Doa Dalam Tahajjud

Assalamualaikum semua. Hahaha, title kemain. Thank you admin, kalau post ni di publish. Nak story and share sikit, mana2 yg baik semuanya datang dari Allah, yang buruk datang dari diri saya sendiri.

Tapi ini cerita pasal nak beranaklah, hahaha. Masa anak first and second, saya masih lg fulltime housewife. So memang takde budget nak beranak di swasta. Bila anak ketiga ni saya dah kerja, dah masuk 3 tahun bisnes, adalah income sikit-sikit untuk diri sendiri. InsyaAllah boleh kumpul duit ni. Husband pun dah janji kali ke-3 ni kita beranak kat swasta lah ya. Husband pun dah paham sangat, dah dua kali dia teman dlm labor room.

Nak beranak kat swasta ni bukan apa, saya cuma seriau dengan VE banyak kali, penat nak tunggu turn kat bilik penilaian dan acapkali dapat doktor lelaki (sebab ni lah saya cuba usahakan nak beranak kat hospital swasta, saya tau kat gov hospital saya tak bolehlah demand macam2)..

Duduk bilik penilaian pun lama, dah nurse buat ve, doc pula nak buat ve, pelatih pun ada nak praktis buat ve jg… tak tau dah brapa byk kali dah ve dalam bilik penilaian saja. Masa masuk fasa aktif labor tu pun kena ve balik2, dah request boleh tak buat ve ms takde contraction. Sorry, permintaan ditolak, berhuhuhu lah layan contaction ya. Doktor lelaki takyah cakaplah 2,3 orang doctor lelaki monitor saya di labor room. Cukuplah. Pahit kenangan anak pertama, pahit juga kenangan anak kedua. Tapi Alhamdulillah anak kedua ni normal, selepas anak pertama caeser.

So bila turn anak ketiga, saya bersungguh2 usahakan nak beranak kat swasta. Saya kumpul duit, husband kumpul juga. Masa mengandung 2nd & 3rd trimester kan memang payah nak tidur malam, awal2 pagi tu saya selalu ambil kesempatan untuk solat tahajjud. Doa saya mengadu kat Allah sangat spesifik, saya nak beranak kat Hospital sekian2….. nak doctor atau bidan perempuan yang entertain…. Sekian2….

Tapi lama kelama-lamaan doa saya dah bertukar di akhir2 nak beranak, saya nak beranak di Hospital swasta XXXX saja.. yg lain-lain saya minta dah lupa. Tapi, akhir-akhir trimester ni juga, bisnes bermasalah sikit, perlu banyak duit nak cover itu ini, simpanan saya susut guna untuk topup bisnes. Saya dah mula down sedikit… kalaupun saya ada duit untuk beranak di swasta, rasanya duit ni lebih baik saya buat benda lain-lain. (bisnes, belanja atau rawatan selepas beranak, beli barang2 baby…)

Hari kejadian, dah confirm saya macam saya tak boleh beranak di swasta. Ada duit, tapi hati saya berbelah bagi. Duit husband kumpul cukup. Tapi ckup utk beranak je lah. Husband kata kalau ada komplikasi lain, atau nak pakai duit lepas beranak takpelah pakai duit gaji dia dulu, nanti usahakan lagi macamana nak cari duit. Aduh, tak sanggup saya rasanya, nak pinjam sana sini pula. Saya mengalah untuk beranak di gov hospital saja.

Hari kejadian, fasa active labor dalam awal-awal pagi 1-2 pagi macamtu. Saya relaks layan kontraksi di bilik hotel dekat je ngan spital. Hahahaha. Takut sebenarnya nak gi spital awal-awal ni. Doa saya last tahajjud sebelum beranak hari tu, tak pelah ya Allah, kau permudahkan sajalah aku bersalin kali ini, sihat mak dan bayi lahir nanti. Baby sihat senang nak jaga.

Sampai mendaftar kat hospital, bilik penilaian kosong. Selalunya penuh, tak pernah2 jadi macamni. Saya ni beranak dah 3 kali, tapi masuk bilik penilaian dah banyak kali sangat… macam2 kes. hahaha. So tak pernah jumpa bilik penilaian kosong macamni. Takde pula ibu-ibu nak beranak sekali? Gelap.. saya sorang saja.. nurse sorang dua je. Ade yang siap tidur, sebab takde orang. Doc perempuan pun sorang, kecil molek pulak tu (hahaha, buat ve Alhamdulillah).

Saya terus baring, buat ve skali. Tak lama ketuban pecah sendiri, sorong ke labor room, sorang midwife saja beranakkan saya. Setel branak no.3, dia jahit kita skin to skin sejam. Baby diam je tak nangis… bahagia sungguh. Husband pun tak sempat temankan kali ni. Sebab dah beranak awal.. hahaha

Bila saya ingat semula, sebenarnya apa yang saya mau semua Allah tunaikan juga (takde ve byk kali, takde doc lelaki, takde ramai2 nurse sibuk2 di labor room, dipermudahkan urusan). Cuma bukan di hospital swasta yg saya nak. Ajaibnya tahajjud, dan kali ni saya betul2 celik bila doa saya betul2 dikabulkan Allah.

Sebenarnya byk jg doa atau permintaan Allah beri dan tunaikan, tapi tak sedar atau buat2 tak nampak bila Allah berikan apa yg kita nak… saya suka mengadu dengan Allah bila tahajjud, walaupun ada masalah sebesar gunung, InsyaaAllah akan rasa tenang selepas tahajjud. Allah benar2 Maha Pendengar dan mintalah apa saja denganNya. Tak dapat apa yg kita nak, InsyaaAllah dia akan berikan apa yg baik untuk kita. Kita hanya merancang, Allah yang lebih Maha mengetahui baik buruk yang kita nak kan?

Saya bukanlah orang yg baik2, solat 5 waktu pun susah nak jaga betul2 dan on time, saya berusaha nak perbaiki diri sendiri dan kembali tunaikan tahajjud dan lain2 secara konsisten. Rindu T_T. Doakan saya istiqomah ya.

– Umi Omar, Hana & Baby

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *