Salam. Hai readers. Nama aku Nana. Berusia 26 tahun dan telah berkahwin. Ni bukan cerita pasal perkahwinan sebab too boring to be share here (kalau cerita rumah tangga boleh je skodeng page kisah rumah tangga tu).
So, back to my story. Untuk intro, aku ada 3 adik beradik. Actually 7 sebenarnya. Tapi yang 4 lagi tu aku tak rasa “bond” adik beradik tu sebab terasing beribu batu. Yes, teknologi boleh mendekatkan, tapi in my case teknologi tak membantu pun. Dalam kami adik beradik 3 orang ni, beza aku ngan akak aku 3 tahun and ngan adik aku agak jauh la jugak, 6 tahun.
So, here start the story. Since kecik lagi mak bapak aku besarkan kami 3 beradik ni dengan sangat sedikit perhatian. Aku tak kan cakap “terabai” sebab still tak sampai tahap tu lagi, tapi lebih kepada konsep do your own.
Start aku masuk darjah 1 sampailah ke alam menara gading, everything by my own. Korang bayangkan, first day daftar diri kat sekolah darjah 1, aku pergi daftar sendiri weh. Takde mak bapak teman. Aku jalan kaki dengan akak aku (at that time darjah 4) untuk ke sekolah. Lebih kurang 1km macam tu. Akak aku of course busy urus pendaftaran kelas dia and aku ni terkulat-kulat lah daftar masuk darjah satu. But, dont worry. I’m totally okay with that. Takde hal lah bagi aku haha
When I said everything by my own, its means everything berkaitan aktiviti diluar rumah la ye. Sampaikan nak ambik report card pun by our own. Tapi masa tu cikgu2 pun tak kisah if takde mak bapak untuk ambik report card. Akak aku ambik dia punya, and aku ambik aku punya. Kat rumah, mak bapak aku memang tak ambik tahu pun how many A’s did you get or how worst your result was. Everything by our own. Atas kesedaran sendiri. Nak belajar, then try your hard. Nak lingkup, dipersilakan. Senang kata macam tu lah.
Then, alhamdulillah. Habis form 6 aku dapat tawaran sambung study dekat salah sebuah universiti awam yang agak jauh dari rumah. Akak aku pulak sebab malas nak sambung study, habis form 5 terus kerja kedai runcit. Dan macam biasa bapak aku just okay with that. Oh ya, by that time arwah mak aku dah meninggal and bapak aku dah kahwin lain. Pun, waktu nak kahwin lain takpernah nak cakap dengan kami. Kalau takde kawan dia bukak mulut seminggu dia nak kawin tu, memang kami tak taw langsung yang dia nak kawin. Nasib mak tiri kami okay hahaha
Dipendekkan cerita, 3 hari nak daftar diri baru aku inform bapak aku pasal tawaran and he just okay with it. Dia sempat hantar aku ke airport and kat tempat baru tu aku still do by myself. Ambik teksi nak pergi u. Nasib lah jarak tak jauh, kalau tak kopak duit aku. Haha
Btw, kalau pasal duit pun lepas habis form 5, everything by ourself ye. Kalau nak duit, kau mesti keje. Macam2 keje aku pernah buat. Jadi waiter kat gerai roti canai (pukul 5.50 pagi dah gerak dari umah), cabut rumput kat kebun sayur (gaji seringgit sejam weh) keje pasar malam (memang pukul 12 malam baru ada kat rumah) and memacam lagi lah.
Disebabkan terlalu biasa dengan konsep do your own ni, aku jadi terlebih berdikari. Everything kalau boleh aku nak buat dengan cara aku. Tak nak orang lain kacau. Aku jadi janggal kalau tak buat sesuatu tu sendiri. Aku jadi terbiasa sebagai pembuat keputusan. Dan sekarang aku rasa diri tak normal sebab suami aku jenis suka bergantung. Everything mesti mintak pendapat family dia. Even sekecik-kecik benda pun dia perlukan pendapat family dia.
Banyak sebenarnya pasal do by yourself ni yang aku nak kongsi. Tapi macam terlebih panjang lah pulak. Silap2 admin tak siar pun cerita aku ni. Buat penat jari je menaip haha my point nak share kat sini, please. Kalau korang ada anak esok jangan tekankan konsep ni. Serius. Takut anak2 korang jadi macam aku nanti. Bond dengan ayah tu tak rasa langsung. Tapi apa2 pun, aku sayang ayah aku. Just aku tak reti nak tunjuk je sayang tu haha
– Nana
– Nana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit