Doa Dzun Nun

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Untuk pengetahuan, sebelum ni aku pernah confess tentang kelebihan istighfar, (https://iiumc.com/manfaat-istighfar/). Untuk Aishah yang kehilangan ibu di confession, (https://iiumc.com/ya-rabb-aku-sakit/), aku faham perasaan tu.

Aku pun dah lama kehilangan syurga. Memang payah hati kita nak redha, selepas aku kehilangan mak aku, aku ambil masa yang lama untuk redha. Aku tak faham macam mana nak redha. Tapi untuk sesiapa yang tengah sedih, cubalah faham sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dia ambil apa yang hak Dia bukan kerana Dia nak menyakitkan kita. Tetapi sebagai pelajaran. Dia zat yang amat Pengasih semua hambaNya.

Ni aku kongsikan ilmu dari Ustaz Adi Hidayat tentang Ayat 87-88 Surah Al-Anbia. Doa Dzun Nun, doa Nabi Yunus sewaktu berada dalam perut ikan. Ayat 87 tak sebutkan tentang keadaan berada dalam perut ikan tapi disebutkan perkataan Ghamr (awan gelap/mendung) menyeliputi, yang mana menyentuh keadaan kita bila ditimpa masalah.

Allah nak ajar kita amalkan amalan Nabi Yunus bila ditimpa kesempitan. Baca dengan bersungguh, kemudian ayat 88 dimulai dengan perkataan Fastajabna, Fa -Kami jawab langsung- bila ada perkataan bermaksud tak ada jarak, Allah terus makbulkan doa Nabi Yunus dengan selamatkan dr perut ikan.

Akhir ayat Allah sebutkan demikian jika ada yang mengamalkan apa yang Nabi Yunus lakukan, Allah akan makbulkan permohonan kita. Waktu baca tu fahami sungguh. Jika betul sampai dan korang dapat rasakan zikir tu, pasti wajib korang menangis.

Tiada tuhan melainkan Engkau – Allah yang ciptakan kita, Dia bagi kita tenaga nak buat aktiviti seharian, berjalan, bercakap, makan, bagi kita rezeki dll – Maha Suci Engkau – Dia zat yang amat Pengasih pada hambaNya takkan pernah sekali Allah zalim pada kita, bahkan Allah jauhkan kita dari sesuatu yang bukan ketentuan kita untuk kebaikan kita walaupun sakit untuk kita terima, yakin Dia nak hidup kita baik.

Aku tergolong dalam golongan yang zalim – sebab jahilnya kita, kita tak nampak hikmah Allah tetapkan untuk kita, kerana dosa kita, kita terhijab dari nampak baiknya Allah.

Cubalah amalkan zikir ni dengan bersungguh selepas tu korang akan rasa betapa jahilnya diri, betapa kurang ajarnya kita dengan tuhan yang Maha Pengasih. Allah sayang sgt pada kita tapi bila ada ujian kita rasa Allah zalim. Allah Maha Suci Tuhan, Dia zat yang jauh dari sifat2 tak elok.

Hinanya kita sebagai hamba. Lagi baik kalau nak amalkan, waktu masa sahur 20-30 min sebelum waktu subuh. Aku pernah rasa gelapnya hidup tp aku terjumpa Hadis tentang kelebihan zikir ni, aku amal sungguh demi Tuhan, hilang rasa gelap tu. Allah terus angkat rasa pedih tu. Sekelip mata, yakin.

Seterusnya, redha lah dengan semua ketentuan. Aku struggle bertahun untuk cari kerja dan tunggu interview dan tahun baru ada peluang walaupun aku tak dapat lagi jawapan interview SPA terbaru aku. Dan lagi, bersyukurlah dengan nikmat yang sedikit.  Allah bagi kita sedikit nikmat sebab nak tengok kita macam mana, ada sekali aku tengah tunggu nak isi minyak motor.

Ada abang depan motor aku tu dia suruh aku buka penutup tangki aku sebab minyak dia ada lebih dia nak bagi dekat aku. Adalah lebih dalam 50 sen minyak tu, masa tu aku terus ucap syukur. Aku gembira, dalam hati aku cakap terima kasih Allah walaupun 50 sen minyak ni aku bersyukur.

Malam tu aku dapat emel ada ujian online SPA which is bertahun aku tunggu dan aku lulus ujian tu dan dapat interview. Sesuatu yang tak pernah aku bayangkan. Andai aku berjaya aku bersyukur andai tak aku tetap akan sembah sujud pd Allah yang satu.

Allah bagi kita rasa pedih sebab rindu pada hamba Dia yang sorang ni. Bukan kejam.

Dalam ceramah Ustaz Wadi Anuar dia ada sebut Nabi Yunus ucap zikir tu ada pendapat kata selama 40 hari 40 malam. Selepas tu lah baru ikan tu muntahkan nabi ke pantai. Keep on amalkan.

Btw, ayat 89 tu bagus untuk cari jodoh. Amalkan juga. Nak dengar lagi jelas tentang doa Dzun Nun korang search dekat youtube, ‘Adi Hidayat Doa Nabi Yunus’.

Maaf kalau penjelasan aku macam berterabur dan kurang tepat, aku bukan pelajar aliran agama. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua.

Hamba yang berdosa,

– Cahaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *