Aku N, perempuan, masih selesa dan bahagia menikmati hidup sebagai bujang dan habiskan masa akhir 20-an dengan belajar dan belajar.
Aku sejujurnya dari sekolah rendah, sampai waktu degree, malah waktu Masters degree, takde la bijak mana. Cuma yang sederhana, lulus cukup untuk membahagiakan parents aku.
Kalau nak dibandingkan dengan abang-abang dan adik aku, aku paling la biasa dan sekadar cukup makan keputusan aku. Tapi, aku orang pertama dalam keluarga yang sampai ke tahap PhD.
Bukan aku nak sombong melangit, malah sampai sekarang aku tak rasa apa yang aku capai dan ada sekarang adalah usaha aku sepenuhnya.
Semuanya berkat Doa Seorang Ibu.
Aku tahu, tiap kali usai solat, lama mak aku duduk atas sejadah untuk berzikir dan berdoa memohon agar urusan dunia akhirat anak-anaknya dipermudahkan.
Tapi perbualan melalui telefon aku dan mak semalam buatkan aku menangis dalam diam dan berfikir,
Tanpa doa mak, tak mungkin aku sampai ke tahap ni, tak mungkin abang-abang aku berjaya melanjutkan dan menghabiskan pengajian Masters degree dan tak mungkin mereka mudah dapat kerja selepas tamat pengajian.
Perjalanan hidup aku sebegai pelajar dari peringkat asasi sehingga semester terakhir Masters degree agak mencabar.
Tapi kerana berkatnya doa seorang ibu yang Allah dengar dan makbulkan, aku berjaya habiskan Masters. Dan kini hampir masuk tahun ke-2 PhD aku.
Sepanjang tahun pertama PhD, aku selalu fikir yang mesti susah nak lepas setiap peringkat. Tapi sangkaan aku meleset, setiap apa yang aku buat berkaitan dengan pengajian aku, semua dimudahkan.
Aku berjaya lulus semua subject requirement waktu semester 1, dan semester kedua, aku berjaya bentangkan proposal, aku berjaya terbitkan article dan terpilih untuk menyertai program international.
Semuanya dipermudahkan kerana berkatnya doa seorang ibu.
Tiap kali aku ada hal-hal yang penting, aku selalu akan cakap “Mak, doakan kakak nya, Semoga dipermudahkan”.
Dan ketika tiap kali itulah mak korbankan masa tidur untuk bangun malam solat hajat, bacakan yassin untuk setiap hal-hal penting anak-anak.
Semalam waktu OTP dengan mak, aku bercerita tentang hari-hari aku sambil bertanyakan tentang hari-harinya.
Mak cakap, “Tiap kali selepas solat Mak doakan sebut nama penuh anak-anak supaya sentiasa dimudahkan urusan, disegani orang dan lain-lain…”
Sebab itulah sampai sekarang, kekuatan aku adalah mak dan doa-doa mak.
Aku tahu mak berdoa tidak putus untuk aku bertemu jodoh, tapi jauh sudut hati aku, biarlah aku bujang dulu sebab terlampau banyak hal yang ingin aku buat untuk mak dan ayah.
Aku tahu ini bukanlah confession atau luahan hati yang sensasi. Cuma sekadar aku terduduk memikirkan kecilnya diri aku tanpa doa seorang ibu.
Semoga kalian yang bergelar ibu, mampu lakukan yang terbaik untuk anak-anak kalian dan semoga kalian serta aku yang masih mempunyai ibu terus setia berbakti kepada ibu.
Kerana hilang satu nikmat di dunia jika hilangnya seorang ibu.
Sekian,
– N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit