DNA Sama, Perangai Lain-lain

Assalamualaikum, hari ini sengaja curi masa nak luah.

Kakak ni adalah nama panggilan aku dalam keluarga. Aku anak ketiga dan tunggal perempuan. Kiranya satu satunya anak manja dalam keluarga.

Aku membesar dengan 3 orang adik beradik lelaki iaitu 2 abang dan seorang adik.

Sekarang umur aku dah 20 tahun. Baru tamat diploma tapi alhamdulillah terus dapat kerja.

Abang² aku pun dah bekerja semuanya, tinggal adik bongsu saja yang bersekolah tingkatan 5.

Kami yang bekerja ni semua duduk di rumah keluarga lagi. Abah seorang yang tegas tetapi sangat penyanyang.

Abah sukar nak lepaskan anak anaknya bekerja jauh dari rumah.

Aku dan angah bekerja di kawasan yang sama,cuma ambil masa 5 minit saja jarak tempat kerja kami. Gaji aku masih gaji basic dan angah hampir cecah 2k.

Aku tak kisah bab gaji. Tapi sebagai manusia dan anak, aku dah berjanji dalam diri untuk berkongsi sedikit nikmat gaji ni bersama keluarga.

Bila dapat gaji, aku asing terus untuk diberi kepada parents, belanja dapur, barang keperluan dan juga sedikit duit untuk manjakan si bongsu.

Walaupun berbekalkan 1500, aku masih boleh belanja barang dapur yang taklah banyak mana tapi setiap bulan hampir 200 ringgit.

Aku tak berkira, tujuan aku beli barang dapur memang untuk menjamu semua orang dalam rumah itu. Tapi aku agak terkilan dengan perangai angah.

Aku faham dia ada komitmen iaitu bayar kereta RM450 setiap bulan. Dia juga ada simpanan emas yang dibeli beberapa gram setiap bulan.

Aku tak kisah dia tak hulur bantuan pada rumah memandangkan ibu abah ada simpanan sendiri dan lebih dari cukup.

Tapi yang aku terasa ialah bila dia biarkan along bayar duit wifi dan netflix sendirian. Padahal dua benda tu dia yang beria nak pasang.

Untuk wifi aku hulurkan juga RM50 setiap bulan kepada along. Walaupun along bekerja, aku faham dia juga ada komitmen.

Oh iya, kami semua belum berkahwin. Tapi angah ada girlfriend dan ada sekali tu aku tak sengaja ternampak notification di telefon angah, oh dia transferkan RM200 kepada girlfriend dia.

Aku tertanya tanya, nafkah bercinta ke tu? Dalam hati rasa nak marah sebab sedangkan ibu abah pun dia tak hulurkan duit, tapi awek dia pulak dapat.

Kami yang keluarga pun susah nak dibelanja alasannya dia cashless. Walhal aku juga cashless tapi bila nak keluar bersama keluarga, aku akan pergi ke bank untuk keluarkan duit belanja.

Sekali lagi, aku bukan berkira tapi aku terkilan. Pernah sekali, along tampung semua kos masa teman angah dating. Pelik kan?

Aku makin terkilan bila angah selalu judge apa yang aku beli untuk dapur. Kadang aku beli makanan frozen, jajan dan juga beberapa jenis lauk pauk.

Tapi angah akan cakap ‘kenapa beli brand murah ni? Tak sedap. Lain kali beli lah brand mahal sikit’ sentap aku dengar. Rasa nak tampar mulut dia. Aku terasa tapi aku diamkan aje.

Baru baru ni abah ada bincang nak beli dryer untuk rumah memandangkan musin hujan dan baju uniform kerja kami hanya ada dua.

Abah memang ajar anak anak disiplin dengan cara kumpul duit untuk beli keperluan beramai ramai. Jadinya aku berikan RM250 kepada abah.

Tapi abah kata, angah belum bayar sampai sekarang. Tapi aku jenis tak suka tengok gaduh, jadinya setiap kali abah, ibu, along mengeluh pasal angah ni, aku lah yang backup dia.

Aku memang dari dulu jadi pusat aduan dan juga pakar kaunseling dalam keluarga.

Setiap kali ada yang bergaduh dengan abah, akulah yang kena sejukkan hati abah.

Selalunya memang angah lah yang gaduh dengan abah. Walaupun gaduh hanya dimulut tapi lama lama takut membusuk di hati.

Haih, pening kepala tengok perangai adik beradik sendiri. Nak cakap lebih lebih takut jadi adik derhaka pulak. Jadi aku pilih untuk luah disini.

– Kakak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *