Doa Pembuka 12 Pintu

Assalamualaikum semua.. Banyak sangat baca confession pasal luahan masalah.. Hari ni terpanggil untuk luah pasal doa 12 pintu ni.

Sebenarnya dah lama tau pasal doa ni tapi tak amal.. tak silap tahun 2015 tau pasal doa ni melalui ceramah Dr Fadzilah Kamsah, banyak pahala Dr ni sebab selalu bagi nasihat dekat kita macam abah2 kan.. nama pun tok abah.

Semenjak seminggu ni aku baca doa ni setiap kali masuk pejabat, amazingnya hidup yang dulu macam buat benda yang sama everyday berubah jadi lebih baik dan ceria.

Aku ni sebenarnya introvert jenis buat kerja sendiri n kerja aku siap cepat insyaallah, jadi sebab aku buat kerja cepat aku jarang sembang, bila jarang sembang kita ni macam takda geng,

Bila orang bersembang kita nak cuba masuk suara aku tu macam tak didengari atau orang buat2 tak dengar.. hahaha.. kadang macam terasa tapi aku jenis relax je pasal tu.

Semenjak seminggu ni aku rasa macam ada vipes baru di tempat kerja aku, orang rajin datang sembang dengan aku, orang bagi makanan la, gelak2 la..

Aku sendiri rasa macam hairan sebelum ni ada juga tapi macam aku kata tu la suara aku macam tak didengari.. hehe.. macam bagus sebenarnya doa ni, kenapa la aku tak amal dari dulu..

Aku ni kadang rajin juga baca mathurat dan manzil pagi, tapi perasaan tu still sama tak happy macam baca doa tu.. agaknya selama ni kita tak minta pada Allah jadi Allah pun tak bagi, bila kita minta baru Allah bagi..

Korang cuba la beramal dengan doa pembuka 12 pintu ni, korang boleh google je banyak doa ni ada pastu cari yang cantik2 print lekat dekat meja kerja korang.. Semoga hidup korang pun ceria2 je insyaallah aamiin..

Sebenarnya banyakkan amalan yang kita boleh buat akhir zaman ni untuk mudahkan urusan dan Allah bantu kita, tapi sempat atau tak dan nak buat atau tak je kan..

Contoh bila aku amal selawat 1000 kali hidup seharian tu macam smooth je, tapi tu la aku ni manusia yang lemah kadang tak sempat sebab sibuk dengan dunia yang akhirnya akan kita tinggalkan je pun..

Korang kongsi la lagi amalan korang ya, aku nak tau juga apa lagi yang boleh kita amalkam akhir zaman ni, insyaallah..

– Mardatillah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Klaw ada masalah, saya selalu selawat & istighfar.. teringat suatu kisah seorang yg esoknya akan dihukum mati, disebabkan janji utk melunaskan hutang tidak dapat ditunaikan.. (sebab dia pernah berjanji dgn seseorang, utk membayar hutangnya, sekiranya xdapat dibayar dlm tempoh yg ditetapkan, dia sanggup dibunuh..) tapi bla tiba hari yg dijanjikan, dia masih xdpt membayar hutangnya.., so di sepanjang mlm tu dia telah berselawat sehingga tertidur dan bermimpi berjumpa Rasulullah SAW dan dlm mimpi itu baginda telah mnyuruh org tersebut berjumpa dgn seseorang dan berpesan kpdnya utk menolong org yg akn dihukum td.. dipendekkan kisah, org itu telah terlepas dari hukuman tersebut.. itu lah antara kelebihan berselawat kpd Nabi.. begitu juga dgn “istighfar”, ada bnyak kelebihanya, terutama jika dibaca pd sepertiga akhir mlm, atau pd bila2 mse juga.. wallahu a’lam bissawab..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *