Doa Yang Tak Disiakan

Assalamualaikum.. pernah tak dalam kehidupan seharian, kita stop seketika dan berfikir ” benda ni aku pernah berdoa dahulu, dan hari ni aku dapat”

Rupa-rupanya Allah mendengar doa kita dan menunaikannya dalam pelbagai cara. Berdoalah dalam setiap waktu dan ketika, sebab Allah ada. Kadang2, walau Allah tak tunaikan tapi Allah ganti dengan perkara yang lagi baik. Tak dapat kat dunia, mungkin kat syurga.

Saya pernah berdoa tentang seseorang, typical doa “jika dia jodohku, satukan kami dengan cara yang baik.. dan jika dia bukan, pisahkan kami dengan cara yang baik. ” Allah maha penyayang…Allah buktikan dia bukan jodoh saya, dia berubah hati. Saya kecewa yang teramat, menangis tak berlagu pada masa tu.

Kemudian saya muhasabah, Allah dengar doa saya untuk berpisah dengan cara yang baik jika dia bukan jodoh saya. Kami berpisah tanpa sebarang pertengkaran, saling maaf bermaafan. Allahu, tak terbayang saya pada masa tu Allah telah perkenankan doa saya walau teramat sakit.

Saya juga selalu berdoa, semoga Allah jaga diri saya dari melakukan sebarang maksiat. Mungkin dengan perpisahan itu, adalah jawapan Allah untuk doa saya selama ni. Allah tarik saya sebelum saya hanyut dalam cinta manusia. Saya masih dalam fasa menuntut ilmu, dan mungkin ini cara Allah menjaga saya. Sebab saya belum bersedia untuk membina sebuah masjid.

Walau Allah tarik satu cinta, tapi Allah ganti dengan cinta yang lagi baik. Saya dapat cinta dari keluarga, sahabat-sahabat. Yang bagi sokongan tanpa jemu. Dan saya terus berdoa, moga Allah gantikan dengan yang lebih baik.

Untuk yang sedang patah hati.. usah bersedih hati, Allah ada. Usah ditutup hatimu, buka ruang untuk orang baru. Tapi ingat, berwaspadalah ketika memilih agar kisah duka tidak berulang lagi. Elakkan cinta yang sia-sia. Singkatkan perkenalan dan segerakan pernikahan. Dan jangan salahkan semua lelaki sama, suka patahkan hati perempuan.. sebab ada je lelaki yang baik. Dan begitu juga pesanan untuk lelaki. Jangan cari nahas rampas orang punya dah la. Huhu

Berdoalah, dan yakinlah. Tidak ada doa yang disia-siakan. Allah genggam erat doa tu, dan Allah lepaskan satu persatu bila tiba masanya. Allah has written something beautiful for you :)

Dan…pernah tak terlintas sesuatu dalam fikiran. Sebagai contohnya, teringin nak makan cendol (hahaha). Contoh je eh. Tiba2 petang tu dapat, walau hasrat tu tidak diluahakan pada sesiapa. Haa.. tu tanda Allah nak hiburkan kita. Dia tahu apa yang terlintas, dan Dia bagi. Bahagiakn rasa?

Dan juga untuk setiap ujian yang datang, bersabarlah.. Allah tak uji kalau kita tak mampu.

– Cauliflower

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *