Assalamualaikum dan salam sejahtera
Akak ni bukan la student. Dah keje dah. In fact, sebagai pengajar di salah sebuah IPTA di Malaysia. Tapi suka aje follow page korang ni.
Akak ada je terbaca tentang students yang ada masalah kewangan yang amat kritikal. Frankly speaking, akak memang simpati dengan keadaan pelajar-pelajar terbabit. Terbayang nasib adik akak kalau di tempat dia, macam manalah.
Tapi perkara ni bukan satu benda yang pelik. Semua tahu keadaan ekonomi kita mcm mana sekarang ni. Dulu korang ingat tak tentang kes ada student pengsan ke apa tu, sebab kes tak makan. Ye…benda ni banyak je jadi. Kat tempat akak mengajar ni pun ramai yg ada masalah kewangan. Ada kes sampai nak bunuh diri sebab tak de duit. Kes masuk hospital sebab tak makan tu biasa dah. Banyak lagi kes yg jadi. Itu kes yang dilaporkan, kes yang tidak dilaporkan tu kami pun tak tahulah banyak mana.
Kat sini, akak nak cadangkan beberapa tindakan yang mungkin adik-adik akak boleh buat sekiranya ada masalah kewangan. Akak rasa ramai je dah tau prosedur ni, tapi bagi yang tak tahu tu, bolehla cuba nasib. Memangla leceh sikit, sebab nak kena isi borangla, jumpa orang itu inilah, tapi sekurang-kurangnya mungkin dapat ringankan beban.
Tapi sebelum tu, yang paling utama dan paling penting, kamu mestilah buang rasa malu (bukannya buat perangai x malu), buang sedikit rasa segan. Sebab kena berterus-terang. Banyak kes yg jadi, students malu nak cerita masalah mereka. Jadi bila tidak diceritakan, pihak fakulti & pihak universiti tak tahu duduk atur keadaan sebenar. Kalau tak tahu macam mana nak bantu, kan?
So, kalau betul ada masalah kewangan yang kronik, yang pertamanya, boleh jumpa Ketua Jabatan atau Timbalan Dekan HEPA di fakulti masing-masing. Kalu segan dan mungkin pakcik-pakcik dan makcik-makcik ni sibuk je memanjang, jumpalah mentor atau academic advisor. Kalau academic advisor jenis tak ambik tau, jumpalah mana-mana pensyarah di fakulti yang awak rasa selesa. Walaupun korang menyampah sangat dengan lecturer ni, sebab lecturer ni semua kejam dan menjengkelkan, tapi mesti ada sorang dua lecturer yang baik-macam akak ni ha-gittew. Ceritakan masalah, bgtau dia apa malasah kewangan kamu tu. InshaAllah, akan dipanjangkan masalah adik-adik ke pihak pengurusan. Biasanya, fakulti ada menyediakan sedikit peruntukan kewangan untuk pelajar-pelajar yang memerlukan. Ada kes, kami kumpul duit ramai-ramai sorang sikit bayarkan yuran pengajian semester pendek pelajar kami yang menghadapi masalah kewangan yang kronik ini. Timbalan Dekan akak pun pernah bayarkan yuran tertangguh seorang pelajar ni sbb kalau tak, pelajar ni tak boleh ambil final exam. Tapi kalau semua nak bayarkan yuran, pengsan la pulak, hehe. Tapi jangan risau, ada alternatif lain…percayalah.
Jadi, akak nasihatkan sangat2, kalau ada masalah kewangan yg kronik, pls pls pls ceritakan masalah anda kepada pensyarah tu. Kalau pun pensyarah korang tak dapat nak bantu banyak, sekurang2nya dia tahu keadaan korang dan boleh fikirkan alternatif untuk selesaikan atau kurangkan masalah korang.
Selain tu, boleh cuba dapatkan zakat dari pihak universiti. Macam tempat akak mengajar ni, ada je students yg diberi zakat oleh pihak universiti. Boleh berbincang dengan pegawai HEPA dan ada sessi temuduga. InshaAllah nanti kalau lulus, anda akan diberi sejumlah wang dalam beberapa ratus ringgit. Tapi duit zakat ni diberi sekali saja kalau tak salah akak la. Jadi akak tahu mesti tak cukup untuk menampung keseluruhan pengajian, kan?
Kalau nak kerja part time, boleh aje. Tapi korang kenalah pandai bahagikan masa. Ada je students akak yg kerja part time. Tapi assignment siap hantar pada masanya, result exam pun taklah teruk sangat. Mengantuk dlm kelas tu biasalah, siap tertido lagi tapi pandai2la nak cover. Tapi, korang kena ingat yang walaupun kerja part time, komitmen belajar mestilah no 1. Bila kita susah, tanamkan azam untuk dapat keputusan yg baik supaya dapat ubah nasib keluarga, inshaAllah (ye ye tau ayat cliche gila, tapi itulah hakikat, kan?) So kalau korang tak ‘perform’, sia-sialah korang susah payah masuk universiti, bertungkus lumus nak survive tapi sebab tak dapat bagi komitmen dengan belajar sebab kerja, result merudum.
So manage your time properly. Akak pun tak halang students akak nak buat kerja part time selagi tak melanggar peraturan universiti, sebab kami ni bukan boleh tolong all the time, jadi part time tu mungkin membantu. Tapi jangan abaikan pelajaran. Yang MALAS belajar dan tahu nak complaint dan kutuk lecturer tu result dia ke laut biar kat dia la kan, tapi kita janganlah jadi macam dia.
Akak doakan setiap urusan adik-adik berjihad menimba ilmu ni dipermudahkan, ye. Niat belajar elok-elok,inshaAllah dipermudahkan.
– Kak Bedah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit