Doa Macamni Boleh Ke?

Hi semua. Kisah ni saya ringkaskan ye. Soalan saya sama macam tajuk, boleh ke saya doa macam tu?

Kisah ni bermula dengan layanan buruk yang aku dapat di sebuah tempat, semasa bersalin anak ke 5 & 6 (bersalin kali ke-3). Kiranya aku sekarang ada 3 pairs twinnies.

Siapa yang pernah merasa layanan buruk sebab first time mom, percaya la layanan berganda buruk bila kau bersalin anak ke-2 dan seterusnya sebab mereka anggap kau dah sepatutnya pro beranak.

Aku sedih nak cerita semua kisah aku sepanjang 8 minggu di wad tu. Macam2 aku hadap. Sakit fizikal aku boleh tahan, sakit hati aku lemah sikit. Terlalu banyak untuk aku tulis. Terlalu pedih untuk aku karang.

Masa aku nak discharge, hati ni tertambah pedih sebab terdengar kata2 jururawat; akhirnya berambus juga.

Aku terdoa dalam hati supaya jururawat tu mandul. Aku terus istighfar dan “tukar” doa aku kepada; semoga Allah bagi balasan yang setimpal.

Lepas discaj, aku balik rumah MIL aku. Ni pertama kali aku berpantang dan duduk lama dengan MIL.

Selepas beberapa hari, aku dapat tahu keluarga jururawat tu jiran MIL aku yang selang beberapa buah rumah.

Aku dapat tahu juga jururawat tu baru gugur. Kiranya jururawat tu gugur sehari selepas aku keluar wad. Tiba2 aku teringat doa & kata2 aku tu, aku betul2 tak tahu dia tengah mengandung masa tu.

Sudah tentu aku tak akan maafkan jururawat tu sampai la dia datang dan mohon maaf dekat aku.

Taubat dia dengan Allah urusan dia dan tuhan, dan hutang dia dengan aku adalah urusan sesama manusia.

Setiap kali aku teringat layanan dan kata2 buruk yang aku dapat, hati aku terus berdoa; semoga Allah bagi balasan yang setimpal kepada dia.

Anak aku ke 5 & 6 tu dah umur 7 tahun sekarang. Doa aku terhadap jururawat tu masih sama dan dia masih belum ada anak.

Tiap kali aku balik kampung MIL, aku akan tanya pasal jururawat tu. Sepanjang 7 tahun, dia gugur 9x. Pasal jururawat ni gugur MIL aku tahu sebab MIL aku kenal rapat dengan mak jururawat tu.

Aku tak pernah cerita benda ni kepada suami atau siapa2 pun. Semua layanan buruk yang jururawat tu bagi & kata2 buruk dia aku simpan sorang2.

Boleh ke aku teruskan doa aku tu? Doa aku tu sangat2 terbuka, BALASAN SETIMPAL.

Tiap kali aku solat, aku selit nama dia dan doa tersebut.

– Puan Introvert (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. sebenarnya tak elok doakan yang tak elok pada orang, walaupun orang tu sakitkan hati kita. saya pun pernah berada dalam situasi tu. rasa geram sangat. pastu doa yang bukan bukan. lama kelamaan fikir, sebenarnya kita jadi tak tenang. sebab orang tu jadi macam apa yang kita doakan. macam tu la.

  2. mungkin juga jururawat tu bukan bermulut lancang dengan sis sahaja, tapi juga dengan pesakit lain, dan mungkin juga die sedang menerima pembalasan di atas kata katanya.

    • Sy setuju dgn tt. Bersalin kali pertama…anak pertama akan dilayan baik bukan shj jururawat malah semua org keliling lah… Berpusu ahli keluarga.. Saudara mara.. Kawan2… Jiran tetangga dtg melawat dkt wad. Pengalaman saya lahir anak ke-5 baru ni, dh lah sorang pun x de dtg melawat kecuali en. Suami. Dh tu pun boleh kena tembak dengan nurse bila dia tanya baby dah susu dan dh berak ke belum. Sy ni baru je naik wad dalam 4 jam lepas bersalin. Dah lh terkejut sebab dikejut masa tengah tertidur… Dlm blur2 sy jwb “belum” . Terus ditembaknya sy “apa awak rasa kalau awak tak minum”. “baby tak berak lagi awak boleh biarkan je”. Sy cuma terkesima… Eh nurse ni kenapa…lepas dia blah… Sy tgk jam… baru teringat yg baru je sejam yg lepas sebelum tertidur sy susukan baby. Memang sakit hati sebab dia marah kita kuat2 dlm wad tu. Tp lantaklah… Sy abaikan je si nurse tu… Malas nak tambah toksik dlm badan. Aku penat baru lepas bersalin.,

      Pasal doa tu… Hmmm sebenarnya lagi kita simpan dendam… Lagi sakit hati kita.. Lagi tak tenang hidup kita. tt cubalah pujuk hati utk redho. Kehidupan kita akan lebih tenang dan aman bila kita redho. Percayalah

  3. hi sis. sesungguhnya azab menanti zuriat sudah menjadi balasan yang setimpal buat jururawat tu. makanya berlapang dada lah dan maafkan dia. 7 tahun sudah cukup lama. mmg kata2 jururawat tu sangat memberi kesan jangka panjang kepada sis, cuma fikirlah dengan memaafkannya, dia mungkin mampu mengandung (jika Allah izinkan) dan meramaikan umat Islam lagi.

  4. Biasanya saya tukarkan doa sakit hati kepada doa sejuk hati. Contohnya; ya Allah, sesungguhnya aku sedang bersabar dengan kerenah si polan. Ya Allah kau balaslah kesabaran aku dengan syurga.

  5. Minta maaf, tp mmg pernah terjadi (mngkin x semua keadaan) apa yg kita fikirkan, benar2 terjadi, atau ‘makbul’ doa tu, cthnya, saya pernah ‘bertengkar’ dgn sesorang, (dlm telefon), mmg saya x melawan sgt, sbb mls nk memanjangkn cerita, cuma dlm hati sya terlintas, klau la dia yg x betul, minta2 rosaklah kereta dia.. selang beberapa jam, dia telah menelefon saya, meminta maaf, katanya skrg dia ‘tersadai’ di tepi jln, krn keretanya rosak, dia rse sbb dia kata macam2 kat saya.. kejadian kedua, seseorang ada telefon nk dtg berjumpa dgn saya.. oleh kerana saya mmg x suka nk berjumpa dgn org tersebut, sya berdoa agar dia xjadi dtg.. tak lma lps tu, dia telefon, kata dia ada hal lain dan x jd dtg berjumpa saya.. lg satu, klaw waktu hujan, saya nk kluar, sya doa agar hujan berhenti cepat, atau menjadi kurang lebat, dlm beberapa mnt, hujan spt hampir reda dan berhenti.. mngkin juga keadaan yg ‘kebetulan’ terjadi, tp sya rasa bersyukur sgt2, seolah2 Allah mendengar doa saya.., walau pon kita ni insan yg bnyak dosa.. tp klaw bole, elakkn berdoa yg tidak baik kpd org lain.. wallahu a’lam bissawab..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *