I wanna keep this short, tapi mungkin masih jadi panjang. Sekadar untuk jadikan peringatan buat gadis gadis di luar sana. Harap sangat confessions ni approved sebab ni cerita benar.
Saya ceritakan dulu background saya yang saya rasa dijadikan aim oleh scammer seperti beliau. Saya kerja kerajaan, single, tak cantik mana, dan hidup dengan selesa.
So I knew this guy on Tinder. Saya tak letak gambar pun. Dia pun tak letak gambar. Dan tukar tukar nombor, dia ajak jumpa. Cerita ni setahun yang lalu jadi ingat ingat lupa.
Saya kenalkan lelaki ini bernama Raziz. Tapi dia takkan gunakan nama sebenar. Boleh google untuk jumpa beberapa kisah beliau scam perempuan2 Melayu. Siap dibuntingkan lagi.
InsyaaAllah kalau google masih ada gambar beliau walaupun tak jelas. Dan dia boleh dikategorikan berupa, handsome, bergaya, Chinese look sikit, tinggi sekitar. 160cm or so.
Maka dia kenalkan diri sebagai seorang engineer, bekerja di Cyberjaya, seorang tentera rahsia atau dia gelarkan diri dia Intelligent Officer ke apa tah, nama ketenteraan. So basically kerja dia di Cyberjaya cumalah disguise.
Oleh sebab itu dia kena banyak outstation, dah outstation tak boleh call, phone kena seize, senjata, operasi bla bla bla.
Dua hari kenal dia, dia dah tunjuk parut penuh di lengan dia, dia toreh nama seorang perempuan, ILAH (kalau tak silap), katanya perempuan ni dah lukakan dia teruk sekali. Dan dia serik nak bercinta. Tapi bila dia kenal saya, dia terus leleh fall in love.
Sebagai seorang yang kurang cantik, ragu ragu memanglah ada, tapi tetap terharu ada orang suka. Dan dia sangat sangatlah pandai berkata-kata dan ambil hati. Memang mudah tertipu.
Seminggu kenal, dia ceritakan kawan baik Chinese dia ada ayah kaki judi. Dan dia selalu tolong. Nak jadi kisah, kawan dia kena bayar hutang ah long ayah dia. Dia kat luar kawasan, minta tolong transfer RM500 kepada satu akaun cina.
Ye saya transfer. Sebab bagi saya duit bukan masalah. Dan dia janji nak ganti. Memang saya ragu-ragu, tapi tu lah. Money is just money to me.
Dua hari kemudian dia ganti, smart game.
Kemudian selepas itu, dia cerita dapat panggilan bank, yang dia pernah menjadi Guarantor kawan dia untuk beli rumah, dan kawan dia dah lari. Dia risaukan kawan dia. Tapi dia sendiri kena tanggung sebab jadi guarantor.
Maka bermulalah kisah dua kereta nya, superbike dia, condominium dia, semua disita. Dia terpaksa pindah ke bilik murah. Gajinya yang tinggi kena potong. Cuma dapat berapa sahaja. Sehinggalah hutang kawan dia habis, dia terpaksa hidup begitu.
Cuma yang positifnya, dah habis bayar nanti, rumah kawan dia yang berharga berapa ratus ribu tu akan jadi milik dia, dan dia akan dapat balik semua harta harta yang disita.
Jalan cerita beliau licik. Sangat licik. Pandai main tarik tali. Sampai tahap dia akan suruh buat loan RHB fast cash yang boleh buat dekat kiosk tu je. Yang boleh terus dapat duit.
Dia pernah kelentong insolvency unit suruh payment segera. Dia tiada duit. Dia perlukan pertolongan. So dia bawak saya pergi KL central, belikan tiket utk masuk ke dalam sana, dia tengok dari jauh sahaja. Katanya rugi kalau dia beli tiket jugak. Lagipun semalam dia dah buat loan, dia malu.
Saya yang tak pernah naik LRT/KTM masuklah kesana, cari kiosk. Bertanya berapa loan saya layak buat. Minta statement KWSP semua. Saya layak dapat fast cash 50k.
Dan saya keluar. Saya bagitahu dia saya tak layak. Dia kecewa. Nampak muka dia kecewa. Makan tak nak, sibuk fikir cara lain.
Kemudian, dia bagi idea untuk beli phone dengan credit card. Lepas tu boleh jual. Saya tak setuju. Saya kata kad saya dah limit. Dia terus nak balik. I thought it ends there. Lega. Malas nak layan dah.
Then, the next day dia call, cakap problem dah settle. Ex gf dia settle kan. As if to say I am useless lah. Tapi dia tetap sayang. Dia nak jadikan saya isteri. Okay kami teruskan berhubung.
Kalian perlu faham, dia licik dalam berbicara. Saya mmg ragu ragu dengan cerita dia, tapi dia lagi bijak cover. Dia bawak saya naik pejabat insolvency dekat Sogo tu kot tunjukkan bukti. Dah sampai dalam building. Tup tup ada officer call kata kena cancelkan.
He is smart. I have to admit that. I was stupid and I knowed it very well.
Dia hidup bergantung pada saya. Saya bagi kad kredit BSN saya untuk dia guna. Saya bagi kereta saya. Dia hidup gaya mewah. Saya boleh check statement bank dan saya akan tanya tadi beli apa 500 kat parkson? Dia akan goreng cakap bawak boss so kena belanja boss.
Pernah sampai kad kredit dah total RM5k. Saya panik. Saya bukan kaki hutang. Saya mengamuk. Saya minta putus. Esoknya dia datang bawak cash 5k. Entah duit siapalah dia tipu.
Sampailah satu hari, saya ada dirumah, berehat. Ada orang ketuk pintu. Perempuan. Sedang tunjuk gambar lelaki tu. Saya panik. Tapi chill. Saya buka pintu, saya tanya kenapa ya? Dia tanya awak dah kahwin dengan lelaki ni ke? Saya cakap kejap saya buka pintu.
Saya ajak dia masuk. Dia yang cerita semua yang tu suami dia dah seminggu tak balik. Dia tunjuk gambar anak2 dia Faris dan Firash kalau tak silap. Dia cerita yang memang suami dia kaki tipu orang.
Saya pun tak faham dah tahu laki macam tu simpan kenapa.
So saya contact kawan saya dan dia tolong settlekan. Masa tu lelaki ni masih ada hutang RM4k dengan saya.
Kawan saya ugut dan dia merayu cakap dia ikhlas nak kan saya apalah bla bla bla dan dia janji nak transfer duit. Tapi kawan saya tak nak akaun bank saya terdedah kepada entah siapa2 yang mungkin dia kelentong, kawan saya minta kad bank dia sendiri.
Petang tu mmg dia transfer, tapi interbank. Ke akaun dia sendiri. Esoknya saya nak cucuk, kad tu dah kena block. So yeah I lost some money. Tapi Allah ganti cara lain.
So bila kad kena block, saya contact wife dia. Sebab saya ada janji yang saya akan bagi dia 1k sebab dia mengadu dia belum bayar kereta anak demam.
Bila contact, wife pun sama tukang tipu dengan laki dia. Wife dia ada kedai bundle. Hmm lantaklah depa.
Cuma bila google, ada contact dengan mangsa-mangsa lain, memang kesian. Ada yang sampai beratus ribu.
Saya harap perkongsian saya ni dapat membantu orang2 lain. Saya pun dah takde gambar dia nak upload. Hmm.
Moga kita semua dilindungi. Aminn.
Untuk yang bakal condemn mengutuk, I want to say: ye lah. Awak bijak. Bijak sangad sangad selama lamanya terpelihara. Bravo.
– Anis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit