Doa dan Istikharah Itu Usaha?

Assalamualaikum wbt warga IIUM Confessions. Terima kasih kepada admin sekiranya coretan saya ini disiarkan. Saya Sara. Berumur 26 tahun dan belum berkahwin. Tujuan saya menulis ni sebab nak tanya pendapat (pendapat sahaja ye, kecaman tak diterima) korang semua berkaitan berusaha melalui solat hajat dan istikharah.

Seperti yang saya bagitau kat atas tu, umur saya ni dah sesuai sangat dah untuk kahwin. Walaupun saya masih merasakan diri ni masih muda jelita, ada jugak mulut-mulut busuk orang sekeliling duk cakap umur ni dah masuk kategori andartu. Rasa nak cili-cili je mulut diorang ni.

Berbalik kepada tujuan asal, saya nak cerita serba sedikit kisah saya ni supaya korang semua boleh pakat tolong bagi pendapat sikit sorang ye. Lebih kurang dua tahun yang lepas saya ada mengenali seorang lelaki. Umur beliau sebaya saya. Pertama kali jumpa beliau terus saya jatuh cinta pandang pertama.

Ciri-ciri lelaki idaman memang ada pada beliau. Tapi yang tak bestnya saya tak pernah bercakap dengannya sebab segan dan malu sangat. Saya ber’kawan’ dengan beliau melalui FB dan hampir setiap hari jugak saya stalk beliau kat FB. Saya tahu beliau masih single hasil stalk dari komen beliau dengan kawan-kawan dan saudara-mara beliau.

So, harapan saya tinggi menggunung untuk menjadi yang halal untuk beliau. Tapi masalah utama adalah saya tidak tahu perasaan beliau terhadap saya dan saya terlalu takut untuk confess kat beliau. Jalan penyelesaian yang saya temui adalah dengan melakukan solat hajat dan solat istikharah serta berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan sekiranya beliau adalah jodoh saya. Tapi sehingga hari ini saya tidak menemui jawapannya.

Persoalannya, adakah betul tindakan saya dengan hanya bersolat hajat dan istikharah sahaja untuk mendapatkan jawapan? Ini kerana saya ada terbaca satu artikel mengatakan kita perlu berusaha untuk dapatkan sesuatu. Lepas dah usaha baru doa dan tawakkal kepada Allah. Adakah dengan bersolat hajat, solat istikharah dan berdoa itu dikira sebagai usaha?

Saya harap pembaca semua sudi bagi pendapat/cadangan tentang persoalan ni. Terima kasih banyak-banyak. Assalamualaikum.

– Sara

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *