Hi, aku gelarkan nama AKU & berusia 32 tahun. Aku harap luahan ni ada sedikit pandangan dari korang yang mungkin boleh aku ambil.
Sejujurnya aku tak reti menulis & nak pilih tajuk sesuai pun tak tahu.
Ringkasan nya ini kisah hubungan aku dengan teman lelaki gelar kan DIA & berumur 26 tahun. Ye umur kami beza 6 tahun.
Dia ada 3 beradik, ada kakak sulung dah kahwin & abang yang masih belajar. Setiap kali gaji, duit dia habis buat bayar hutang2 kedai, hutang2 mak dia, hutang2 bil yang tertunggak dll.
Ya aku faham mungkin sebab dia lelaki & aku tak kisah pun kalau duit tu guna untuk mak ayah.
Apa yang buat aku terdiam bila dia cerita mak ayah mental & guna untuk bayar rumah sewa & yuran belajar ipts abg dia (ulang semester sebab gagal).
Belum lagi dengan kes kakak dia kadang minta tanggung beli beras, lauk, pampers, susu, bahan2 modal jual kek (tak dapat pulangan ye).
Bila hujung bulan, dia sampai tak makan, tak cukup tidur kadang langsung tak tidur 3 hari berturut sebab buat kerja sambilan.
Macam2 kerja dia buat, masa dia menganggur, cari kerja lain & kerja lagi.
Ada juga dia minta aku pinjamkan duit nanti bila gaji dia ganti sampai segan nak minta tolong.
Hmm, aku tolong mana mampu, yala mungkin ini hari dia, esok lusa hari aku (tengah sesak ni huhu).
Berat mata memandang, berat juga bahu memikul. Dia diuji lagi dengan masalah kesihatan.
Bila dah ada rekod kesihatan, mungkin tak ada insuran nak ambil & tanggung untuk dia buat kos pembedahan.
Jadi cara lain, ambil ubat, dah jadi kos tetap sebulan sahaja dalam 3 ratus lebih.
Buat masa sekarang, kami perhubungan jarak jauh. Ya dia cuba keluar dari orang sekeliling, tapi ayah dia dapat pula tempat kerja sama dengan dia. Terpaksa lah berkongsi sewa bilik.
Tambah sakit, bila dia cakap tengah kumpul duit & cari sewa rumah (bawa mak tinggal sama) sebab kontrak sewa bilik tamat tahun ni.
Pasal rancangan perkahwinan, aku punya pandangan mungkin 2 tahun tapi dia cakap kalau boleh paling cepat tahun depan tapi kena tunggu dia stabilkan kerjaya, kewangan nafkah (tak nak jadi macam abg ipar) dll.
Jadi aku tak paksa & komen sebab aku percaya rezeki tu ada.
Hmm, macam mana lagi aku nak kurang kan beban dia. Kadang rasa macam dipergunakan. Entah lah kawan
Buat dia, aku sentiasa selit kan doa semoga diberi kesihatan yang baik, diperluaskan rezeki & dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Ily & we’ve got this.
Terima kasih IIUM Confession jika disiarkan.
– AKU (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Hai. Tolonglah tanya Allah SWT (Tuhan) setiap keputusan yg diambil.
Sekadar pendapat saya, jika sanggup hadap hal2 yang perit atau tidak menyenangkan hati sebelum kahwin, Semoga dipermudahkan segala urusan setelah kahwin( dalam hidup banyak ujian, rumah tangga macam berlayar di lautan, ada kala tenang, kadang kala laut bergelora, taufan melanda)