Assalamualaikum & hai guys. Nama aku Jannah. Sudah berkahwin, anak 2 orang. Thanks admin andainya confession aku ni tersiar.
Kisah yang aku ingin kongsikan di sini adalah berkenaan mak dan kakak aku. Ya mak aku. Ntah la, kat page ni aku tengok asal bercerita pasal mak ayah je kene kecam. Please la.
Rezeki setiap orang tak sama. Mungkin rezeki korang dapat mak yang baik tapi bukan aku. Aku just perlukan doa dan pandangan daripada korang.
Mak ngan arwah ayah aku da bercerai masa aku kat skola rendah lagi.
Then mak tinggalkan rumah and arwah ayah aku yang besarkan kami 5 beradik. Aku tak rasa pun kehilangan mak coz arwah ayah aku sangat menyayangi kami.
Bersyukur sangat Allah hadirkan arwah ayah dalam hidup aku walaupun sekejap. Since berpisah dengan mak, arwah ayah aku tak pernah kahwin lagi sampai la dia meninggal dunia masa umur aku 18 tahun.
Dia just focus untuk jaga kami. Mak aku? Ntah memang jarang-jarang aku jumpa. Dia pun tak de perasaan nak jumpa kitorang pun. Mak aku pernah kahwin lepas tu tapi cerai jugak.
Lepas arwah ayah aku meninggal, kakak aku ajak aku tinggal ngan mak aku. Allahu, aku rasa tu la kesilapan besar dalam hidup aku sebab cari mak aku balik.
Tapi tu jugak aturan Allah untuk aku. Sebab dia nak aku ada ujian dalam hidup aku. Tanpa ujian macam tak complete hidup manusia ni kan, hahaha.
Since duduk dengan mak ni aku da mula perasan yang mak aku ni sayang kakak aku melampau-lampau.
Tapi aku tak amik port sangat. Coz aku jenis tak kisah. Kasih sayang ayah aku tak de tandingan. Hubungan aku ngan kakak aku baik je selama ni.
Tapi mak aku ni ade sejenis perangai yang tak boleh tengok adik beradik berbaik.
So dia da start api-apikan kakak aku untuk benci kat aku. Fitnah aku macam-macam sampai aku bole perasan la perubahan kakak aku tu. Dia da mula cemburu dengan aku.
Fast forward aku kahwin dulu sebelum kakak aku. Laju je kakak aku setuju dengan pilihan aku kali ni coz aku tau disebabkan “status” laki aku ni, dia macam rasa perkahwinan aku ni tak kan kekal lama.
Anytime aku akan jadi janda. Padahal boyfren2 aku sebelum ni semua kakak aku tak berkenanan ade je dia komplen supaya aku putuskan hubungan. Bab laki aku ni dia langsung dia tak de bunyik.
Al-hamdulillah laki aku memang baik. Aku bersyukur sangat dia jadi suami aku. Beberapa bulan selepas tu kakak aku pulak kahwin dan pindah ke Selatan tanah air.
Aku pulak tinggal kat rumah arwah ayah aku coz kebetulan rumah tu kosong. Abang-abang aku da beli rumah baru and adik aku masih belajar.
So adik-beradik aku mintak aku tinggal kat rumah arwah ayah aku. At least ade la orang tolong jagakan rumah tu.
Sesekali adik aku akan balik bila cuti semester and tinggal dengan aku. Aku ajak mak aku tinggal sekali dengan aku dia tak nak. Mak aku ni jenis suka bebas.
Since aku duduk rumah arwah ayah aku, mak aku da tak senang hati. Di jajanya satu kampung kata kenapa mesti menantu (laki aku) yang duduk rumah tu. Pastu dia hasut semua adik beradik aku.
Mak aku cakap adik beradik aku yang lelaki yang layak ke atas rumah arwah ayah aku.
Ya Allah… Aku sedar, aku menumpang je la kat rumah tu. Bukan nak buat harta pun. Aku tak faham kena mak aku nak jadikan isu hal rumah ni.
Kalau kakak Selatan aku dok rumah tu, aku rasa mak aku ok je kot. Padahal mak aku tak de hak langsung ke atas rumah tu.
Bahagian mak aku memang arwah ayah aku da bagi siap2 da dulu and arwah memang amanahkan rumah tu untuk anak-anak.
Last2 aku dan suami keluar dari rumah tu lepas aku lahirkan anak aku yang pertama.
Rumah arwah ayah aku pun terbengkalai camtu jer.
Last2 adik beradik pakat jual je rumah tu. Allah murahkan rezeki aku, Al-hamdulillah aku dan suami dapat beli rumah 3x besar dari rumah arwah ayah aku.
Alhamdulillah aku dengan adik beradik aku yang lain tak de masalah. Walaupun da berkali-kali mak aku cuba pecah belahkan kitorang.
Cuma sampai ke harini aku dengan kakak aku yang kat Selatan tu je tak berkesudahan sengketa disebabkan mulut mak aku. Mak aku ni jenis tak besyukur.
Walaupun macam2 dia buat pada anak2 dia, kami tetap taat pada mak. Seboleh2 tak nak derhaka kat dia. Sebab ingat tanggungjawab sebagai anak.
Tapi anak yang jaga dan taat kat dia tu la yang dia selalu maki hamun. Sampai ke jiran-jiran and sedara mara mak aku akan burukan kami 4 beradik kata kami ni anak tak guna la.
Tak bagi dia duit la. Tak jaga dia la. Aku da sampai malu if kene attend kenduri kat rumah sedara mara. Memang jarang aku attend. Padahal kami ni la bulan-bulan tak pernah missed bagi mak duit belanja.
Tapi kakak aku yang kat Selatan tu tak pernah mak aku burukan. Malah dia sanjung tinggi kakak aku walaupun kakak aku tu setahun sekali je balik melawat mak aku.
15 tahun yang pertama raya pun dia tak balik. Dia akan balik seminggu or sebulan lepas raya. Dia sekadar pegi rumah mak je la.
Rumah adik beradik berkali jemput, tak pernah nak datang. Sampai harini kami adik beradik tak tau ape masalah kakak aku tu.
Dah banyak kali da kami cuba berbaik dengan dia tapi tak pernah berkesudahan coz kakak aku terlalu dengar cakap mak aku.
Walaupun apa yang mak aku sampaikan kat kakak aku tu adalah DUSTA semata. Sampaikan kitorang da malas da nak nasihat kakak aku tu.
Kakak aku tu pun selalu jugak hantar mesej-mesej yang menyakitkan hati aku. Dia persoalkan kenapa laki aku jaga aku dengan baik? Kenapa rumahtangga aku bahagia?
Kenapa anak-anak aku cemerlang? Kenapa aku disayangi semua orang? Dan banyak lagi kenapa yang aku tak tau kenapa dia boleh terfikir nak tanya kat aku adik kandung dia.
Ya, Allah. Itu rezeki yang Allah nak bagi kat aku. Siapa dia untuk persoalkan rezeki dari Allah. Sebagai kakak sepatutnya dia gembira dengan kebahagiaan aku. Biasanya dia akan mesej aku lepas dia stalked FB aku.
Aku terpaksa blocked dia sebab tak nak dia tau kehidupan aku macam mana. Sampai satu tahap aku call dia.
Aku luahkan apa yang aku rasa. Dan memang aku sound dia untuk hentikan semua mesej yang menyakitkan hati aku.
Aku nak hidup bahagia. Aku tak nak ada sengketa dengan sesiapa kat dunia ni. Lebih2 lagi dengan darah daging aku. Since tu dia memang da tak mesej aku da. Aku pun da tak ambil tahu pasal dia lagi.
Seboleh-boleh aku elak untuk bertembung dengan dia coz malas nak gaduh. Ni mak aku tengah sakit. Da setahun setengah da kakak aku tak balik melawat mak.
Dengan alasan PKP lagi. Tapi mak tak marah dia pun. Mak kata kesian kakak. Kakak jauh. Diorang laki bini susah nak bawak anak-anak travel jauh-jauh.
Abang-abang aku duduk jauh jugak. Tapi selalu ada masa untuk melawat mak. Sampai bila la mak aku ni nak back up kakak aku.
Aku tak tau bila semua ni nak berakhir. Dan aku da give up untuk ada kesudahan yang baik. Aku mohon korang doakan lah mak dan kakak aku ye.
Aku tak cakap aku ni baik, aku confirmed masuk syurga…. takkkk… tapi aku nak mak dan kakak aku sama-sama ke syurga.
Allah masih tangguhkan doa kami adik beradik hope ade doa dari korang yang mungkin Allah makbulkan. Aamiin.
Aku akan terus bersangka baik pada Allah dan tak akan berhenti berdoa. Insyaallah. Thanks semua.
Salam sayang,
– Jannah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit