Doa Yang Telah Dimakbulkan

Assalamualaikum dan salam penghulu hari semua. Firstly, saya nak berterima kasih kepada admin sebab siarkan confession saya sebelum ni, Doa Yg Belum Dimakbulkan. Dan terima kasih sekali lagi jika sudi siarkan confession saya untuk kali kedua. Saya juga nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada anda semua sebab sudi doakan saya, semoga Allah lantunkan kembali doa-doa tu kpd kalian dan moga doa2 tu menjadi asbab untuk kalian mendapat redha Allah untuk ke syurganya. Amin.

Terima kasih jugak pada yang sudi minta saya pm dan sudi nak bantu saya untu dapatkan kerja. Untuk pengetahuan semua, memang saya dan suami cuba meniaga. Mcm saya, saya cuba buat dropship online. Walaupun untungnya sedikit, tapi bagi saya amat besar. Kalau suami saya dapat gaji, memang kami akan meniaga, tapi bila dah tengah bulan atau akhir bulan, kami tak mampu sebab nak beli barang-barang pun duit tak cukup. Macam saya cakap sebelum ni, gaji suami tak sampai 2K, dialah yg byr sewa rumah, dialah yg terpaksa byr duit kereta dan yuran sekolah anak, dan dia juga beli kelengkapan dapur. Duit PTPTN terpaksa postpone utk beberapa bulan ni sbb tak cukup utk bayar. Baki yg tinggal berapalah sangat. Dia kerja dah almost 7 tahun dgn company yg sama, yg untung juta2, tapi gaji x pernah naik2. Gaji yg dibayar pun x berbaloi dgn kerja. Pergi outstation ke Sabah hanya dibayar RM50. Tapi saya tetap bersyukur dgn rezeki Allah. Harini dah 30hb, tapi gaji masih tak dibayar. Percaya ke anda semua kalau saya bagitahu yg dalam purse suami saya hanya ada RM5 sahaja. Sbg isteri saya sedih tengok suami saya susah, tapi suami bukan jenis merungut. Dia seorang yg sangat baik.

Selama saya tidak bekerja berbulan-bulan, kami terpaksa pakai duit simpanan anak2 kami. Duit itulah yg kami guna untuk balik kg, dan tampung perbelanjaan yg tak cukup. Tapi sebab hampir setahun saya menganggur, duit tu pun dah tak berapa ada. Saya akan cuba sedaya upaya untuk tidak ambil duit anak-anak. Doakan saya dan suami mampu bayar balik semua duit2 tu demi masa depan mereka.

Berbalik kepada tajuk di atas, alhamdulillah pada pagi jumaat yg penuh barakah ni, dan saya YAKIN atas keberkatan doa-doa anda semua juga tempoh hari, saya dapat berita gembira pagi ni. Atas berkat doa-doa org sekeliling, berkat usaha dan sabar, saya dapat offer as a Admin Executive dari satu syarikat yg agak besar juga, dengan benefit2 yg banyak yg ditawarkan. Alhamdulillah ya Allah, sedih bercampur gembira. Sedih sebab rasa mcm x layak utk Allah makbulkan doa-doa saya sbb saya masih lagi byk kurangnya dan gembira sbb akhirnya penantian saya dah berakhir.

Doakan saya supaya majikan yg baru ni lebih bertimbang rasa, bertolak ansur dan doakan saya dijauhi dari manusia2 yg penuh hasad dengki. Doakan saya juga supaya kerja saya ni mendapat redha Allah sebagai asbab untuk saya ke syurganya nanti. Hanya Allah mampu balas kebaikan anda semua. Insyaallah pertengahan april saya akan mula bekerja. Semoga Allah berikan anda semua berita gembira, dimudahkan yg sukar, dibukakn yang tertutup, dibalas kebaikan. Amin.

Walaupun saya tidak mengenali anda semua, saya sayang anda semua kerana Allah. Kita juma di ‘sana’ nanti.

-Mama AA-

– Mama AA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *