Ditolak Pinangan

Aku merupakan anak sulong dari 4 beradik. Aku merupakan graduan lepasan ijazah. Kerja aku sekarang pelbagai. Kadang mengambil upah melukis kadang sebagai kerja di workshop motor.

Untuk menjana pendapatan lain aku berkerja sebagai pelayan di kedai makan. Kalau tenaga kerja kurang aku akan menolong potong sayur ayam dan menyiang ikan.

Selain itu aku juga mengambil upah sebagai siak masjid cuci masjid.

Di pendek kan cerita aku berkenan seorang wanita. Keinginan nak berumah tangga itu ada. Dan aku ada kenal seorang wanita ini ketika aku melukis mural dia bangunan bandar.

Satu hari dia meminta no telefon untuk hubungi. Katanya dia ingin meminta untuk aku melukis mural di tempat kerja nya.

Sejak dari itu hubungan kami baik tapi aku tak berani nak berWhatsApp selalu sebab aku ini nak menjaga ikhtilat. Pada mulanya aku tidak tahu beliau ini cikgu.

Semasa dia datang melihat aku sedang melakar mural dia ada lah tanya latar belakang aku, tinggal di mana umur berapa status sudah kahwin atau belum belajar dari mana melukis ni.

Dalam masa beberapa bulan mural pun siap dan dia berpuas hati hasil aku. Alhamdullilah.

Dia nak bayar, aku masa itu menolak sebab sebelum ini karya aku tidak pernah di terima. Bila beliau terima karya aku, ia menjadi kepuasan diri aku untuk melukis.

Kami selalu jumpa kedai makan dan dia selalu tanya tentang kaedah melukis. Pada masa itu aku pelik kenapa dia selalu obses dan selalu bertanya tentang seni ini.

Setelah di korek akhirnya baru aku tahu rupanya beliau adalah seorang cikgu seni di sekolah itu. Dia merupakan janda anak 2. Aku mulanya malu sebab dia orang yang bekerjaya sedangkan aku hanya lah biasa2 sahaja.

Pada masa yang sama aku bertanya soalan yang agak cliche, bila puan nak berumah tangga lagi. Katanya dia sedang menunggu dan mencari jodoh hari demi hari bulan demi bulan tahun demi tahun timbul perasaan cinta itu.

Aku sudah mula tidak duduk diam aku berusaha mencari kerja yang tetap sebab nak meminang dia. Macam2 kerja aku meminta tapi tak dapat.

Hanya sekadar kerja di DIY sahaja sebagai part time. Selain itu aku juga memgambil upah mengajar mengaji di kampung.

Selain itu aku juga ambil upah buat karligrafi khat dan jual sebagai cerderahati. dan kadang kala aku jadi tukang masak di warung sarapan pagi.

Nampak macam gila kan semua aku pulun sebab sudah sayang punya pasal.

Lama itu mula beranikan diri untuk pinang dia. Simpanan sudah cukup untuk belanja kahwin dan rumah sewa sudah ada tapi kecil sahaja lah.

Bila aku mula beranikan diri bertanya pada dia sudi tak nak jadi isteri aku. Dia ada tanya sudah bersedia kah untuk menjadi suami. Adakah sekadar ingin test market?

Aku pun berkata lah. Selama ini aku tak pernah bercinta dari zaman sekolah zaman remaja sampai sekarang sebab takut.

Sejak kenal beliau rasa semangat untuk kukuhkan ekonomi. Selain itu selalu meminta pekerjaan tetap untuk nafkah hidup. Selagi hayat umur 30 an ini aku akan berusaha.

Dia suruh tunggu untuk dia berfikir. Aku tetap akan tunggu pada masa yang sama aku tidak duduk diam mencari pekerjaan dan cuba lagi.

Di takdir kan 3 hari lepas, selepas membuat masak makan tengah hari untuk ibu dan ayah serta kemas rumah. Aku sedang menuju ke tempat kerja aku di workshop, aku dapat panggilan dari beliau dan ingin berjumpa di kedai makan.

Aku terus pergi dan tunggu beliau. Nasib baik taukey memberi perlepasan sebab customer tak ramai. Sampai sahaja beliau..

Terus aku di khabarkan dia menolak pinangan aku. Aku hanya terkejut seketika. Dia memberi penjelasan bahawa zaman sekarang sangat gawat. Kalau tak ada kewangan yang kukuh macam mana kehidupan selepas kahwin?

Dia menjanda sebelum ini kerana ex husband dia buat hal. Katanya kalau memiliki pekerjaan tetap boleh di pertimbangkan. Aku ingat lagi ayat beliau.

“Perempuan mana nak hidup susah sebab itu saya nak cari pasangan yang sekufu” dan sekarang dia sedang berkenalan dengan seorang lelaki bekerja uniform. Katanya lelaki itu muda darinya.

Aku hanya diam dan tidak respon apa2. Cuma aku rasa malu sangat. Dia meminta maaf dekat aku kerana terpaksa tolak pinangan. Aku tak salahkan dia aku faham zaman sekarang semua harga mahal.

Aku pun meminta maaf sebab dalam diam sudah jatuh cinta dekat dia. Aku akur keputusan dia. Selepas itu aku pergi. Tiba2 air mata jantan aku mengalir. Macam2 perasaan ada. Sedih, malu, macam2 lagi.

Tapi tak apa lah mungkin aku ini tidak perlu berkahwin kot. Rumah yang aku minta sewa tu aku batal kan. Simpanan yang buat selama ni aku biarkan. Boleh lah untuk aku buat bayaran pinjaman PTPTN secara ansuran.

Baru aku faham ramai orang seperti aku menghadapi tekanan dalam hidup. Sudah berumur tapi tiada masa depan.

Tapi tak apa lah kecewa tu ada malu itu pun masih ada lagi. Dan aku pun tak tahu kenapa aku boleh jatuh hati dengan dia.

Walau apa pun hidup kena teruskan. Harap ada sinar lah selepas ini untuk dapatkann kerja tetap yang jamin masa depan. Mengharapkan dengan lukisan aku rasakan susah untuk mencari makan masa kini

Aku tak boleh menangis bebanan yang aku hadap sebab aku lelaki aku anak sulong. Aku kena kuat.

Doakan aku ya semua..

– Amy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *