Doa Daripada Orang Teraniaya

Assalammualaikum semua. Saya nak share sesuatu dan nak minta pendapat semua atas apa yang berlegar di fikiran saya ketika ini.

Saya sudah berkahwin, surirumah dan mempunyai seorang anak. Saya tinggal berjiran dengan mertua. Kebelakangan ni saya selalu rasa yang doa saya ni dimakbul kan. Tapi bukan doa yang baik.

Ada hari tu kakak ipar saya tinggal anak- anak di rumah mertua. Saya terpaksa jaga sebab mertua saya bekerja. Hanya tinggal nenek sahaja di rumah.

Saya kesian tengok nenek jaga cicit- cicit. Saya pun tak ada nak fikir apa, saya tawarkan diri untuk jaga. Jaga di rumah mertua. Tapi benda berlarutan setiap minggu.

Tiap minggu kakak ipar saya akan tinggal kan anak dia atas alasan ada kerja. Padahal dia surirumah.

Akhirnya kantoi, kakak ipar saya ber ‘me time’ dengan kawan- kawan dia. Hati saya sakit dah waktu tu. Saya fikir anak- anak saudara dengan nenek je.

Tergamak nya tinggal anak- anak dekat nenek sebab nak keluar dengan kawan- kawan. Sekali sekala boleh lah tapi ni setiap minggu. Saya pula tak kan lah nak tengok je nenek jaga semua. Solat, makan nenek tu entah ke mana.

Kadang- kadang menyesal tawarkan diri nak jaga anak- anak kakak ipar tu. Saya doa dalam hati, tunjukkan lah kebenarannya, berikan lah dia kesedaran.

Tiba- tiba dalam satu dua minggu tu, suami dia disahkan positif covid-19. Kena ditempat kerja. Bermula lah episod dia perlu menjaga anak- anak dia sendirian di rumah sehingga suami dia sembuh.

Dalam tempoh tu juga, nampak banyak dah berubah dekat diri kakak ipar. Dia lebih bertanggungjawab, pandai dah urus anak sendiri.

Kalau bawa anak rumah mertua pun, dia tak tinggalkan anak- anak. Terdetik dah dekat hati, Allah makbul kan ke doa aku ni.

Selesai mengenai kakak ipar. Ini mengenai mertua pula. Suami saya kerja biasa. Dalam waktu pkp memang susah nak ‘survive’.

Ada satu hari tu, anak saya demam. Klinik berdekatan klinik swasta. Klinik kerajaan jauh. Waktu tu duit tak cukup untuk bawa anak pergi klinik. Jadi nya suami nak pinjam duit sikit dekat ayah mertua saya.

Tapi ayah mertua cakap tak ada duit. Saya pun ikhtiar dengan adik beradik saya. Alhamdulillah rezeki anak, dapat pinjam duit sikit dari abang saya.

Waktu tu sedih sangat, mertua saya orang berduit, tapi mungkin takut nak bagi pinjam sebab takut kami tak bayar semula. Saya pun tak ada nak panjang kan cerita. Diam je.

Esok nya adik ipar saya datang jumpa suami, tanya ada duit ke tak. Kalau tak ada duit, jangan pinjam dekat nenek. Saya punya terkejut waktu tu. Nenek tak ada kena mengena pun dalam hal ni.

Rupa nya mak mertua saya yang fitnah cakap suami pinjam duit dekat nenek. Semua adik beradik suami tahu. Kami kena kecam lah, lepas dah terangkan semua, bagi kami orang nak percaya, percayalah. Tak nak percaya pilihan masing- masing.

Saya sakit hati lagi, saya doa. Kalau aku betul, tunjukkan lah kebenarannya. Sambil zikir doa Nabi Yunus.

Selang dua tiga hari. Kami dapat berita yang mertua saya kena tahan polis sebab langgar sop. Kena denda beribu ringgit. Adik beradik lain semua tak tahu nak buat apa, duit tak ada nak bantu, terus mengadu dekat kami.

Suami lah yang pergi tolong selesaikan urusan mertua tu sebab rezeki dapat keluarkan i-sinar. Selesai semua, mak mertua menangis minta maaf sebab fitnah kami.

Mak mertua cakap dia buat macam tu sebab dia ingat saya sorok- sorok duit tak bagi suami waktu nak bawa anak pergi klinik. Jauh betul fikiran.

Sebagai seorang ibu, perlu ke saya sorok duit untuk ubat kan anak? Terdiam saya.

Adik beradik yang dengar pengakuan tu pun diam tak terkata. Cuma nenek terkilan kenapa mertua saya sanggup buat kat kami macam tu. Saya terdetik lagi, doa saya ke yang menyebabkan semua ni jadi.

Sebenarnya banyak lagi benda yang jadi disebabkan doa. Tapi cukup lah hanya ini je yang saya kongsikan. Harap semua dapat beri pendapat. Mungkin saya juga perlu menjaga apa yang saya doa lepas ni.

Terima kasih.

– Qaira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *