Assalamualaikum readers. Nama aku Fatin, seorang ibu anak 4, tinggal di JB dan mempunyai combine household income ranging RM6k – RM7k. Aku kerja office hours and keluar rumah seawal 7 pagi and balik rumah paling lewat sampai jam 8 malam. Manakala husband pula kerja freelance.
We are both in our mid and late 30s. Sangat besar cabaran nak hidup skang ni apatah lagi kat kota besar macam ni. Bukan je cabaran dari segi financial tapi jugak dari segi emotional and spiritual.
Lately banyak betul cerita pasal depression. Dan sangat terkejut bila baru early 20s tapi dah mula dapat anxiety, mula rasa nak bunuh diri dan sebagainya. Bila tanya sebab apa stress, jawapannya sebab assignment tak siap lagi. Oh my, this is not good. Adik-adik tahu tak, it is very important untuk kita kawal stress sebab hidup kat luar macam2 lagi cabaran yang maha hebat ada.
I’ve been in that situation bila mana rasa stress sangat dan rasa there’s no one to turn too. Adik-adik, ni akak nak cerita sikit tips yang boleh bantu untuk kawal stress.
1. First sekali cuba tengok faktor dan pencetus stress tu. Adakah faktor persekitaran seperti family members atau keadaan rumah atau rakan dan sebagainya? Kalau ya, then cari jalan untuk jarakkan hubungan tu. Kalau boleh keluar dari tempat tu seketika sampai keadaan jadi ok.
Kalau boleh stop berhubung seketika. Ia akan ambil mungkin sehari dua, seminggu, sebulan sampai keadaan jadi stabil. Kalau kita stress dengan seseorang, dan orang tu kita tak boleh ‘buang’ dari hidup kita, kita kene banyak2 sabar. Mungkin Allah nak uji kita dengan perangai orang macam tu. Kita tak boleh ubah cara orang tapi kita boleh ubah cara kita supaya lebih baik nak handle orang macam tu.
2. Secondly, masa ambil tempoh bertenang ni, sibukkan diri dengan aktiviti fizikal seperti bersenam, hiking ataupun aktiviti yang memerlukan otak untuk berfikir. Terserah samada nak buat secara berseorangan atau berkumpulan.
3. Dont stress too much over what has happened tapi fikirkan apa yang boleh kita buat the best for our future. Mula mengorak langkah untuk menggapai cita-cita, impian yang kita mahu setahun, lima tahun atau sepuluh tahun akan datang.
4. Find someone to talk too. Someone yang boleh motivate, jadi mentor dan sebagainya. Someone yang adik percaya untuk bercerita semua sekali pasal impian harapan adik. If he/she is someone special, include them in your dreams. Jadi sama2 akan cari jalan nak menggapai cita-cita, impian dan harapan tu. Bila dah share impian ni, kan lagi senang nak capai impian tu sama-sama.
5. Be thankful and grateful dengan apa yang kita ada. Jangan compare diri kita dengan orang lain sebab nasib setiap orang tu tak sama. The only competition is with the one you was yesterday. Only strive to be better than yesterday.
6. Hardwork pays off. Percayalah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak mengubah nasib mereka sendiri. Sentiasalah mencabar status quo diri sendiri dan keluar dari comfort zone. Jangan cepat mengalah. Sebab hidup di dunia ni masih panjang dan cabaran akan datang lebih besar.
7. Grab all opportunities dan jangan kita sia-siakan masa dan peluang yang ada pada masakini. Tapi Kalau dah nampak takde peluang lagi, move on. Teruskan hidup. InsyaAllah ada lagi peluang dan pintu rezeki yang lain.
8. Power of Dua. Tak perlu cakap lebih. Minta tenang hati setiap masa. Zikir. Dan percayalah, letakkan hati sepenuhnya kepada Allah. Jangan bergantung harap kepada manusia sebab hati manusia Allah yang pegang. Tawakkal sentiasa.
9. Sentiasa dapatkan pandangan dari orang yang lebih tua dan berpengalaman. Dengar nasihat sekiranya nasihat tu untuk kebaikan diri kita. Rendahkan ego dan berlapang dada untuk terima teguran yang diberikan.
10. Jangan terlalu ikutkan perasaan dan cuba untuk tenang dan relaks. Tarik nafas dalam-dalam bila stress. Kalau ada masa cuba dapatkan me time sekejap. Think of happy moments!
11. Communication tu penting. Kalau penat cakap. Bagitahu kat husband or anak. Make them understand. Kalau perlu pertolongan bagitahu. Kalau perlu me time bagitahu. Kalau penat tak larat nak masak or kemas rumah bagitahu, jangan pendam sorang2 dan jangan buat pun. Minta tolong husband dan anak buat sama2.
Jadikan house chores tu routine yang perlu digalas bersama-sama. Bukan kerja mak je. Same goes dengan workload kat ofis. Kalau dah nak due tapi still stuck, bagitahu boss dan colleagues and find solution sama-sama.
12. Last sekali kawal pemakanan dan amalkan cara hidup yang sihat. Bersenam tiga kali seminggu.
Adik-adik, cabaran hidup ni bukan sedikit. Macam-macam kita kena lalui. Kawal stress jangan sampai jadi depression. Takde problem yang tak boleh solve dalam dunia ni.
Actually ni semua tips yang akak praktikkan sebagai seorang wanita bekerjaya dan berkeluarga. Stress tu sentiasa ada apatah lagi now tengah buat PhD part time dan workload ofis pon boleh tahan and the same time tanggungjawab sebagai ibu dan isteri juga perlu dilaksanakan. Baiki hubungan dengan sekeliling kita supaya hidup ini jadi lebih aman dan damai.
Sekian sahaja dari perkongsian akak. Semoga mendapat manfaat.
– Fatin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit