Disclaimer: Memang tak tahu nak susun ayat bunyi sedap, triggered warning mental health
Cerita ni bermula pada 2019, masa aku dalam fasa kesedihan melampau dan kemurungan. Jadi, aku memang tak nak hidup, tangan sentiasa “berluka”, air mata tak pernah kering. Aku mempersoalkan kepada Tuhan tentang ketidakadilan yang aku lalui, hari-hari meratib kenapa Tuhan beri peluang untuk hidup sebab tak ada sebab untuk hidup. Antara kata-kata lain contohnya, “Kenapa aku tak macam budak muda lain boleh rasa perasaan lain, selain sedih ni? Kenapa aku tak boleh nak suka orang? Kenapa Tuhan tarik rasa-rasa tu? Tolonglah, let me suka orang so I boleh distract this feeling.” Itu yang aku persoalkan pada umur 19-20 tahun.
Jadi, di salah satu media sosial, aku meluahkan yang terbuku di hati, dan ada satu sosok ini menarik perhatian aku dengan kata-kata semangat “indirectly” yang dia tulis. Dengan tak langsung, hati aku merasa tenang.
Kebetulan Pertama (2020)
Apa saja yang ditulis di postingan aku akan dibalas “indirectly” oleh beliau. Sebagai contoh, kalau aku reposted content “Sebelum tidur crush call baca Yassin sebelum tidur” dengan tulisan “Tunggu la ada crush.” Beliau akan membuat postingan berbunyi, “Meh call saya, nanti saya bacakan ayat-ayat tu.” Hal ini terus berlaku dalam beberapa bulan. Kemuncaknya bila dia membuat postingan berbunyi, “Siapa ada ambil bidang Sains Perikanan?”
By the way, aku selalu buat postingan pasal ikan sejak aku diploma Akuakultur, jadi hati aku meronta nak membalas postingan beliau. Jadi, itulah chatting pertama kami. Kami bertukar pendapat tentang universiti mana yang terbaik untuk bidang tersebut. Setelah beberapa minggu, beliau block aku di platform tersebut. Yup, kecewa.
Kebetulan Kedua (2021)
Covid dah slow down, mostly dah dapat vaksin kedua. Aku sibuk daftar UPU, aku dapat tahu beliau dapat salah satu universiti tempatan. Jadi, aku isi UPU 1-8 dengan universiti kegemaran aku, memang impian laa. Yang terakhir aku isi sama dengan rakan diploma (sebab selalunya yang last selalu yang dapat), tapi yang ke-9 aku biarkan kosong.
Aku gatal, ya, gatal. Aku isi yang ke-9 dengan universiti yang sama dengan beliau. Aku melawak masa isi dengan mak aku, “Ya Allah, kalau dapat uni ni memang jodoh. Kalau ada jodoh, uni sekali.” Itulah doa mudah dan main-main yang aku sebut. Bila keputusan keluar, aku terduduk sebab Tuhan dengar dan makbulkan doa tu. Dan ketika itu, rasa suka makin berputik. Kami di universiti yang sama, kos yang sama. Sebaya, beliau senior aku dan aku junior beliau.
Kebetulan Ketiga (Flashback SMK)
Beliau antara lelaki yang selalu diusik, disukai kawan-kawan aku masa sekolah menengah, tapi beliau bukan taste aku. Taste aku adalah bad boy masa SMK (ya, aku typical budak sekolah). Beliau ada raut wajah manis, lembut—senang cerita. Jadi, masa sekolah, kawan-kawan selalu tegur dia, tapi aku tak pernah ambil port.
Masa SPM, aku tersuka salah satu kawan beliau, mereka selalu lepak bersama. Jadi, setiap kali kawan beliau bersembang dengan aku, beliau akan ada bersama. Aku buta masa tu, tak kisah sangat pasal beliau, yela hati kat orang lain. Yang paling aku ingat, kawan beliau dengan aku bermain agah-agah nak lalu kat tangga masing-masing, “Ish, jalan laa dulu.” Beliau buat apa? Beliau hanya gelak kecil sambil geleng kepala tengok telatah kami.
Kebetulan Keempat (Universiti)
Aku masuk universiti lambat sebab sakit dan Covid. Tak sempat nak join orientasi pusing universiti, jadi roommate teman aku tour universiti sebelum ke kafe. Masa tu peak hour, jadi kena beratur. Aku beratur dengan roommate untuk bayar makanan, dan bila dah habis bayar, pusing ke belakang, ada satu sosok aku kenal beratur tak jauh. Yup, itu beliau.
Aku semestinya terkejut. Baru satu hari sampai dah jumpa? Universiti bukan ramai orang ke? Kalau terlalu banyak kebetulan, hati ni rasa tertanya, “Ni rahsia Tuhan yang mana?”
Banyak kebetulan lain dan small interaction kami, tapi ada satu ni pada tahun pertama. Junior kena join aktiviti kelab kos iaitu treasure hunt. Nak jadi cerita, group adalah rawak yang disediakan oleh AJK. Yang pelik, aku dengan beliau dalam satu group. Aku starstruck, aku diam sepanjang game tapi cukup tense. Luckily, kami dapat nombor satu.
Epilog
Ada banyak kebetulan lain dan reaksi positif dari beliau, tapi aku pilih diam dari bercakap dengan beliau. Mungkin pelik kenapa kan? Aku rasa beliau antara doa yang dimakbulkan. Dia penyebab aku kembali ceria, berharap untuk esok, sampai satu tahap aku takut hilang dia. Aku takut aku patah balik ke fasa lama.
Terima kasih, Tuhan, makbulkan doa yang ini. Aku dapat rasa perasaan yang aku nak rasa.
Thanks sebab baca! Semoga beliau tak jumpa confession ni.
– samyangmarkez (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit