Salam and salam sejahtera.
Nama aku Maya awal 40-an dan suami pun sebaya. Aku berpendidikan bidang agama (ijazah) manakala suami perpendidikan SPM, itu pun gagal.
Aku tidak kisah pun sebab suka sama suka dan dia pun sangat bertanggungjawab sebagai suami dan ayah.
Sudah 17 tahun kami berkahwin dan bahagia dikurnia 8 anak yang kini meningkat remaja.
Pada 10 tahun lepas suami aku pernah ke luar negara bersama rakannya atas urusan buat bisnes. Itulah kali pertama kami berjauhan.
Suami aku jenis agak lurus dan naif. Ketika itu aku agak keberatan melepaskan suami untuk pergi kerana kenaifan suami aku tu.
Aku risau rakan bisnesnya mengajak dan mempengaruhi suami ke arah bukan-bukan ketika ke luar negara sebab mestilah sambil jalan-jalan.
Setelah 3 hari, di pun balik ke Malaysia. Kami suami jenis jenis aktif s** sebenarnya.
Aku cuba bersangka baik apabila suami tidak pun meminta untuk bersama. Aku anggap suami letih.
Tapi selepas sehari dia minta bersama namun aku dapati kuantiti dan kepekatan ‘hasilnya’ bukan seperti telah tersimpan dan terpendam beberapa hari.
Malah jangkamasa permainan juga sedikit lama. Jika lama terpendam biasanya proses lebih cepat. (Maaf part ni terpaksa detail agar kalian faham situasi).
Maka sejak itu aku tak dapat elak dari syak bukan-bukan. Aku bertanya samada temannya ada membawanya berhibur contohnya ke kelab malam dll. (Sebab mereka ke negara selatan)
Suami menceritakan rakannya memang ada membawanya ke pusat karaoke dan ada perempuan-perempuan duduk di sebelah mereka.
Katanya dia tidak mahu dan takut situasi dan suasana itu kerana tidak pernah lakukan hal sedemikian, lalu suami keluar menunggu di luar sahaja.
Aku anggukkan sahaja tanda percaya. Aku melihat suami seperti sedikit gelabah.
Selang 2-3 tahun bila aku teringat aku tanya lagi kisah itu. Sedikit berbeza jalan ceritanya.
Katanya dia tak masuk langsung pusat karaoke tu namun terus pulang ke hotel. Aku anggukkan sahaja namun makin rasa tidak percaya.
Setelah 5-6 tahun aku tanya lagi dan lagi pada tahun ke 7-8.
Sebenarnya aku bertanya beberapa kali setiap selang beberapa tahun kerana pada minggu pertama suami pulang, akibat syak yang tinggi namun tidak sanggup mendesak suami agar jujur adakah dia terlibat bermaksiat hingga membawa ke zina (sebab tak ada bukti pun nak tuduh)
Maka aku terberdoa pada Allah agar sekiranya memang dia terlanjur berzina mohon tunjukkan bukti dengan cara “bagi suamiku terlibat dengan kemalangan jalanraya tapi janganlah hingga cedera teruk”.
Bukan sekali aku berdoa tapi banyak kali.
Seminggu selepas itu suami aku kemalangan! Otak aku berpinar kerana auto kaitkan dengan doa aku mungkin makbul.
Namun kerana terlalu sibuk mengurus anak-anak dan biznes online makan aku kadang ingat kadang lupa dengan isu suami itu.
Hinggalah semalam tahun ke 10, tiba tiba aku terfikir lalu bertanya pada suami berterus terang.
Pada aku, dulu suami aku boleh cuba berdalih.
Tapi kali ni aku yakin dia akan berterus terang sebab dia sangat jujur dalam banyak perkara sejak berhijrah kepada gaya hidup yang lebih Islamic.
MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah sekarang bukan seperti dahulu tidak kisah soal solat, baca quran pun tak tahu dan kuat merokok.
Sekarang dia sangat menjaga solat awal waktu, rajin solat sunat, rajin menambah ilmu agama, struggle belajar baca quran dari tidak reti baca langsung sampai lancar malah dia boleh ikut baca sekali tanpa melihat mushaf jika mendengar alunan quran.
Dia memang rajin baca quran dan berulang2 menjadikan makanan hariannya. Aku yang background agama pun tak sekuat dia istiqamah maintain melekat dengan Quran.
Dia juga sudah beberapa tahun berhenti merokok demi keluarga dan takut dosa (dia berpegang kepada hukum merokok itu haram)
Aku rasa tiba masanya bertanya tentang isu tu sebab baru sedar. Aku pun cakap pada suami.
Tersentak dia kerana kisah 10 tahun lalu aku tanya. Aku berterus terang padanya tentang doa kemalangan dulu. Dia terperanjat namun kelu.
“Jika abang tak lakukan maka akulah yang berdosa selama 10 tahun kerana menuduh dan berburuk sangka dengan abang dan aku harus memohon maaf pada abang.
Namun jika abang memang lakukan maka abanglah yang berdosa dan harus memohon maaf pada aku. Abangkan tahu, dosa dengan Allah DIA boleh ampunkan. Tapi dosa dengan manusia, kena mohon maaf padanya.
Allah tidak ampunkan melainkan kita mohon maaf pada orang yang kita anianyai. Khianat atau curang itu adalah penganianyaan”.
Tanpa banyak masa diambil, suami mengaku dan bersungguh sungguh mohon maaf.
Katanya selama 10 tahun hidupnya rasa bersalah dan ketakutan setiap kali aku bertanya tentang berkaraoke ketika trip ke luar negara tu dahulu.
Dan mengaku sejak kemalangan tu dia rasa insaf sebab ikutkan cara kemalangan yang dahsyat, ajaiblah dia selamat dengan cedera ringan.
Aku tenang sahaja sebab benda ni aku dah syak 10 tahun lamanya. Cuma tunggu nak dia mengaku dan mohon maaf. Tunggu untuk aku decide nak maafkan atau tidak.
Aku simpati dengannya sebenarnya. Sebab aku pun yakin dia dah bertaubat. Cuma aku sekarang jauhkan diri darinya sebab tetap ada rasa kecewa dan geli.
Walaupun dah bertaubat dan sudah terlalu lama tapi membayangkan pernah mencelup perempuan j*****, aku rasa tak sedia untuk disentuhnya lagi. Aku perlukan masa.
Aku tanya suami, macam mana aku nak hidup dengan orang yang sepatutnya dihukum rejam sampai mati? Nak tak kita pergi ke Acheh sebab dengar cerita kat sana melaksanakan hukum hudud.
Bayangkan beratnya dosa berzina untuk yang dah kawen, dihukum rejam sampai mati. Layak mati. Mati. Mati. Allahuakbar….
Terpaku, ternganga suami. Dia kata nak cari ustaz untuk bertanyakan perihal hukuman ke atasnya. Katanya sekali itulah sahaja dia kecundang. Dia bukan lelaki liar, sangat pemalu dengan perempuan.
Suami kelihatan sugul sepanjang hari. Aku cakap juga, apa kata kita berpisah (cerai) dulu. Nanti kita kahwin semula apabila saya bersedia terima abang seadanya. Mula hidup baru.
Tapi bila membayangkan jika dah cerai, tapi untuk kahwin semula tup tup bukan jodoh lagi.. Aku rasa risau. Maka aku tahu aku pun sayangkannya. Suami kata dia sangat sayangkan aku. Dia tak sanggup kehilangan aku.
Aku sebenarnya keliru nak maafkannya dengan mudah atau macam mana. Aku mohon doa agar diberikan kami hidayah dan tunjukkan jalan.
Nak dijadikan cerita, tadi aku buat ulangkaji pendidikan Islam (PI) untuk anak aku. Aku selak random buku teks PI sekolahnya.
Tajuk terbuka ialah bab akhlak : Disebabkan aku nak ajar anak, maka aku baca dan terangkan kuat macam cikgu mengajarlah.
Suami memang akan join dengar sekali kalau aku anar anak PI sebab dia suka tambah ilmu agama yang dia abaikan masa zaman sekolah.
Kebetulan pula tajuk akhlak PI tu tentang akhlak mulia memaafkan dan meminta maaf. (Tajuknya PEMAAF MELUNAKKAN HATI-Form 3, page 186)
Aku agak terkedu sebab jelas-jelas ada dalil naqli dari Quran dan hadis tentang galakan kemaafan. Dalam keadaan aku tidak sedia memaafkan suami, aku terpaksa juga menyampaikan ilmu tanpa bias.
Aku baca sambil diri sendiri cuba mendidik hati.
Aku baca kuat dalil2 ini:
‘……dan perbuatan kamu memberi kemaafan itu lebih hampir kepada taqwa…’
Albaqarah : 237
‘..orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan Allah menyayangi orang yang melakukan kebaikan’
Ali Imran :134
Hadis nabi pula :
Kasihlah sesama kamu, nescaya kamu akan dikasihi dan maafkanlah kesalahan manusia nescaya kamu akan diampunkan Allah.. -Riwayat Ahmad-
Selesai baca, aku tidak dapat menahan kepalaku dari menoleh ke arah suami sambil terlemparkan senyuman yang manis.
Suami membalas senyumanku tapi aku ada sedikit ego lalu cepat-cepat tunduk pandang buku terus mengajar anak.
Entahlah… Aku perlukan masa walaupun aku tahu sebenarnya aku dah yakin aku patut maafkan dia.
Aku menulis ni pun dah lewat malam jam 3.39 pagi. Tadi kat tiktok lalu viral cik ponti. Aku ni penakut, nampaknya terpaksalah tidur peluk suami. Harap dia tak sedarlah.
Terima kasih sudi baca…
– Maya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Syarat rejam sampai mati, mesti ada empat org saksi mata, bukan buat secara tertutup tanpa org nampak