Doa Yang Tak Dijawab Tuhan

Assalamualaikum, semua. Aku nak kongsikan sedikit kisah aku yang aku rasakan berat untuk aku tanggung. Aku perkenalkan diri aku sebagai Ain.

Aku kembar 3. Kembar aku semua perempuan dan aku yang bongsu. Aku sebenarnya bukan planning mak aku untuk mengandung. Abang aku lahir 1995, kakak aku 1996 dan aku 1997.

Korang boleh bayang tak seksanya mak aku nak menjaga kami yang lahir tiap tahun ni. Sampai pada aku terus keluar kembar 3.

Waktu dapat tahu, mak aku memang nak gugurkan tapi Dr tak bagi. Katanya tak ramai berpeluang untuk dapat kembar 3. Sakitnya mak aku nak menjaga kami yang masih kecil. Dan semua adik beradik aku ni mak aku lahirkan secara bedah ya. Bukan normal.

Sampai aku, mak aku kena buang rahim sebab memang dah teruk. Pengorbanan mak aku sangat tinggi. Aku tak tahu nak explain macam mana. Aku cerita based on apa yang mak aku cerita.

Nak jadikan cerita, ayah aku sangat tak bertanggungjawab. Dia tak jaga langsung kami ni. Sampai luka mak aku terbuka, berdarah dengan sangat banyak. Sapa yang bawa mak aku gi hospital? Jiran wehh, ayah aku mana? Entah laa.

Lepas tu ayah aku ceraikan mak aku. Mak aku tak kerja, suri rumah. And ayah aku askar. That’s why aku benci askar giler walaupun aku tahu tak semua sama. And mak aku terpaksa serahkan dua kembar aku kepada keluarga angkat.

Pada awalnya mak aku nak serahkan aku, tapi kembar aku lagi 2 tak boleh berpisah sebab mereka satu kantung. Aku sorang kantung lain. Aku ni je yang boleh stay alone kononnya.

And mak aku cakap aku paling senang dijaga. Yang lagi dua asyik menangis. Mak aku sangat tak larat. Dengan nak kerja lagi.

Dengan berat hati, mak aku serahkan juga kembar aku. Dengan syarat mak aku boleh melawat setiap tahun. Keluarga angkat tu adalah polis. Ibu mana yang sanggup nak berjauhan dengan anak. Tapi terpaksa.

Ayah aku takyah cakap, mintak nafkah sorang 100 pun tak nak. Dia tak mengaku kami anaknya. Jadi mak la yang jaga kami dengan titik peluh dia sendiri.

Tapi apakan daya, keluarga angkat tu bawa kembar aku jauh dan terus lost contact. Apa mak aku nak buat? Dia pasrah asalkan kembar aku dijaga dengan baik.

Mak aku tak pernah langsung cerita buruk ayah aku. Aku tahu semua perbuatan ayah aku bila orang fitnah mak aku jual anak. Mak aku menangis menafikan. Perkataan tu keluar adalah dari belah keluarga ayah aku. Yang sedikit pun tak membantu mak aku jaga anak².

Jujur aku cakap, sepanjang aku membesar, aku rindu nak jumpa kembar aku. Aku terbayang macam mana rupa mereka. Yang mak aku simpan hanya gambar ketika bayi. Sekeping gambar adalah gambar kembar aku berdua, manakala aku pada gambar yang lain.

Mak aku cakap, dia tak boleh terus ambil gambar kami bertiga, mesti akan jadi satu orang atau dua orang kembar aku tu. Sekarang mak aku sedar yang mungkin itu petanda yang kami akan berpisah.

Beberapa tahun lepas, ketika aku berusia 21 tahun tak silap, aku upload status gambar² kembar aku dan kawan aku reply, nak aku tolong kau cari? Mestilah aku nak.

Kawan aku mula viralkan di Twitter. Berkat pertolongan dia, aku dapat sedikit maklumat tentang kembar aku daripada orang dalam JPN. Memang nangis aku wehh. Bersyukur panjang nak jumpa nak peluk semua.

Tapi yang aku terkejut, nama mereka diubah. Patut la aku cari dari dulu tak pernah jumpa. Sangat susah.

Dan bila aku dapat instagram kembar aku yang first, aku dm. Aku perkenalkan diri aku sebagai kembar dia yang bongsu. Kot la dia tak tahu dia ada kembar lagi. Berharap sangat nak jumpa. Instagram dia private.

Sekali dia reply dengan kata² marah kat aku. Dia tak nak pun aku cari dia, dan suruh padam semua di Tweeter tu. Kawan aku cakap personality dia memang 100% berbeza dengan aku. Aku lembut. Manakala, dia sangat kasar. Aku nak explain pun dia tak nak dengar.

Dia kata dia tak pernah nak tahu tentang keluarga aku. Hati aku sakit sangat, aku menangis berhari². Bayangkan bila kau dah berharap sangat. Rupanya kembar kau sendiri tak nak kau. Lebih sakit dari orang putus cinta.

Dua tahun aku cuba nak lupakan tapi susah. Aku hormat keputusan dia yang dia tak nak aku cari dia. Dan tahun lepas, 2023 aku cuba contact semula, mungkin hatinya dah lembut.

Aku tak pernah sedikitpun nak rampas dia dari family angkat, aku cuma nak dia jumpa dengan mak. Mak rindu sangat. Aku cari diorang ni aku tak pernah bagi tahu mak.

Aku kena marah kena reject macam ni aku tak bagi tahu. Tapi mungkin naluri seorang ibu kan.. Mak aku tiba² bercakap, “mak rindu sangat kembar adik. Adik cari eh”.

Mak aku lama tak bercakap soal kembar aku wehh.. Bila dia bercakap, aku tahu rindu dia dah tak tertanggung. Aku terpaksa jujur yang anak dia taknak jumpa dia. Kami sama² menangis.

Aku type ni pun masih keluar air mata aku. Perkara yang aku tak pernah jangka. Aku nak peluk kembar aku. Aku nak jumpa kembar aku. Yang dalam kandungan sama². Walaupun tak membesar sekali. At least kita masih berhubung.

Akhirnya aku gagal pujuk kembar sendiri. Menginjak umur 27 ini pun, fikiran aku masih tak lepas rindu pada kembar aku.

Aku doakan mereka berdua selalu. Tak pernah aku lupa doakan mereka. Dikurniakan rezeki untuk mereka. Dipermudahkan segala urusan mereka. Biarpun mereka benci aku, kembar mereka sendiri. Aku tak boleh halang.

Aku penat nak bawa rasa rindu. Aku penat menangis. Aku tahu mereka di tempat yang sukar juga untuk terima kenyataan. Aku nak cerita bukan sengaja mak nak serahkan kepada orang lain. Mak terpaksa.

Kepada pembaca, doakan aku untuk move on. Bertahun, perasaan berharap aku tak pernah padam. Aku penat berharap mereka terbuka hati mereka untuk jumpa aku, jumpa mak.

Aku sering buat solat hajat untuk dibukakan pintu hati mereka. Aku sedar, doa aku belum dijawab Tuhan. Aku redha andai nafas aku berakhir sehingga belum berjumpa mereka. Dalam kandungan yang sama, tapi belum tentu sejiwa.

– Ain (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *