Dizalimi Oleh 3 Lelaki

Assalamualaikum semua. Sebenarnya dah lama aku pendam perasaan ini. Aku dah berkahwin lebih 10 tahun dan punyai 3 orang anak.

Aku menulis bukan untuk aibkan lelaki dalam hidup aku.. Tapi aku perlukan tempat untuk meluahkan perasaan dan pandangan kalian.

Lelaki pertama. Bapaku. Aku dibesarkan dalam sebuah keluarga toksik. Bab agama kurang diberatkan dalam keluarga, tapi alhamdulilah kesedaran bab agama datang dengan izin Allah ke dalam diri aku.

Ibu dan ayah sering bergaduh kerana ayah aku seorang yang baran dan ego. Aku membesar dengan melihat ibu sering makan hati berulam jantung dengan perangai ayah.

Satu perangai buruk yang dari aku kecil sampai ke hari adalah dia sentiasa berangan nak jadi kaya raya..

Maka dia mulalah terlibat dengan pelbagai aktiviti yang tiada siapa pun tahu, alih2 hingggalah beberapa tahun lepas, ibu menangis bagitahu ayah ada meminjam duit hampir 200k daripada seseorang.

Jika tidak bayar dalam sekian tempoh akan jadi kes polis. Aku dan saudara sulong ku terpaksa fikirkan cara untuk dapatkan duit yang sangat besar jumlahnya itu, demi jaga aib keluarga.

Dan aku berjaya buat pinjaman dengan bulanan sebanyak RM1600 sebulan dengan perjanjian aku bayar 600 dan saudara sulong akan cover 1000 memandangkan gaji aku kecil masa itu.

Cuma abangku tak lepas buat loan kerana komitmen kewangan yang sangat tinggi dengan pihak bank. Jumlah pinjaman masih tak dapat cover hutang yang ayah buat.

Jadi ibu dah janji akan bayar baki sebaik dapat duit pencen dalam tempoh setahun lagi. Dalam tempoh setahun itu ibu terpaksa membayar sejumlah duit ikut kemampuannya setiap bulan sebagai tanda komitmen.

Dan apabila tiba masanya, sekelip mata hasil penat lelah ibu bekerja sepanjang hidupnya diserahkan pada pemberi hutang itu tanpa sempat digunakan untuk diri sendiri. Dan ayah?

Tanpa rasa bersalah pada anak dan isteri yang terpaksa menanggung tahi yang dibuatnya. Sampai kini aku tak tahu duit yang sebanyak itu digunakan untuk apa sebenarnya… bila ditanya, tiada jawapan.

Itu belum lagi kes ibuku diserang abang ayahku di satu majlis keluarga kerana dalam diam ayah telah merayu dan meminjam duit sebanyak rm35k daripada abangnya yang baru sahaja dapat duit epf masa itu.

Aku sendiri menyaksikan ibuku diserang tanpa mengetahui hujung pangkal. Sejak dari peristiwa itu, aku memang benci pada ayahku kerana memgaibkan kami.aku sering berdoa agar aku dapat segera kahwin dan keluar daripada keluarga ini.

Perangai gila harta ayahku tidak terhenti di situ. Aku pernah beberapa kali kantoikan ayah. Dia terlalu taksub ingin jadi kaya. Satu hari aku pulang dari kerja aku nampak dia baru lepas isi satu borang fake scammers overseas yang menjanjikan pulangan duit berganda.

Melihatkan borang yang telah diisi pun nampak jelas kerja scammer low class sekadar edit copy paste ministry finance of bla.. bla.. bla… tapi malang sekali ayah tetap tertipu.

Aku mengamuk dengan mengoyakkan borang tersebut dihadapan mukanya. Apa tidak serik lagikah dia?

Tapi aku diherdik, agar jangan campuri urusan dia. Anak kurang ajar dikatanya. Aku memang sudah lama hilang hormat padanya. Aku membalas kata2 nistanya.

Biarlah berdosa, janji aku puas, dan biar hati hitamnya terasa. Habis separuh gaji bulanan ku terpaksa membayar hutang bank demi menyelamatkan dia daripada dipenjara..

Perangai buruk meminjam duit masih berterusan. Ibu seringkali meminta bantuan aku settlekan.

Aku tak sampai hati melihat ibuku menangis memikir cara cari duit yang mana aku tau dia memang dah tiada duit simpanan langsung. Parents aku survive solely on duit pencen mak yang tidak seberapa.

Dan aku sebagai anak hanya mampu hulurkan sedikit duit ikut kemampuan ekoran komitmen pinjaman yang aku buat itu.

Memandangkan aku tinggal paling hampir dengan parents, maka aku lah yang terpaksa menjadi mesin ATM menyelesaikan lagi hutang si polan sebanyak sekian ratus pula.

Pernah juga satu ketika sekitar tahun ini, ayah telah panggil aku dan suami mengatakan nak guna duit dalam RM3k dan perlu seseorang temankan dia ke satu tempat.

Di sana ada seseorang menanti untuk berikan duit cash yang banyak.

Suami terkejut dengan apa yang dikatakan oleh ayah, dan tidak izinkan ayahku ambil duit daripada kami atau membawa mana2 ahli keluarga kami ke tempat yang dimaksudkan. Kalau ayah nak pergi juga, uruskan ssndiri.

Jangan libatkan ahli keluarga. Jika orang yang waras otaknya, dah tentu2 boleh tau dan agak itu adalah scammer atau entah apa barang dadah ke apa yang diminta kita jadi bawa.

Tak pasal2 jadi keldai dadah. Tapi ayahku terlalu buta dengan RM. Terus 2-3 minggu bersikap dingin. Aku pasti dia frust tak dapat apa yang dikehendaki kerana tiada duit dibuat modal.

Dan paling aku terkesan baru2 ini, sekali lagi ibu meminta bantuan kewangan sebanyak hampir 10k selewatnya petang itu perlu dibayar.

Kerana dalam diam sekali lagi ayah pinjam duit dan kali ini rupanya pinjam dengan ah long. Jika sampai petang tak dibayar, ayah dah diugut bunuh.

Perkataan pertama yang terkeluar dari mulutku.. ‘biarkan dia mati kena bunuh’.. Tapi ibu dah memangis, malu pada jiran tetangga jika ahlong datang menyerang dan buat hal di rumah. Dia dah cuba pinjam dari kawan2 sebanyak RM2k..

Dan perlu mencari baki lagi. Ibu telah keluarkan segala stok barangan emas yang tak seberapa itu minta aku bawanya untuk digadai..

Jika kalian di tempat aku, sanggup ke melihat barang kemas satu2nya harta yang ibu miliki digadai demi seorang suami durjana?

Dan sekali lagi aku menjadi mesin ATM memgeluarkan duit simpanan ku yang semakin hari semakin susut. Sedih. Pedih. Aku kecewa dengan ibuku.

Telah beberapa kali sebelum aku kahwin lagi aku dah suruh dia bercerai dek penderaan mental oleh ayah.

Dan peristiwa terbaru ini juga aku ungkit lagi, kenapa masih nak bela biawak hidup ini. Tak serik lagi ke..

Jawapannya mudah.. Kesian kat cucu.. Malu pada keluarga dah tua bercerai. Aku benar2 kecewa. Kerana yang jadi mangsa adalah aku seorang..

Oh ya.. Semasa pkp ayah yang selama ini dah bertahun2 tidak bekerja, secara tiba2 bekerja.

Memandangkan zaman covid, aku nasihatkan untuk tidak bekerja kerana segala makan minum parents insyaAllah mencukupi. Lagipun sebagai warga emas, dia berisiko tinggi terkena jangkitan..

Tapi ibuku membela, agar biar sahaja dia bekerja, kerana dia masih ada berhutang dengan orang jadi biar dia usahakan sendiri selesaikan hutangnya.

Aku mampu tepuk dahi.. hutang dengan siapa lagi????

Jika kalian di tempat aku.. Apa yang patut buat? 2 lelaki lain insyaAllah akan aku tulis nanti.

– Cik Bongsu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *