Assalamualaikum… ni first time post kat sini, selalunya baca artikel orang ja. Ramai jugak yang share pasal pengalaman masing-masing. Ada yang diuji dengan penyakit, suami, mertua, pelajaran dan sebagainya.
Bagi saya? Ye sudah semestinya tentang penyakit nama elok ayah bagi “penawar” tapi end up berpenyakit.
Bukan senang hidup dengan penyakit mental ni. Orang nampak kita okay tapi sebenarnya tak kita duk dengar dan nampak macam-macam tapi bila tanya orang, orang kata, “Tak nampak pape pun”. “Tak dengar pape pon”
Hanya itu jawapan yang dapat didengar ditelinga. Kita yang rasa sendiri yang tanggung la.
Sakit ni bukan pasal apa pun. Punca dia sebab kuat jadi bahan ja yela kita kan nerd so mmg jadi mangsa bualan orang kat sekolah la. Pendek kata dibulu secara mental. Hmm
Mental kita pulak tak kuat kan nak hadap cacian dan hinaan orang lepastu murung…
Bila dah murung siapa yang susah? Mak ayah la…
Kerap jugak buat perangai takmau pergi sekolah tapi mak ayah tanya tak bagitahu kenapa, sikit-sikit ambik MC sampai doct pun jemu tengok muka. Asyik muka yang sama ja mai klinik dia..
Bermula dengan jadi bahan jenaka berakhir dengan titik duka hidup seseorang…
3 minggu berturut-turut aku menangis sebab tak tahan… dan time tu aku dengan tikar sejadah tak dapat dipisahkan sampai tidur atas tikar sejadah la dibuatnya.
Terseksa bagaikan diulit tali belukar yang berduri. Tapi siapa yang tahu? Kawan? Mak ayah? No one know. Pendam sampai keadaan jadi parah baru mula buat tindakan. Iaitu dengan memaksakan diri hahaha.
Start 1 bulan tu full aku pergi sekolah tanpa ponteng sampai Cikgu pun hairan “haii penuh kehadiran.. nak mati dah apa” sampai Cikgu cakap camtu la.
Pastu aku Mula dengar orang cakap-cakap pasal aku dimerata tempat aku dengar sampai balik rumah pon aku rasa “mesti depa tau apa aku buat kat rumah”
Sampai tahap macam tulah jadi aku hidup dengan berasa sentiasa diperhatikan orang macam orang boleh tahu apa aku fikir sampailah aku tak tahan dan rasa macam nak bunuh diri.
Aib aku macam dicanang-canang,hati aku seakan dicincang-cincang.
Bila berasa macamni hidup pun jadi tak seronok. Rasa rendah diri yang teramat sangat… nasiblah keputusan spm tak terjejas..
Jadi aku buat keputusan sambung stpm. Ingat stop takat tu? Tak.. tak aku jumpa balik dengan kawan-kawan spm aku… abis aib aku depa cerita kat Cikgu dan Cikgu kat situ mulalah pandang aku ni teruk dan bodoh.
Aku tak tahu kenapa orang benci aku secara tiba-tiba. I can’t kepala aku memusing dan bercelaru teruk sampai aku takleh beza mana situasi betul dan situasi tak betul.Aku sampai takleh beza suara hati aku.
Dan rasa terancam gila kat sekolah tu aku nak solat pun terganggu bila balik ja rumah aku mesti menangis…sampailah aku buat keputusan pergi jumpa kaunselor..
Bila jumpa kaunselor kau jangan ingat masalah kau akan selesai.. tidak.. Tambahan pulak orang yang benci kat kau tu pelajar kesayangan Cikgu… hmm.
Bila pergi jumpa kaunselor aku pun cerita la masalah aku dan aku bagitahu la aku jadi bahan kat sekolah tu.. Cikgu tu cuma boleh jadi pendengar je lah bukannya boleh buat apa pun..
Cuma bila kau dah lepas tu jngn ingat la Cikgu tu nak duk saja mesti dia akan siasat bila dia siasat tunggu jela orang akan start pandang kau atas bawah…
Tapi alhamdulillahla aku dapat jumpa psychiatrist bermula dengan aku jumpa kaunselor. Punca dia aku bagitahu yang aku dah tak tahan nak alami benda ni.
Aku dapat rasakan orang boleh baca fikiran aku di mana pun aku berada… dan bila ada orang gelak aku rasa macam gelakkan aku..
Kau faham tak? Sampai takleh bernyawa aku rasa.
Sampai stpm aku terbawa-bawa benda ni. Sem 1 aku scor alhamdulillah sem 2 tu dah start buat perangai sem 3 KO terus… gagal semua… tapi keputusan okay. Lulus semua cuma pointer je cam harey skit tapi tak apalah… nak buat macam mana kan..
Aku mula ikut appointment doct hari demi hari, minggu demi minggu sampai doct pun penat nak melayan. Last-last dia bagi ubat suruh tidur… hahahaha…
Penat dengan penyakit yang macamni… beban kat orang lain kan.. hmm aku pun penat hidup dengan penyakit mental macamni pergi manapun aku rasa macam ada orang yang duk kata/gelakkan aku.
Aku bukan instafamous orang nak kenal aku.. kadang2 tertanya2 jugak aku ni huduh sangat ke orang gelakkan aku…
Maybe aku ni halusinasi kot…
Mungkin….
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul… Itulah yang dirasai oleh seorang kanak-kanak yang semakin dimamah usia…
Makin seronok bila sepupu sepapat kau pun ambik stpm hahahhaha…jadi kau ni macam seketul debu je la bila dengan adik beradik.
Boleh imagine tak macam mana aku urus diri dengan rasa orang boleh baca fikiran aku? Paling syok bila exam… rasa macam ada orang tiru sampai aku malas baca buku sebab takut orang tiru….
Haihh nak buat macam mana kan hidup ni bukan senang dengan zaman industri 4.0 ni. Mampu hidup dengan penyakit macam ni? Nak minta kerja dengan sijil stpm pointer 1.92 tu?
Kerja apa je boleh dapat… boleh kerja ke dengan asyik makan ubat tidur je.. entahla aku pun tak tahu macam mana aku nak hidup.
Belum cerita lagi pengalaman dirasuk kan… ada Jin yang kesiankan aku..T akut dah nak nangis malam2.
Sekian…
– Nu’un (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit