Assalamualaikum. Semasa saya sekolah menengah, ada satu ceramah ustaz yang menceritakan qada’ dan qadar Allah…
Kita sering berdoa kepada Allah, minta macam-macam.. nak dapat straight A dalam peperiksaan, nak kahwin dengan oppa, nak kerja macam CEO, nak ada kereta mustang..
Ustaz tanya, adakah bila kita berdoa, benda yang kita minta tu baik untuk kita? Macam mana kita nak tahu benda tu baik atau tidak untuk kita?
Kadang-kadang apa yang kita minta tu tak baik untuk kita (walaupun kita rasa baik untuk kita dalam kaca mata kita)… kita boleh minta macam-macam kat Allah.. tapi di akhir doa, kita kena sebut doa ni,
“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta petunjukMu dalam pengetahuanMu, aku meminta kekuatanMu dengan kemampuanMu, dan aku mengharapkan daripada kurniaMu yang Agung.
Maka sesungguhnya Engkau mampu dan aku tidak mampu, Engkau tahu dan aku tidak tahu dan Engkau Maha Mengetahui segala perkara ghaib.
Ya Allah jika Engkau tahu bahawa urusan ini [sebutkan urusan] baik bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan natijah urusanku, maka mampukanlah ia bagiku dan permudahkanlah ia bagiku, kemudian berkatilah padanya bagiku.
Dan jika Engkau tahu bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan natijah urusanku, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah kebaikan padaku, di mana-mana pun ia, kemudian redhakan lah aku padanya “. Doa ni dalam solat sunat istikharah.
Sebab apa? sebab kita tak tahu adakah benda yang kita minta tu baik untuk kita atau tak. Sebab pengetahuan kita sebagai manusia terbatas…
Namun, kata ustaz sebenarnya apa yang kita minta tu adalah kecil nilaiannya, tak berapa penting..kita terlepas minta kepada Allah benda yang lebih besar, benda lebih penting. Apa benda penting tu?
Perasan atau tak, acapkali lepas habis baca doa, dalam apa-apa majlis, kita akan baca satu doa ni “Rabbana aatina fiddunya hasanah….”. Bila baca dalam bahasa arab kita tak sedar, jadi kita baca sambil lewa.
Maksudnya ialah “Ya Allah, berikanlah kepada Kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah Kami dari siksa neraka.” (QS. al-Baqarah : 201)”.
Itulah yang sebenarnya kita patut minta kat Allah.. instead of benda-benda yang kita nak tu.
Dalam doa tu, kita minta benda yang baik kat Allah kan… tapi bila Allah beri kita tak dapat straight A, tak dapat kerja yang kita nak, tak dapat rumah yang kita nak…
Kenapa kita kecewa? Kenapa kita salahkan Allah? Kenapa kita salahkan orang lain? Kenapa kita salahkan diri sendiri? Bukankah kita minta benda yang baik kat Allah dan Allah beri benda yang baik untuk kita (tak dapat straight A, tak dapat kerja kita nak)
Ada tak orang yang bila dia tak dapat apa yang dia nak, dia cakap terima kasih kat Allah sebab beri benda ni (tak dapat staright A, tak dapat kerja tu) untuk dia? Ada tak? Selalunya kita sedih dan kecewa kan…
To drag your attention, seorang mukmin itu tiada rasa sedih dan kecewa… ni bukan saya cakap, Allah yang cakap dalam Quran.
Sebagai orang islam atau muslim tu, ye betul kita solat puasa semua. Tetapi orang mukmin ni, dia ada satu tingkatan lagi. Kepercayaan dia pada qada’ dan qadar Allah…
Nak dapat kepercayaan itu kita kena ada ilmu, kena dengar kuliah agama, kena baca makna dalam Quran, kena dengar kupasan makna ayat Quran, dan melalui siri pengalaman untuk meyakini ilmu tadi.
Ada lagi seorang ustaz beritahu, masa ni saya kat universiti dah, dia cakap setiap apa terjadi dalam hidup seorang mukmin, yang dah lepas, yang sedang berlaku, yang akan datang… Pendek kata, semua benda. Adalah yang terbaik.
Kita banyak ada keresahan dalam hidup, risau macam-macam. Benda tu normal dalam hidup. Banyak ayat Quran cerita pasal ujian hidup yang boleh buat kita down, kecewa, sedih seperti Surah al-Baqarah, ayat 155 yang bermaksud:
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”
Banyak kerisauan kita…tetapi dengan kita faham tentang maksudnya semua benda terjadi kat seorang mukmin adalah yang terbaik, you will surprisingly feel ultimately extremely super duper calm…
Sebagai tambahan, kerana pengetahuan ini diterangkan oleh ustaz-ustaz dalam siri ceramah, which is kalau kita tak pergi masjid atau surau, kita tak dapatlah juice ilmu ini.
Saya nak share, ada satu film lakonan Amir khaan, it is a comedian film. Tajuknya 3 idiots. Lama dah saya tengok dulu, ingat-ingat lupa.
Dalam cerita ni, ia kisah tentang perjalanan hidup student engineering, what happen during their university life, what happen after they worked.. apa benda mereka kejar dalam hidup. Apa sistem sekolah dan universiti telah bentuk manusia hari ini.
Ada satu scene yang saya rasa menarik, lagu hindustan to be exact, yang dipopularkan dalam filem ni iaitu “All is well”. Try tengok liriknya.
Which i feel, ada sikit kesamaan dengan konsep seorang mukmin yang tiada rasa sedih dan kecewa kerana percaya semua benda adalah yang terbaik untuk dia.
First film yang saya rasa sangat banyak pengajaran dalamnya. Saya student engineering dulu, so this film is quite eye opening.
That’s the way saya tengok filem, I analyse, sampai lirik pun study kan, huhu.. Kalau nak faham saya cakap pasal apa ni, cuba tengok filem ni dulu ye baru komen…
Pada siapa yang dah tengok dan faham apa saya cakap. See.. Orang bukan islam tertanya-tanya banyak rahsia hidup dan mencari-cari jawapan, tapi kita banyak dah Allah beri rahsia ilmuNya dalam Quran, cuma kita yang tak belajar dan tak pandang.
All this basic need for human ada dicerita dalam Quran, kalau kita belajar, faham dan hadam awal, kita boleh jadi manusia yang lebih berjaya dan berguna.. dan tak banyak habis masa questioning unnecessary thing dan boleh fokus kepada benda yang lebih penting..
Saya sharekan bukan sebab saya terbaik. Saya pun masih belajar. cuma kongsi sedikit yang saya tahu dan amalkan.
Saya harap lebih ramai student agama yang boleh buat mind mapping, info grafik, filem atau drama, supaya dapat apply Quran kepada orang ramai…
Saya minta maaf kalau penerangan saya ni tak berapa baik, biasa saya lukis je atau buat programming, huhu. Harap dapatlah key point yang saya nak sampaikan. Ok, sekian.
– Zana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit