Doa Yang Termakbul

Assalamualaikum wbt, sebelum mulakan sesi luahan macam biasa mari aku kenalkan tentang diri aku.

Hai nama aku Az (bukan nama sebenar), berumur 40 tahun. Malangnya perkahwinan Mak ayah aku hanya bertahan dua tahun sahaja, atas alasan ayah aku curang.

Percaya atau tidak sampai sekarang aku masih tidak mengenali siapa ayah aku, hanya sekadar gambar.

Selepas 3 tahun mak aku menjanda, mak aku dipertemukan dengan ayah tiri aku lalu mereka berkahwin dan telah dikurniakan seorang anak yang juga lelaki maksud nya adik aku la tu.

Aku bekerja sebagai seorang guru dan adik aku sebagai pembantu perubatan.

Alhamdulillah aku dan adikku bertemu jodoh dengan pilihan kami sendiri.

Aku bukan nak cerita sampai habis tentang keluarga aku, sebab malas nak taip panjang-panjang.

Sebab aku nak cerita kan pasal “doa yang termakbul” bukan dari doa seorang ibu kepada anaknya, tetapi doa orang yang teraniaya.

Setelah 5 tahun perkahwinan kami dan adik aku 3 tahun. Kami masing-masing masih belum dikurniakan cahaya mata.

Sewaktu perkahwinan adik aku, aku sedikit lega kerana aku harapkan adik aku dapat memberi cucu pada mak aku tetapi adik aku jugak dah 3 tahun berkahwin juga tidak dikurniakan zuriat.

Mak aku mula bising. Siap cakap isteri kami bermasalah.

Lalu kami dua beradik sepakat nak jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan untuk mendapatkan anak.

Apabila kami berjumpa doktor, doktor menyatakan kami tiada masalah maksud nya kami berempat boleh dapat anak secara semulajadi.

Perubatan kampung pun kami usaha kan, tetap juga tiada hasil.

Suatu hari ayah tiri aku telefon ketika aku sedang bertugas, menyatakan ibu aku diserang angin Ahmar, luluh hati aku mendengar nya.

Lantas aku dan isteri aku pulang ke Perak, tatkala aku sampai di hospital aku menangis semahunya sebab aku bimbang aku tak dapat bagi cucu buat ibu aku dan begitu juga adik ku.

Setelah seminggu ibu aku diserang angin Ahmar, sekali lagi jantung ibu aku berhenti secara tiba-tiba dan Doktor meminta persetujuan daripada kami untuk ibu aku ditidurkan.

Sewaktu ibu aku ditidurkan, mak cik aku berjumpa dengan aku dia cakap ada hal yang mustahak.

Sebelum mulakan pembicaraan, mak cik aku menangis semahunya, aku start pelik lalu aku bertanya kepada mak cik aku.

Mak cik aku merayu kat aku supaya aku dan adik aku mencari pak cik (Pak Su) kami dan isterinya (Mak Su) yang dah lama terpisah atas sebab fitnah.

Ini aku nak cerita, masa aku sekolah rendah. Pak Su dan Mak Su menumpang di rumah nenek aku sebab Pak Su aku kehilangan pekerjaan tambah plak waktu tu Mak Su aku tengah berbadan dua.

Maaf terlebih dahulu mungkin apa yang aku nak cerita bukan nak bukak Aib sesiapa tapi aku nak korang di luar sana sedar bahawa doa orang teraniaya ni makbul dan tiada hijab.

Lalu Mak Su aku bersalin, so nenek aku la yang jaga pantang Mak Su.. Sebab Mak Su aku anak yatim piatu so di takde keluarga. Ini aku nak cerita, mak aku sebenarnya dia tak suka kalau mak dia layan orang lain lebih dari dia.

Kebetulan plak sewaktu Mak Su aku bersalin, Pak Su aku dapat duit pampasan dari syarikat yang dia berhenti kan kerja. Aku tak ingat berapa… Sebab budak lagi waktu tu.

So Pak Su aku punya excited dapat anak, hasil duit pampasan tu dia beli macam-macam kat…katil … Hadiah kat Mak Su aku.. Plus dia dah bayarkan deposit sewa rumah lagi. Kiranya lepas pantang dia pindah la ke rumah tu.

So mak aku bila dia dengar, Pak Su aku dapat duit pampasan dia nak pinjam, sebab ayah tiri aku dulu malas kerja… Terus terang cakap… Pak Su aku bagi pinjam sikit. Sebab dia cakap dia nak kereta dengan peralatan dalam rumah.

Mak aku tak puas hati sebab bagi dia, dia patut dapat lebih sebab dia kakak. Pak Su aku kata tak boleh.

So mak aku sebarkan fitnah kata Mak Su aku ni ada bela saka dan Pak Su aku ni makan nasi Kangkang.

So nenek aku ni mengamuk dan dia halau Mak Su aku dari rumah. Pak Su aku tak terima… Nenek aku bagi pilihan kat Pak Su aku sama ada dia atau mak su aku.

Pak Su aku pilih Mak Su aku, nenek aku tambah mengamuk habis semua barang dorang nenek aku campak. Berdasarkan mak cik aku cerita waktu tu baru dua minggu Mak Su aku bersalin nenek aku halau dorang.

Dalam esakan Mak Su aku cakap “selagi tak de kata perkataan maaf dari kau (mak aku), keturunan kau takkan berkembang” .

Sejak dari tu kami semua terputus hubungan dengan dorang.

Mak cik aku merayu cari dorang, sebab dia bimbang mak aku tak sempat mintak maaf kat dorang.

Berbekalkan zaman teknologi yang canggih sekarang, kami berhasil bertemu mereka. Syahdu jugak waktu mereka berpelukan, terkejut aku Pak Su dan Mak Su aku di kurniakan 8 cahaya mata.

Alhamdulillah semua berjaya hasil didikan mereka, cuma sepupu aku yang lahir ketika kejadian aku tak dapat jumpa sebab dia berada di Jepun kerana bertugas untuk negara.

Setelah Pak Su dan Mak Su aku berjumpa mak aku sebelum itu aku mewakili mak aku mintak maaf dekat dorang terutama sekali Mak Su aku. Dan Mak Su aku memaafkan mak aku.

Pada keesokan harinya doktor sahkan mak aku meninggal dunia.

Pak Su aku yang sambut jenazah mak aku dalam liang lahad. Setelah selesai pengebumian mereka meminta diri untuk pulang. Kerana mereka harus pergi ke Sabah untuk menghadiri majlis konvokesyen anak mereka.

Setelah setahun ibu aku meninggal dunia, isteri aku disahkan mengandung dalam usia dia 38 tahun dan ipar aku disahkan mengandung selepas isteri aku bersalin.

Alhamdulillah syukur tak terkira.

Pengajaran yang aku boleh dapat bahawa doa orang teraniaya ni makbul sangat… Terima kasih Mak Su sebab maafkan mak….

Saya sayang Mak Su dan Pak Su…

– Az (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. mula saya baca, saya geram dengan arwah ibu kamu. sebab salahkan isteri tak bagi zuriat. selepas saya baca keseluruhan, saya menangis. kisah ni memang perlu diambil iktibar oleh semua ibu mertua kat luar sana.

    • maksu dan paksu kamu, mulia baik hati. kalau ni terjadi kepada saya, belum tentu saya akan maafkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *