Doakan Aku

Salam dan selamat sejahtera. Hari tu aku tulis tapi tak tersiar. Tapi, bila aku baca komen-komen lately yang buatkan aku rasa lega hati, aku rasa nak tulis juga tentang seseorang yang bantu aku keluar dari belenggu diri.

Aku seorang yang bukannya bagus sangat semasa zaman persekolahan. Banyak peluang yang aku lepaskan, atas sebab keluarga dan latar belakang aku. Aku datang dari keluarga yang cukup segala, tetapi saling bertukar ketua keluarga. Ya, Mama kerap bertukar suami. Jadi, borang keluarga aku tidak pernah sama di ruangan bapa.

Bila aku masuk sekolah menengah, aku kerap bertukar watak, melihat kepada siapa yang menjadi suami kepada Mama. Kalau aku dilayan dengan baik oleh Papa-papa aku, aku akan hidup baik-baik sahaja di sekolah. Kalau Mama dan Papa-papa aku saling bercakaran, hidup aku jadi berterabur.

Ketika aku di Tingkatan 4, ada seorang yang aku lihat di sekolah buat kali pertama. Seorang guru wanita yang lain dari cikgu-cikgu aku sebelum ini. Aku namakan dia Cikgu SFZ.

Cikgu SFZ ni selalu aku nampak duduk membaca di tempat menunggu untuk pulang. Kalau ada murid lalu, dia akan senyum dan sambung membaca. Aku jadi tertanya-tanya, ada lagi orang yang nak membaca waktu panas petang. Kalau aku, petang aku nak rehat semata.

Dalam makmal, Cikgu SFZ ni selalu berikan nota dan latihan bercetak. Dah la bercetak, berwarna pula. Dia suka senyum walaupun suara dia memang kuat. Dalam kelas dia, aku malas dan selalu tak buat kerja. Dia jarang marah, tapi kadangkala dia bebel.

Suatu hari, aku cakap dengan dia yang aku nak masuk matrik. Dia senyum, dia kata boleh. Kalau aku belajar, aku boleh. Aku kata aku nak belajar dengan dia. Mama pesan, kalau Cikgu SFZ ni nak jadi tutor aku di rumah, Mama sanggup nak bayar. Tapi Cikgu SFZ tak nak. Dia kata dia boleh ajar, tapi tak nak bayaran.

Jadi, dalam seminggu, ada 2 petang, aku duduk di makmal petang-petang dengan dia. Kadangkala aku buat kerja yang dia beri, dia pula selesaikan kerja lain. Tapi, bila aku bertanya, dia memang akan tolong aku jawab. Basically, Cikgu SFZ ni macam study group aku. Dia ajar aku hampir semua subjek kecuali Add Maths & Biologi sebab dia akui, dia tak berani especially Biologi. Memang bukan dia. Ha ha ha.

Dipendekkan cerita, dari aku Tingkatan 4 sampai Tingkatan 5, setiap kali dia ada masa, dia akan tolong aku. Mama aku jemput dia datang rumah, dia tak pernah datang. Dia memang tak suka pergi rumah orang agaknya. Masa nak SPM, Mama kahwin lagi dan dia duduk dengan Papa baru aku. Aku duduk sendiri di rumah, dan uruskan diri aku dengan nak ambil SPM lagi, nak cari makan sendiri dan ada aku pernah datang lambat sebab terbangun lambat nak pergi ambil SPM.

Bila result SPM keluar, Cikgu SFZ ni tunggu aku di dewan. Walaupun result aku tak berapa baik, tapi dia tetap ucapkan tahniah pada aku. Dia encourage aku untuk belajar lagi, usahakan cita-cita aku walaupun hakikatnya, dia tahu, aku banyak masalah peribadi yang aku sendiri tak dapat selesaikan.

Alhamdulillah, aku dapat masuk matrikulasi. Rasa nak nangis sebab aku dapat apa aku nak, walaupun aku tahu aku murid sederhana. Mama tak dapat hantar aku, dia ada urusan di mahkamah dengan Papa-entah-keberapa aku. Cikgu SFZ ke sekolah of course. Aku naik Uber. Sedih aku. Tapi Cikgu SFZ yang bayarkan. Dia kata bila fia bayar, macam dia hantar aku jugalah.

Walaupun di matrikulasi, Cikgu SFZ ni masih tolong aku. Aku tak tau jawab soalan, aku tanya dan dia jawab. Macam aku masih di sekolah. Aku WhatsApp, Telegram, dia jawab. Kadangkala aku rasa bersalah, tapi kalau Mama sibuk dengan kerja atau Papa-yang-entah-mana, aku cari dia, walaupun dia berkeluarga.

Sekarang ni, aku sedang berusaha untuk belajar ke peringkat lebih tinggi. Walaupun aku tahu Mama boleh taja aku, tapi Mama lebih baik guna duit dia untuk cari peguam setiap kali dia bercerai tak sudah-sudah.

Kalau ada orang kata, aku takde kawan aku, memang aku tiada kawan baik. Aku kawan dengan semua orang, tapi takde yang benar-benar aku boleh luahkan semua. Aku cuma hidup kenal Mama dan sesiapa yang hidup dalam persekitaran aku sewaktu itu.

Korang, doakan aku boleh jumpa bahagia aku dengan Mama. Mama pun, kalau Mama baca ni, cukuplah berikan aku Papa. Aku dah tak boleh ingat, siapa yang pernah jadi Papa-papa aku. Tolong juga doakan aku berjaya dalam bidang Kimia. Itu sahaja yang buatkan aku gembira dalam hidup sejak umur aku 16 tahun.

Untuk Cikgu SFZ, semoga cikgu bahagia dan terima kasih untuk banyak benda. Saya dapat tahu cikgu tak sihat sekarang, maaf saya tak dapat jumpa cikgu. Cikgu jaga diri baik-baik ok?

Kalau korang ada nasihat atau cadangan, kau beritahu aku ya? Nanti aku baca di ruangan komen.

Thanks admin kalau siarkan.

– XR SAAS

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *