Doa Yang Mustajab

Assalaamualaikum. Terima kasih banyak2 admin kerana sudi approve. Tujuan saya cuma lah hendak berkongsi kepada sekalian sahabat bagaimana hendak dimustajabkan doa kita semua. Dan in shaa allah perkongsian ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan semoga ia memberi manfaat untuk kita semua.
1) Baiki hubungan kita dengan Allah & manusia
-Soal hubungan dengan Allah ni saya tekankan pada tauhid/aqidah. Untuk semua saudara saudari, jangan anda selesa dengan tauhid anda sekarang. Perdalamkan lagi. Cari guru yang dapat membimbing anda untuk bebas daripada syirik nyata & syirik tersembunyi. Teruskan menuntut ilmu dengan berguru.
-Soal hubungan dengan manusia, kita pasti buat silap dengan sesiapa sahaja sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. Pergi minta maaf kepada orang yang kita pernah zalimi, aniaya, buka aib nya, mengumpat atau memfitnahnya. Pergi minta maaf! Jangan sombong, jangan ego. Jika kita ada berhutang dengan sesiapa, maka langsaikan la jika mampu, namun jika belum mampu pergi la mohon maaf & berunding.

2) Doakan orang lain
– Mungkin tak ramai antara kita ada kekuatan untuk buat benda ni. Tapi percaya lah, dengan kamu mendoakan orang lain secara khusus mahupun umum, lebih2 lagi sebutkan namanya. In shaa allah ia menjadi asbab makbulnya doa yang kamu minta untuk diri kamu.

3) Bersihkan hati & jiwa
– Zaman sekarang, manusia terlalu pentingkan luaran. Bila sakit fizikal, jumpa doktor untuk dirawat. Tapi berapa ramai yg berusaha untuk cari ubat bagi penyakit dalam hati & jiwa mereka? Hati yang kotor, hitam, busuk, berkarat, dan berdebu mengakibatkan jiwa insan sentiasa tidak tenang, gelisah, rasa kosong, depress & sunyi.
-Bahkan, jika pergantungan kita masih terus kepada selain Allah, percaya lah bahawa kita akan bertambah jauh dariNya. Akibatnya, kita tak rasa langsung kebersamaan Allah, kita berburuk sangka dengan Allah, dan makanya terhijab la segala doa permohonan kita.

Konklusinya, saya ringkaskan doa yang mustajab itu adalah doa hamba2 yang jiwanya dekat dengan Tuhan. Tiada perantara. Direct, secara langsung terus sampai kepada penerimaan Allah. Diumpamakan misalnya seperti baru sahaja mengangkat tangan, belum sempat menyuarakan hajat, tapi sudah diperkenankan hajat kita.

Saya yakin semua org pasti inginkan setiap kali doa, doanya makbul. Betul atau tidak? In shaa allah kita boleh capai. Tiada yang mustahil. Tapi syaratnya jiwa kita kena sentiasa dekat dengan Allah. Bagaimana nak dapat jiwa yang macam tu? Perlukan ilmu, kembali kepada Allah, mujahadah dalam tauhid serta pembersihan hati dan jiwa. Percayalah, bilamana jiwa kamu sudah dekat dengan Tuhan, baru sahaja terdetik/terlintas di hati pun sudah Allah Taala kabulkan. Semua dengan izin Allah, qudrat Allah & kehendak Allah. Bila Allah dah sayang kamu, tiada siapa dapat halang apa yg Allah nak beri.

Akuilah kamu itu tiada lain melainkan hamba semata2 kepadaNya.

Sedikit tambahan, berdekatan dengan tempat tinggal kamu pasti ada wali2 Allah yg dirahsiakanNya. Mohon la kepada Allah agar kamu dipertemukan & diperkenalkan kepada mereka. Doa wali2 Allah ini adalah doa orang2 soleh, yang sentiasa dekat dengan Allah. Oleh itu, minta la doa dari mereka. Moga tawassul itu menjadi asbab di perkenankan hajat kamu. Wallahua’lam

– hamba

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit