Iman bagi aku semangat untuk terus hidup untuk sembuh.
Iman selalu update status di facebook, ada satu status yang Iman share tentang rindu. Aku react ‘love’ di status itu. Aku fikir Iman rindu aku.
Ada sorang kawan Iman reply ‘nak rindu apa man, bini kat rumah’ aku terkejut tapi tidak bertanya dengan Iman,
Aku tunggu dia yang datang dan jelaskan tentang hal itu hal ‘bini di rumah’ tapi aku di diamkan sebab memang tiada satu pun status Iman berkaitan dengan isteri, married life atau apa apa.
He just left me macam tu saja tanpa minta maaf atau penjelasan.
One day, Iman update status gambar baby new born dengan caption ‘my beautiful baby girl’ masa aku masih berharap penjelasan dari dia.
Allahu dia hidup bahagia dengan familynya dan aku terkontang kanting menunggu benda yang tidak pasti.
Aku cuba move on, aku cari acc facebook isteri Iman, Aria namanya orangnya cantik dan berkerjaya ada loving family. Sesuai dengan Iman kalau dibandingkan aku.
Hari hari aku stalk Aria, sebab Aria selalu update status tentang her married life, her beautiful daughter, her loving husband Iman.
Aku terjumpa acc instagram Aria, dia ada screenrecord wedding day diaorang di youtube gigih aku cari dan tengok hari hari sampai sekarang.
Aku bukan psycho aku cuma cari kekuatan, aku mau sedarkan diri untuk tidak tunggu Iman lagi.
Iman nampak bahagia, part akad nikah Iman dan Aria aku nampak bersyukurnya Iman sampai dia menangis. Menangis ingatkan macammana Iman janji macam macam, our wedding dream ya allah :’)
Iman, semoga jadi suami yang bertanggungjawab, yang fikiran dan hati hanya untuk family, isteri dan anak. Jangan cari side chick lagi bersyukurlah untuk isteri sebaik Aria walau apa pun kekurangannya.
Aria, semoga kebaikan dan ketulusanmu menjanjikan jannah bersama Iman seperti apa yang papa Aria doakan semasa hari kamu bernikah, kenali suami mu dan pikat hatinya dari segala sudut jangan biar dia terleka dengan yang haram.
Illiya, anak cantik aunty walaupun Illiya tidak kenal aunty. Aunty doakan Illiya membesar jadi anak yang solehah dan kebanggan mummy daddy, membesar jadi seorang anak yang berhati mulia macam mummy.
Dan kalau Iman dan Aria ada anak lelaki nanti, didik dia sebaiknya. Ajar jangan lukakan hati orang untuk kepuasan diri sendiri.
Hari ini akan jadi hari terakhir aku menangis untuk Iman, dan mengenang Aria yang dicurangi.
Eh aku pun dicurangi juga tapi nda valid sebab aku orang ketiga yang tidak tahu dia suami orang. Tapi hati aku akan setulusnya mengingati & mendoakan illiya sentiasa.
Terima kasih Iman, kau bagi semangat dan harapan untuk hidup walaupun sekarang kau buat aku ada dititik terendah kau buat aku makin sakit akan aku cuba maafkan in shaa allah.
Doakan aku move on, semoga Allah buka hati aku untuk orang lain
– Cath (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit