Doa Senjata Orang Muslim

Aku merupakan anak sulung daripada keluarga yang agak besar. Tak macam adik, aku agak kurang cemerlang dalam pelajaran masa tu. Semua orang dalam keluarga harap aku boleh dapat straight A’s dalam UPSR. Tapi aku tak mampu menghadiahkan mereka keputusan UPSR yang cemerlang . Aku masih ingat lepas dapat keputusan UPSR tu aku janji dengan mak aku yang aku akan belajar betul-betul untuk PMR nanti. Aku ingat juga pada hari dapat result UPSR, petang tu aku mintak izin dengan mak aku untuk keluar main padahal sebelum tu haram tak penah mintak izin pon. Keluar rumah pon curi-curi (hampeh betul).

Bila masuk sekolah menengah, aku teruskan kehidupan macam biasa. Keputusan ujian atau peperiksaan tidak teruk mana, dan bukan juga sesuatu yang boleh dibanggakan. Satu hari bila aku dihujung tingkatan 2, emak marah aku sebab saya tak belajar. Aku terkejut bila emak ulang janji yang aku buat lepas UPSR dulu iaitu untuk belajar bersungguh-sungguh. Aku masuk bilik dan menangis sepuas puasnya sebab pertama sekali aku kena marah (rasanya macam tak layak kena marah, haha), kedua sebab aku rasa sangat terkesan bila mak masih ingat janji tu. Lepas tu aku pon terasa yang aku kena belajar lebih lagi dan kurangkan masa buat benda tak berfaedah.

Masuk tingkatan 3, aku pon lebihkan usaha. Tapi bila result PMR diumumkan, aku bukan dalam kumpulan yang dapat 8A. Tapi berbekalkan result PMR tu, aku masih ditawarkan untuk masuk MRSM, mungkin sebab aku berasal dari kawasan kampong atau luar bandar. Masa dekat sekolah asrama penuh, aku ni tergolong dalam budak-budak pertengahan. Result tak gempak mana pon, tak juga teruk. MRSM aku ada tingkatan 4 & 5 je so satu batch ada la dalam 300 orang. Aku ni kiranya ranking yang ke 150 la. Cemburu jugak tengok member-member lain score je memanjang. Padalah time prep petang malam aku pulun kot.

Standard budak MRSM, banyak yang bercita-cita untuk sambung belajar kat overseas. Aku pon teringin nak belajar overseas tapi aku tak berani cerita kat kawan-kawan aku sebab takut gena gelak. Aku sedar siapa diri aku. Nak masuk local university pon aku tak berapa confident boleh ke tak time tu. Tapi aku ingat kata-kata ustaz aku time tazkirah lepas solat kat surau, dia kata antara waktu paling mustajab untuk berdoa adalah ketika dua khutbah jumaat.

Tiap-tiap kali solat jumaat aku cuba untuk solat kat saf paling depan. Dan tiap-tiap kali antara dua khutbah tu aku berdoa agar Allah bagi aku peluang untuk belajar kat overseas. Aku mintak yang sama juga kat Allah setiap kali aku solat 5 waktu. Pada masa yang sama, aku masih meneruskan kehidupan macam biasa. Main, study, ambil ujian dan lain-lain. Result percubaan SPM pon tak hebat mana pon, masih mengekalkan ranking yg ke 150 tu.

Pendekkan cerita, aku pon ambil SPM macam biasa dengan target untuk dapat 5A daripada 10 subjek yang aku ambil. Sesuai la dengan ranking pertengahan tu. Tapi bila result SPM keluar, aku berjaya mengejutkan semua orang termasuk diri aku sendiri. Aku dapat lebih dari apa yang aku target. Kalau sebelum tu aku ranking pertengahan, kali ni aku rasa aku mungkin dalam yang top-25. Paling menarik, lepas tu aku dapat offer biasiswa kerajaan untuk sambung degree ke luar negara. Alhamdulillah, something yang aku tak sangka.

Korang mesti fikir apa yang bestnya mengenai confession aku ni kan? Sebenarnya tak ada apa yang menariknya pon. Cuma aku nak highlightkan kat sini bahawa jangan takut untuk ada impian/cita-cita dan jangan mudah berputus asa atau menyerah. Kena ingat yang kita ada Allah dan paling penting kalau kita nak apa-apa terus mintak pada Allah. Doa adalah senjata kaum muslimin beb. Jangan main-main. Tugas kita mintak je kat DIA sambil berusaha dan bertawakal. Bila Allah nak makbulkan tu terserah pada kebijaksanaan DIA. Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

So, macam mana dengan perjalanan hidup sekarang ni? Lepas habis degree, aku pulang ke Malaysia dan bekerja sebagai seorang penganalisa kewangan. Lepas tu aku dapat tawaran untuk sambung Master kat overseas. Sekarang ini aku tengah buat PhD kat salah satu university terbaik dunia. Aku rasakan Allah makbulkan doa aku dimana bukan sahaja DIA bagi aku buat degree kat overseas, tapi sampai ke peringkat PhD. Tak dinafikan ini jugak adalah hasil doa-doa orang sekeliling aku terutamanya ayah dan mak.

Nanti balik aku akan bertugas sebagai seorang lecturer kat salah satu university awam dan insha Allah aku berjanji aku akan buat yang terbaik untuk mendidik anak bangsa kita. Sekarang aku nak mintak korang tolong doakan aku agar aku berjaya siapkan PhD ni dengan cemerlang dan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Aku pon akan doakan korang dalam diam-diam. Sekian terima kasih.

Bang Mat
UK

– Bang Mat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit