Ditipu Penjual Handphone

Harini benda yang paling menyedihkan buat aku. ketika waktu rehat dalam perjalanan aku ke sebuah kedai berhampiran tempat kerja, aku ternampak seorang lelaki berumur sekitar 30 an memakai snow cap hitam,berbaju hitam Nike,cincin dan bangle berwarna silver di tangan datang melambai kepada aku dari jauh sambil menunjukkan sesuatu di tangannya.
Iphone 7 plus berwarna merah. Dia ingin menjual sebuah Iphone 7 dengan harga yang gila murah dari harga pasaran. Biasanya orang macam ni memang aku jauhkan diri sebab aku tahu mesti sesuatu yang buruk akan terjadi.
Lelaki ini kelihatan gelisah, seakan-akan ada seseorang sedang mencari dirinya. Maka perbualan antara aku dan lelaki ini pun terjadi. “bang,saya nak minta tolong bang. Saya ditipu majikan saya. Jadi saya lari bersama-sama barang-barang ni. Wow. sekali pandang memang iphone 7 tu original iphone. “saya perlukan wang untuk balik ke kampung saya. Saya tak sanggup lagi bekerja dengan majikan saya kerana majikan saya itu penipu. kata bekerja ada epf,socso bagai tapi tidak ada,saya banyak berhutang juga dengan orang jadi saya minta tolong abang”.
Waktu ni aku dah mula rasa kasihan, tengok muka pun sedih ja. memang muka ada masalah lah. Jadi niat aku tertumpu dekat situ dah. nak bantu dia la kononnya. barang tu barang curi pun aku dah tak ambil kisah. padahal sepatutnya tak patut aku beli barang curi untuk bantu dia.
dia sungguh-sungguh yakinkan aku pasal telefon tu original. padahal hati aku dah tak sedap dah kata ni cuma taktik nak jual barang je ni. siap tunjuk dompet dia kosong tak berduit. Aku ingatkan dia ni orang indonesia, biasanya orang indonesia pun banyak jugak dok berniaga style macam ni. Terutama dekat Kuala Lumpur sana. Dekat KLCC yang jual-jual lens tu. Dia bagitahu dia asal sarawak. dengan dialek pun ada la lebih kurang orang sarawak jugak.
2-3 kali jugak aku cek kamera iphone tu. memang kamera dia tak lawa. iphone tu pun macam sangkut-sangkut. memang kuat hati aku cakap ni bukan original. tapi cara lelaki tu buat kelam kabut dia yang buat aku tak sempat nak tengok betul-betul phone tu. aku dah cuba tolak banyak kali, tapi aku tewas. siap tunjuk takder lock id semua.
aku terkilan tak sangka aku sanggup aku keluarkan duit dari ATM untuk beli handphone tu sedangkan aku ni bukan jenis orang yang beli benda-benda yang tak penting macam ni. Dalam hati aku terdetik macam ni “ahh beli ajelah, iphone kot., kalau kat luar ni mau ribu-ribu harga dia. kalau tak pakai boleh jual balik”. Lepas dah bagi duit dekat dia. Balik rumah barulah aku semak-semak handphone tu rupa-rupanya handphone copy ori je. Harga pun memang orang jual dengan harga yang sama dengan harga yang dia jual. Konon harga tu murah la kononnya. Penipu!
aku rasa macam aku kena pukau pun ada. Sebab aku boleh dikatakan orang yang serba tahu la jugak pasal sesuatu phone tu sama ada ori atau tak. tapi aku pun tertipu dengan dia,Apa yang paling aku ingat, waktu aku belek handphone tu aku perasan cincin dekat jari dia pelik sangat. tambah pulak ayat-ayat sedih dia tu memang aku tewas.
Nasihat aku, if korang bersendirian better jangan mendekati orang yang tak dikenali datang dekat korang nak jual itu ini. Biasanya diorang ni ada teknik psikologi yang diorang gunakan untuk yakinkan orang supaya orang membeli. Kes dekat KLCC dulu orang jual LENS kamera. Lens RM12 ringgit bermodalkan air liur, ayat-ayat manis boleh terjual dengan harga RM50. Beli dekat DIY baru RM5.
tak salah jadi salesman. atleast biar jujur nak jual pun. kalau handphone cap ayam cap ayam lah. tak perlulah menipu orang kata handphone original. mana-mana pun ada peminatnya tersendiri. 1 lagi tak perlu buat ayat sedih bagai nak raih simpati untuk orang beli. Aku tahu ramai seller kat luar sana guna teknik ni. Sebab teknik ni la paling mujarab sekali sebab ambil kesempatan atas simpati orang lain. geng-geng MLM pun ramai guna teknik macam ni. Bagi kita rasa bersalah sebab makan gaji. Yang penjual handphone ni pulak bagi kita rasa bersalah sebab tak boleh tolong dia.
– Insan Malang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit