Doakan Aku Dapat Rezeki Lebih Untuk Mak

Hari ni aku tersangat la stress dengan kehidupan aku disebabkan trigger point yang datang dari kakak aku selepas aku menegur die akan sesuatu. Memang la your trigger is not someone else responsibility.

So, responsible saja la sendiri. Tak boleh nak luahkan dekat sesiapa, so dekat sini la aku nak meluah.

Aku tegur kakak aku mengenai apa yang mak aku mengadu dekat aku. Kakak aku ni satu family duduk sekali dengan mak aku bukan sebab die memang sengaja, tapi disebabkan rasa tanggungjawab untuk menjaga maklepas ayah tiada lagi disamping mak kami.

Adik lelaki aku (sorang saja lelaki dalam adik beradik) pon ade kat rumah tu, cumanya die seorang yang baran, tegur sikit saja mula die nak baran,

Dan die banyak berkurung dalam bilik macam orang perempuan, semata untuk melunaskan nafsu terhadap game dalam fon 24 jam kalau boleh & lebih suka meluangkan dengan kawan² selain family die.

Die lupe tanggungjawab berat die terhadap mak die. Belum habis belajar, tapi keluar masuk rumah, suka hati saja tak payah mintak izin mak aku.

Tambahan untuk intro, family aku memang jenis yang negative thinker kecuali arwah ayah aku kot. So aku hari ni setelah beberapa lama menyimpan teguran untuk kakak aku ni, akhirnye tersampaikan teguran kat dia melalui whatsapp.

Tapi die balas mesej aku tu dengan sebuah karangan yang panjang sekali yang akhirnya trigger stress aku.

Mula² aku tak stress sebab tak terasa dengan ayat kakak aku lagi. (haha sejenis loading sikit) aku rasa aku jenis yang paling kurang negative thinking dari kakak² aku atau erti kata lain, aku tak kolot sangat dalam pemikiran. mungkin sebab generation gap yang jauh?

Kot. aku daripada dulu memang lain daripada diorang, aku paling tak perform study (tapi habis la study sampai ijazah sarjana muda kejuruteraan),

aku bercinta masa belajar kat sekolah menengah, aku pernah mencuri duit dari ahli keluarga aku sendiri masa sekolah rendah & menengah (sebab aku rasa duit belanja aku tak cukup & aku cemburu dengan kawan² lain yang dapat beli kaler pensil lawa² atau macam² lagi kat kedai buku sekolah,

aku tak buat perkara tak senonoh la dengan duit tu, ade jugak terkantoi aku curi, so habis la badan aku berbirat birat kene balun dengan hanger, rotan & yang sewaktu dengannya),

Aku pernah juga buat kes besar masa darjah 5 (sejarah hitam hidup aku atas sebab aku stress dengan keluarga aku juga,

trauma hidup dalam keluarga ni bagi kesan mendalam sangat dekat diri aku sampai sekarang. Bayangkan la budak darjah 5 pon sampai tak boleh tahan dah hidup dalam keluarga ni).

Senang cita, aku paling hina dalam family. Walaupun adik aku pon tak bape perform study, tapi sebab die lelaki and die tak lagi teruk dari kes² aku atas tu so die dah kategori lain la.

Cakap pasal rezeki, Alhamdulillah 3 bulan lepas habis belajar, aku dapat keje walaupun bukan dalam bidang aku. Disebabkan aku tak memilih keje and gaji pon boleh tahan, aku pon terima keje tu and keje macam biasa. Mula² aku bekerja, aku bagi mak aku RM200 setiap bulan.

Tapi kakak aku sangat tak puas hati dengan amaun yang aku bagi kat mak aku. Walaupun aku dah nangis² dekat mak aku dengan list komitmen gaji aku lepas kakak aku kutuk² aku yang tak puas hati aku mampu banyak tu saja bagi mak aku.

RM795 duit ansuran kereta (aku beli kereta baru sebab aku takde transport untuk pegi balik keje, walaupun ade kete extra kat rumah,

Tapi kakak aku kata kalau nak drive, beli kereta sendiri supaya tak susahkan orang lain if apa² jadi ), Rm 1000 bayar balik duit kakak aku untuk 5 bulan (sebab aku pinjam RM5000 dari die untuk guna as downpayment kereta),

RM300 untuk duit belanja makan minum kat ofis, RM160 untuk duit tol, RM250+ duit minyak kereta, RM239 duit bayaran balik pinjaman belajar, RM300 duit belanja parents & adik aku makan if keluar hujung minggu sebab mase ni aku yang duduk dengan mak aku (ye memang makan mahal) .

So RM200 untuk mak aku. Korang ingat cukup ke gaji aku tu? Gaji aku mase tu RM2,700 saja. Kadang aku ikat perut, aku buat OT kaw kaw. Mase tu aku single, okay laa kan nak buat OT banyak² pon.

Dah lepas 5 bulan ( habis bayar hutang kat kakak aku), dapat la aku bernafas jap. Eh lepas 3 bulan tu, aku dah kene start kumpul duit untuk kahwin pulak (alhamdulillah jodoh aku sampai awal).

Kitorang adik beradik memang takde duit simpanan dari kecik, so aku tercekik lagi bila nak kene kumpul duit kahwin from zero, which aku ada masa dalam 11 bulan macam tu.

Dah la family aku ni nak kene ade majlis kahwin besar minimum untuk 1000 orang punya majlis, majlis tunang lagi, tapi yang kene sediakan duit majlis, diri sendiri laa.

Aku tak nak bertunang sebab takde duit, tapi kene paksa jugak, sampai aku jahit baju sendiri, pegi make up free yang dekat shopping mall tu, gaduh dengan kakak aku sebab die cakap aku menyusahkan mak aku untuk majlis bertunang tu.

(Hari bertunang pon boleh jadi sejarah hitam, sebab kakak aku sengaja tolak aku depan kawan² aku yang datang majlis aku dengan jelingan die yang tajam dekat semua tetamu aku, aku tahan malu)

Korang ingat aku dapat kumpul banyak ke dalam 11 bulan tu? Kire la balik gaji aku atas tu. Pakej kahwin paling jimat dah aku amik tu kat kawasan aku, lebih dari RM12,000.

Untung giler kahwin masa pkp. Aku dapat kumpul untuk kahwin less than RM5,000. Selebihnya guna duit hantaran kahwin aku.

Alhamdulillah sangat² bakal suami aku mase tu memang ada duit simpanan yang mak bapak die siapkan dari kecik. Aku memang dah cut cost sehabis boleh. Mana yang extra² tu banyak bakal suami aku tanggung. Yang tambah²an lagi, mak aku guna duit die la macam goodies bag majlis tu.

Duit sumbangan dari majlis tu, tak berapa banyak tapi alhamdulillah la dapat aku cover balik duit ticket return flight adik aku dari kelantan semata untuk kenduri aku, cover sana sini. Then guna untuk cover cost² yang dari mak aku ke ape. Aku pon tak ingat sangat dah.

Lepas aku kahwin, masih belum habis ye ketidakpuasan hati kakak aku tentang aku bagi RM200 saja dekat mak aku. Alhamdulillah, aku advance kan sikit skill keje aku, aku boleh dapat extra RM700 sebulan as allowance keje aku. Dari sini, aku start bagi mak aku RM500 setiap bulan.

Baru kakak aku macam diam sikit. Aku tahu diorang bagi mak aku banyak, RM500 ni still sikit bagi diorang. Yela, gaji diorang dah banyak mana. Aku ni baru nak hidup. Stress jugak sebab kakak² aku semua pon berjaya ada kerjaya yang boleh la nak kata tinggi jugak level tu.

Weyh, cerita aku ni memang panjang. Banyak sangat nak luahkan. Maaf kan aku tau. Elaun gaji aku ni akan kene potong terus tau kalau aku cuti bersalin (gaji aku serta merta kurang RM900 time cuti bersalin). Aku duduk berpantang dekat rumah mak aku.

Mak aku memang siapkan semua mantap² masa aku bersalin anak pertama, tapi tak mampu nak bagi mak aku lebih dari RM500 masa duduk berpantang kat rumah mak aku, sebab memang cukup² makan saja gaji aku. Suami aku?

Die bagi duit RM300 camtu untuk aku time berpantang tu. tapi die ingat cukup la kot bagi mak aku banyak tu sementara duduk berpantang 2 bulan kat rumah mak aku. Duit tu kurang pon dari duit makan minum kitorang, electric lagi, sepanjang duduk sana.

Kesimpulannya, sebenarnye kitorang kira macam takde bagi duit extra pon dekat mak aku atas jagaan die masa aku berpantang.

Then masa berpantang anak kedua, mak aku tak buat semantap yang pertama mungkin sebab dulu die tak terima bayaran yang die jangkakan dari aku tapi kali ni aku bayar bil electric rumah extra kat mak aku, RM400.

Then aku rasa aku ade bagi RM500 macam biasa. Then aku bagi extra sikit lagi walaupun kali ni aku duduk sebulan saja dengan mak aku.

Laki aku, die still tak paham kiraan semua ni. Sebab culture family die lain. Lagipun bagi die, mak aku tolong tengok² kan aku dengan anak aku dan bagi kitorang makan. Yang selebihnye banyak kitorang buat sendiri.

So berbalik pada karangan kakak aku yang trigger stress aku ialah, die tetibe ungkit yang die bagi mak aku duit 4 angka setiap bulan, bil electric & air die siap bayar.

Tapi die selit kat situ,”tak macam orang tu, dah bayar electric, tolak duit nafkah mak aku, then bagi baki saja kat mak aku”. aku tak terasa awal² sebab aku rase tu bukan aku.

Since aku rase aku memang bagi RM 500 macam biasa kat mak aku. Kekadang mak aku ni pon satu hal, die sendiri pon cakap ikut sedap die saja kat kakak² aku yang lain padahal pada hakikatnya lain.

Mak aku tak pernah pon paksa suruh bagi die duit, tapi bende ni dah jadi tradisi family aku. Jadi aku kene buat. Kalau tak, aku memang hina la.

Kakak² aku pon akan bertanya mak aku berapa aku bagi mak aku, so kadang die jawab, “die bagi sekian sekian”. Cara die jawab tu, aku kenal sangat mak aku, die akan jawab dengan nada yang macam, “boleh laaaa”. Korang paham tak?

Bende yang aku tegur kakak aku awal² tadi tu, TAKDE KENE MENGENE LANGSUNG pasal duit nafkah kat mak aku. Aku dah la memang ade issue kewangan sekarang since komitmen makin bertambah.

Bile aku tersedar ayat die tu sebenarnye tuju kat aku, aku terus sedih gila². Kalau aku mampu, aku sendiri memang nak bagi duit 4 angka la kat mak aku.

Aku tak berkira kalau pegi keluar makan dengan satu family besar aku tu walaupun kadang² rasa aku ni sebenarnye tak mampu pon nak berbelanja banyak tu untuk duit makan sekarang ni. Aku nak buat macam² lagi untuk mak aku.

Masa aku tak sedar tadi, aku still pujuk kakak aku tu tau, sebab aku nak die jelas bende yang aku tegur tu daripada mak aku sendiri, aku takde tambah apa² sebab aku paham keadaan die.

Ya Allah, aku rase aku ni positive sangat siap pujuk die, bagitau die jangan salah paham and so on. Rupenye die dari awal dah tembak aku tanpa aku sedar. Aku sedih sangat sangat sangatttt. Rupenye diorang masih kire duit² yang aku bagi kat mak aku.

Aku doa selalu supaya Allah bagi aku rezeki banyak untuk aku mewahkan laa mak aku tu lebih dari kakak² aku. Tapi Allah belum bagi lagi mungkin ada hikmah yang lain.

Ya Allah, tolong laa aku untuk jauh daripada kesedihan/keangkuhan melampau sehingga retak hubungan adik beradik.

Korang boleh tak tolong aku doakan sekali untuk aku & suami aku jadi manusia lebih baik, jadi umat islam yang lebih beriman & jadi orang² yang terlebih mampu untuk mewahkan mak aku & bantu orang² yang dalam kesusahan.

– Aku yang terhina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *