Ditusuk Sembilu Dalam Diam

Assalamualaikum wbt. Nama aku Melur Mewangi.

Back to tajuk ‘ditusuk sembilu dalam diam’ tu means hari2 aku kena cakap kasar, kena menganjing,

Kalau time nak bersama baru tunjuk baik rajin, kalau time tak suka buat aku macam sampah.. sembilu itu yang aku rasa hari2 dan aku sedih dop tahu nok oyak gano dah sedih dooh.

Kisah aku bermula sejak aku kahwin. Sekarang dah masuk tahun kelima aku melayari bahtera rumahtangga. Dikurniakan 3 orang puteri comel2 yang berusia hanyalah selang setahun seorang (alhamdulillah).

Point yang aku nak story dekat sini ofkoz tentang pasangan aku (baca dengan nada marah)

Dia suka marah tak tentu pasal, kedekut, berkira, anak mak, tak pandai berdikari, duk bawah ketiak mak bapak, suka paksa2, suka mengarah, suka maki2 kalau aku tak ikut cakap dan kalau aku balik ke rumah mak aku dikampung.

Bila aku berada di kampung mak aku dia seolah2 dengki, ada saja alasan nak cari pasal dengan aku.. selalu call2 buat kesian nak attention, ganggu aku dengan cakap kasar, ugut2 aku, sampai masalah kecik ugut nak cerai berai.

Aku tak tahan sangat dengan perangai narsistik dia.

Dari aku lahirkan anak pertama dia suka buat sikap paksa2 aku. Waktu anak sorang. Dia selalu mintak nak berhubungan dengan aku, tak kisah waktu siang ke, malam ke.

Anak aku yang first belum putus susu baru 6 bulan dah ada yang kedua.

Allah maha kuasa bantu aku tak dak alahan langsung anak kedua sampai aku tengah test qti lesen moto masih ok (waktu tu aku preggy 5 ke 6 bulan entah tak ingat). Dia paksa aku juga suruh cancel jpj moto. Burn gitu moto.

Last aku buka buku pink waktu 6 bulan. Disebabkan perut aku tak nampak kalau preggy aku tak sedar aku preggy.

Ramai orang cakap jika menyusu anak period tak teratur. Aku pun rilex je ingat effect nyusu badan. Allah maha kuasa nak bantu aku anak aku tak dak masalah apa.

Anak kedua aku lahir sakit tak lama contraction. Aku gerak hospital pukul 10.30 malam.

Pukul 12 lebih aku bersalin normal dengan sedikit saja jahitan.

Sepanjang pengalaman aku mengandung anak2 aku yang kedua dan ketiga aku menahan kesakitan mental yang orang2 luar cakap2 dekat aku especially nurse2 dekat kk yang aku every months ulang alik cek perut.

Sedih sangat aku kena pressure, dituduh aku tak pandai jaga diri.

Aku dah cakap dengan suami aku, nak rehat jarak 2 tahun sekali tapi dia seolah2 anggap biasa.

Bila time bersama macam2 ayat manis dia lemparkan. Bila anak dah lebih dari sorang mula nak stress bila nak jaga anak. Walhal aku juga yang banyak handle anak2. Letih sangat handle sorang2.

Aku juga sorang yang berkerja tapi bukan fulltime. Seminggu dalam beberapa hari je keje. Tapi penat tak tau nak oyak gano la.

Baru2 ni dia marah aku tak kasi aku bermalam di rumah mak aku di kampung. Sehingga tergamak dia suruh aku drive balik sorang2 sebelum pukul 1 pagi. Dia cakap kalau aku tak balik rumah parents dia dia cerai aku talak 1. Ya Allah.

Aku tak pernah drive malam2 dengan bawa anak umur setahun dan 2 tahun dalam keadaan malam. Dengan minyak nak kena isi. Aku gagah juga drive 45 minit juga jarak perjalanan.

Dalam perjalanan aku nangis terkenang nasib aku yang hidup dalam ugutan.

Sampai ke hari ni dia layan aku acuh tak acuh dekat umah mak dia. Ikut suka mak bapak dia nak ngarah2 aku cakap marah2 aku depan sapa pon.

Aku tak tahan sangat. Benda ni aku hadap 5 tahun dah. Aku ajak pindah dia bagi alasan macam2.

Padahal masa sebelum kawin macam2 dia cakap dekat aku nak duduk asing la apa la minta keja la.

Oh yang buat aku tertarik dengan dia adalah watak alim dia.

Jaga2 gadis diluar sana kaalau nak jadikan orang alim pasangan kita pastikan betul2 tak fake. Laki aku ni bukan tak hebat, hebat juga la kalau 30 juz dalam kepala otak tu kan. Tapi mulut macam longkang yang tak dicuci 100 tahun lamanya, biadap plak tu kalau layan isteri.

Tak tahulah nak luah macam mana sesak nafas aku kalau tak luah ni. Korang semua doakan aku boleh banyak bersabar. Aku sayang anak2 aku.

Apa patut aku buat nak hadap laki macam ni, suka marah2, merokok pulak tu.. aku stress sangat2.

– Melor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Melor, hidup ini mudah ke – Melor pergi ke KKIA terdekat dan dapatkan suntikan depo setiap 3 bulan untuk merancang keluarga insya-Allah. Berdoa dan teruskan berusaha secara sistematik untuk perubahan suami demi kebaikan sekeluarga.

    • Adik..kak nasihat kan kuatkan semangat dan keluar dari perkahwinan yg toksin ni .setakat hafal 30 juz tapi akhlak tak elok buat apa..dia tak hargai u langsung..siap maki lagi..wake up dik..
      Kesian kan pada diri sendiri dan anak.
      Anak akan membesar dalam keluarga toksin..cakap sayang kan anak kan.
      Satu je kak nak ingatkan…kita dibesarkan oleh mak bapa kita dari baby hingga besar dan berkahwin.. penyudahnya org luar datang memaki dan marah kita..pijak maruah kita..apa perasaan Ur parents klu tahu .anak sendiri di buat mcm tu .
      Bercerai lah …tak guna tunggu dia..

  2. Masyaallah sabarnya kau, ni mmg jantan s..l. kau berambus jer. Nk tunggu kaki naik ke badan ke??? Ni permulaan dari derita yg lebih dasyat. Dia tu tak normal. Bangga dapat bodohkan kau. Busuk hati. Jangan nk berangan dia berubah ye, mmg sampai mampus dia macam ni atau lg teruk bila dia tahu kau tu dok hadap sangat kt dia. Kena pulak dok dng mertua mmg malang betul. Lebih baik dok kandang rimau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *