Assalamualaikum readers. Jika dipublish kisah yang tak seberapa ini syukur alhamdulillah dan moga memberi pedoman buat semua gadis bujang, isteri mahupun laki orang.
Selalunya aku melihat kisah orang lain yang ditipu oleh insan yang bernama lelaki. Tapi aku bukan jenis otak yang set ‘semua lelaki sama’. Its a big NO for me. Tapi kali ni aku yang menjadi salah satu mangsa tanpa aku sedar.
To make it short, nama pendek ku Asha, seorang siswi di salah sebuah IPTA terkenal di Selangor, berusia 20-an, rupa biasa-biasa dengan campuran siam-arab dan aku berasal dari negeri yang popular dengan jolokan ikan patin.
Aku seorang yang happy go-lucky dan suka mixed around tak kira usia. Selesai mukadimah diri. Masuk pula ke kisah yang akan aku ceritakan. Maafkan aku andai penulisan ini tidak seberapa, aku bukanlah jenis pro menulis cerpen atau karya, tapi cukup untuk memberi kesedaran.
Aku berkenalan dengan seorang lelaki yang diberi nama R tetapi atas sebab-sebab tertentu, dia tidak berkenan dengan panggilan tersebut lalu diubah menjadi Im. Seingat aku, perkenalan secara tak langsung kami bermula 2 tahun lepas sebagai rakan biasa tetapi senyap ditengah jalan dan dia menghilang mungkin kerana kesibukan kerja ataupun urusan peribadi.
Ntahlah aku pun taktahu. Faktor usia yang jauh juga mungkin menjadi punca kurang keserasian antara kami. Tapi akhir tahun lalu, dia mula menghubungi ku semula dan menjadikan hubungan kami semakin akrab. Dengan comeback dia dari ceruk mana mengubah perangai dia yang dahulu.
Jujur aku katakan dia sangat caring terutama sekali berkaitan study aku, penyayang dan hampir semua ciri suami mithali ada pada dia kini dan perkara yang aku paling kagum dia sangat menjaga solat.
Hubungan kami berterusan hingga menjadi sepasang kekasih dan dia berjanji untuk memperisterikan aku selepas aku habis pengajian serta mendapatkan kerja kelak. Prinsip aku sangat teguh dan aku tak akan cari lelaki lain jika dah berpunya sebab aku tahu kifarah itu ada.
Satu perkara yang membuatkan aku bersimpati dengan Im bila si Im ni menceritakan hubungannya dengan ex terdahulu putus ditengah jalan sebab si ex terkejar kejarkan insan ketiga yang pada akhirnya lelaki tersebut sudah berkahwin dan mempunyai anak (sampai sekarang aku masih taktahu kesahihan cerita ni).
Mungkin aku senang diperbodohkan oleh insan yang bernama lelaki dan cerita sedih itu aku jadikan titik tolak untuk teruskan hubungan aku bersama Im. Aku nak si Im ni nampak yang aku ni jenis bersungguh dan bukan jenis perempuan trash sebab dalam life aku, aku percaya perancangan awal tu perlu tapi sebaik baik perancang hanyalah dari Allah.
Sepanjang berhubungan dengan Im, aku perasan hanya sedikit detail tentang dia beritahu secara direct dan tugas aku untuk double check latar belakang dia. Setiap kali keluar aku cuba dapatkan maklumat sebab curious dan pernah juga aku mintak untuk melihat phone si Im ni tapi banyak alasan yang diberi walhal Im selalu beria nak check phone aku.
Betullah orang cakap kadang kala instinct perempuan ni ada benarnya. Kemuncak cerita ni bila aku mendapat gambar whatsapp dari no yang aku tak kenal. Gambar keluarga yang jelas terpampang gambar si Im bersama seorang perempuan dan seorang budak lelaki di sebuah resort. Ada beberapa lagi gambar yang ditunjukkan dan di situ aku mula rasa tertipu. Aku kecewa, terkilan.
Si Im mengajak aku berjumpa dan dengan muka selamba badak menafikan semua tu dan memutar belit fakta yang dia difitnah oleh si ex kononnya tidak dapat menerima kenyataan yang dia bersama aku sekarang.
Dia berkeras supaya aku jangan membalas apa jua yang dihantar oleh si ex yang kononnya ‘gila meroyan’. Dia menyatakan dalam foto tersebut adalah sepupu beliau bersama anak buah. Untuk mengukuhkan fakta dia reveal muka ex-ex dia dan beberapa bukti lain untuk membuatkan aku percaya yang dia masih bujang dan atas rasa cinta aku bertindak untuk percaya sekali lagi.
Selepas kejadian tu tiada lagi gangguan dan hubungan kami seperti biasa, tapi semenjak dari peristiwa tersebut aku perasan yang si Im kerap menyalahkan aku dalam segala aspek contohnya bila aku mention pasal berjumpa parents mesti ada je alasan dan bertindak untuk ignore aku beberapa hari. Tiada pujukan mahupun alasan yang jelas.
Bila aku ungkit kembali dia menyalahkan aku yang tidak faham situasi bekerja beliau yang sibuk dan tiada masa. Hal ini berlanjutan, tetapi betullah kata orang kalau dah sekali menipu dia akan terus menipu sampaikan aku taktahu nak bezakan mana yang betul dan tidak.
Pokoknya dia hanya akan cari aku bila dia rasa rindu, rasa nak mengadu pasal masalah dan hal seumpama dengannya. Tapi dipihak aku, aku tak mampu nak bertanya lebih tentang si Im kerana bak kata beliau “tak semua benda boleh dikongsi ,lainlah kalau dah kahwin”.
Tipu lah kalau tak ada rasa sedih sebab aku mengimpikan sebuah hubungan yang jujur dan telus dan tak mahu mengulangi kejadian sebelum ini yang berantakan sebab orang ketiga.
Untuk mengelakkan dari kami bergaduh, aku ambil inisiatif dengan bertindak menyalahkan diri sendiri dan sentiasa positifkan diri ditambah dengan kata-kata semangat oleh rakan-rakan yang membuatkan aku kuat.
Betullah doa itu menjadi senjata disaat kita buntu dan memerlukan petunjuk, doa aku selamani terjawab bila satu persatu kebenaran ditunjukkan. Penyudah cerita aku dengan si Im ni bila aku berjaya PM adik kandung dia sendiri tadi. Aku bertanya secara direct status abang dia dan jawapan adik dia seperti yang aku jangkakan “SUAMI ORANG”.
Dia terkejut dengan apa yang aku ceritakan dan tak menyangka abangnya sanggup menipu perempuan lain sedangkan sudah beristeri dan mempunyai anak.
Tapi segala conversation tersebut aku minta adiknya rahsiakan demi menjaga hubungan si Im, wife dan keluarga besar beliau sebab si Im ni family person dan amat patuh dengan parents walaupun tersasar sikit. Biarlah aku seorang yang moveon dari menjadi pemusnah rumah tangga orang.
Ya aku tahu silap aku sebab tak cari orang yang rapat dengan dia dulu dan aku percayakan dia kerana banyak masa si Im habiskan untuk aku seperti orang bujang yang tiada komitmen.
Segala titipan buat mak nya aku minta Im sampaikan tapi faham-faham sendirilah kalau aku ni sebenarnya kekasih gelap je takkanlah nak disampaikan pulak kan? Satu persatu kebodohan aku terpampang jelas sepanjang menjalinkan toxic relationship dengan si Im. Di situ aku sedar, aku terlalu naïf untuk melalui fasa begini.
Pesanan buat golongan yang sudah berkahwin, baik lelaki mahupun perempuan mohon sedarlah diri. Jangan sibuk mencari yang lain sedangkan diri sendiri dah bahagia dengan keluarga masing-masing.
Tak perlu juga memberi harapan palsu kepada perempuan / lelaki bujang di luar sana dengan bayangan mahligai cinta tok nek semua tuh. Kesian dekat golongan macam kami ni, kalau kantoi first thing orang akan salahkan golongan single macam kami . Dikatanya yang sibuk terkejar-kejarkan laki orang tanpa tahu punca.
Ntahlah. Moga ada hikmah buat aku dan readers yang ada pengalaman yang sama. Mohon share tips move on dan kata-kata semangat untuk kehidupan sis lepas ni.
– Cik Asha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit