Assalamualaikum semua. Aku Nara, seorang ibu dan isteri yang sedang bekerja di sektor swasta. Tujuan aku menulis untuk minta pendapat dari semua orang.
Aku masih muda, belum pun mencapai usia 30an. Tapi entah kenapa, aku rasa hidup aku terbeban betul. Aku menjadi manusia yang paling pemalas, pemalas yang melampau.
Aku sentiasa rasa tak cukup masa. Dekat rumah, aku cuma buat memasak. Kalau nak kemas rumah rasa malas tahap gaban.
Aku tetap akan kemas, tapi akan ambil masa yang lama untuk aku buat. Pernah bayang tak macam mana orang malas buat kerja? ya, itu aku.
Dekat tempat kerja lagilah, invois yang bertimbun ni sepatutnya boleh diselesaikan dalam masa sehari, tapi aku ambil masa sampai seminggu!
Apa masalah aku, macam mana aku nak berubah. Kadang aku rasa aku ni mental.
Sikap pemalas ni buat aku jadi stress. Kadang aku rasa aku ni burnout. Keluar kerja, balik rumah, masak, main dengan anak, waktu cuti pula dihabiskan dengan mengemas dan memasak.
Sesekali aku bawak anak aku keluar cari sarapan atau pergi pasaraya. Rutin yang sama, langsung tak keluar kemana-mana walhal ke pantai sekali pun. rasa nak menitik air mata.
Nak bawak anak pergi sendiri, susah sebab anak aku tak nak duduk dalam carseat, dan dia memang nak bertepek je dekat aku.
Nak pergi bercuti? Aku tak mampu, kalau aku pergi bercuti mahu anak aku pakai daun pisang hujung bulan ni.
Aku ajak anak aku mandi hujan je untuk berhibur. Tapi, saka malas ni tetap tak hilang. Bila aku belek balik gambar dulu, aku pernah cantik rupanya.
Jauh betul beza aura dulu dengan sekarang. Sekarang macam 10 tahun lagi tua dari usia. Entahlah, aku pun tak tahu apa nak jadi dengan hidup aku.
Dah tua sepatutnya makin lincah, cerdik. tapi aku sebaliknya pulak. Terima kasih sudi baca, dan maafkan aku untuk ayat yang bercampur baur.
Jika ada yang mengecam aku lembik, ya dipersilakan. Aku memang lembik tapi berdikari, cumanya sekarang tahap berdikari aku sudah capai limit.
Dan kepada yang sudi, mohon doakan agar hidayah sampai ke dalam hati aku agar semua perasaan malas dan aura negatif ini lenyap buat selamanya.
– Nara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
sy pun pemalas juga, nk solat pun malas. sampailah satu hari dlm sy dok main enset terlintas dlm hati sampai bila aku nk mcm ni. umo makin meningkat xkan nk malas sampai mati nanti org nk tanam aku pun malas ha mcm mana kan, jd sy ubah minset n paksa diri utk jd rajin. apa2 pun jgn tangguh, kalau dh terlintas di fikirtan nk basuh tandas terus p buat, masuk waktu solat terus solat. lama2 dh terbiasa, rasa malas tu masih ada tp dh xseteruk dulu. sy pun bekerja, org atasan boleh nampak kita ni malas atau rajin, insyaallah kalau kita rajin hidup pun xdak la nk tgk hidup org lain sgt. lg satu kurang2kan lah main handphone tu.
Allahuakbar.. bawak2 la mengucap dikk..
saya cukup benci dengan orang pemalas. bukan saya je, Allah pon benci tau, semua org pon x suka org pemalas. elok2 ade keje kang kene buang keje baru nganga. pastu melepek kat rumah. ko dah la ade anak. apa nak jadi la.. bangkit dik bangkit. jangan dilayan sakit malas tu. lama2 jadi kronik nanti.
kene lawan rasa malas tu. bayangkan ade syaitan yg tgh membelai2 kamu supaya bermalasan. nauzubillahaminzaliq.
set dlm fikiran jangan tangguh keje. nak buat apa pon jangan nanti nanti. syaitan tepuk tangan bila nanti nanti tu. ingat tu dik.
Rasa malas ni semua org ada. Cumanya, tahap tu je lain2. Dan biasanya ada certain2 perkara yg kita mmg malas nk buat. Mgkin awak ni trlebih rasa lemau, lesu, tu rasa malas nk buat apa2 selain dr rutin yg mmg wajib buat. Cth, memasak, klau x masak xmakan la semua org. Gitu…. Cuba google doa2 yg boleh hindari dr penyakit malas ni. Betul, org yg malas ni semua org x suka. Dan malas xde ubat, kecuali paksa diri utk bergerak. Klau teringat, terus buat jgn brtangguh. Itu je kunci dia. Semoga bermanfaat pd awak.
Penyakit ‘malas’ ni klaw x dibendung, mmg akn jd ‘sebati’ dlm diri.., terutama klaw xde sapa nk tegur or bla dduk sendirian, sepanjang hari tidur baring, main hp, mkn mknan ‘segera’ je.. mmg la ‘seronok’ pd satu2 mse or sesekali, tp klau dah setiap hari, or pd kebanyakan mse, sstu langkah ‘drastic’ mesti diambil..
Pertamanya, dari segi kerja d opis, ‘list’kan perkara2 yg perlu dislesaikan, bhgikan mengikut kpentingan, cth : urgent, important or KIV, kmdn ‘set’kan tempoh masa yg perlu disiapkan; buatkn ‘checklist’ mngikut keutamaan n ‘timer’ or ‘time frame’ cth : siapkan pd harini juga, or sbelom esok, or sbelom hujung mnggu dsb., klaw krja tu x siap juga, setkan ‘timer’ or date yg baru plak, tp kna ‘patuh’ dan buat sampai habis, bla dah selesai sstu kerja tu, ‘tick rite’ du hujung or pd no. d senarai kerja tu, baru nmpak yg mne dah slesai n mne yg belom.., sperkara lg, jdkan tempat kerja tu kemas, bersih n brg2 or dokumen yg senang ducari n di capai, klaw ‘serabut’, nt otak pon bule jd serabut n mls nk buat kerja.., lg cun klaw meja tu dihiasi hiasan or pasu bunga kecil n ada ‘air freshener’ yg wangi di ats meja, baru lah ‘bersemangat’ nk buat kerja..
Di rumah pula, klaw nk senaraikan semua kerja nk ‘cuba’ nk dibuat dlm sehari, mmg rss x mampu; cth : pd hari sabtu/ahad, nk mdak, nk kemas dapor, nk mop lantai, nk cuci baju & sidai n lipat bju dlm bakul, nk kemas bilik, kemas lemari, bla bla .. mmg ‘pengsan’ nt, last2 semua pon x buat..! So, jln yg plg selamat, ‘pecah2’kan kerja tu, cth jam yg pertama, kemas dapor dlu.., sambil tu jlnkan mesin basuh, kdg2 x sampai sejam pon dah slesai, then baru buat kerja lain, cth sidai baju or masak yg simple2, n tak perlu guna bnyak peralatan dapor, (sbb nt nk kna kemas n basuh suma tu, lg letih n mngkin akn biar je dlm sinki), lps awk buat sstu ‘task’ tu, rehat skejap (dlm 5 mnt), n reward diri dgn air lemon dsb.., then sambung blk.., jgn buat ‘cincai bocai’ sbb dah set ‘timer’ or nk capai ‘target’ list, nt bla x sempurna awk akn penat nk kemas blk.. atau pon target mngikut kesesuaian awk; cth : pagi- kemas dapor n bhg.bwh (ground floor), ptg – kemas blk or bhg ats rumah (tingkat atas – klaw rumah 2 tkt la), mcm yg di opis td, bla da slesai sstu ‘task’, awk ‘tick rite’ d hujung list tu, barulah rse puas d hati.. klaw dlm sbulan tu misalnya, awak dh berjaya siapkn ‘list to do’ awk, bole la bg reward kpd diri or with family, cth : bla dpt gsji, pergi mkn d restoran kegemaran, or brjalan2 d taman or pantai, x perlu ‘modal’ bnyak sgt pon.., lg pon bila berjln or ‘berjoging’, bdn (darah) & otak awk turut ‘berjalan’, n bila mnghirup udara segar, barulah rse sihat n ada semangat yg baru utk bekerja d opis n di rumah.., di samping tu amalkan doa2 utk jauhkan diri dari sifat malas n lemah (doa dlm bhsa melayu pon bule..), lg satu ada satu ‘tip’ nk rse mse kita tu ‘berkat’ n bole siapkn bnyak ‘tasks’ dgn berkesan; iaitu solat di awal waktu.., klaw bole, dlm 10 mnt sbelom msuk waktu solat, awk dah ambik wudhu’ siap2, n lps azan terus solat dgn khusyuk (lbh cantik klaw disertai dgn solat sunat), buatlah ikhlas krn Allah, insha Allah awk akn dpt rse waktu tu ‘bnyak’ utk awak siapkn kerja2 lain, sbb kewajipan dgn Allah dah ‘slesai’ dan begitulah utk setiap waktu solat.., klaw kita utamakn benda2 lain, terutama klaw buat perkara x berfaedah, kita akn slslu rse mse kita x ckup2 dan semuanya jd kelam-kabut n x sempurna.. sya doakn awak dan semua yg membaca ni akn jadi rajin n dpt masa yg berkat serta rahmat dari Allah.. insha Allah.. aamiin2 YRA..
Maybe boleh look up satu sindrom nama ADHD. It happens a lot to MANYYYY adults, tapi terlalu ego untuk mengaku ada masalah mental.
nak jadi rajin senang je :- mintak duit dkt suami , pegi spa , urut , mandi bunga, buat rambut elok2..lepas tu beli jamu/makanan tambahan bg naik aura balik,,jadi cantik semula , awk masih muda , rajin2 lah kemas diri awk..kalau tak nnt dpt madu..