Doakan Aku Istiqomah
Aku nak cerita ni bukan nak riak atau bangga, tapi aku nak kongsi betapa manisnya apa yang aku lalui, dan aku berharap sangat-sangat korang pun dapat rasa apa yang aku lalui, aku fikir benda baik yang boleh dijadikan ikutan untuk kebaikan apa salahnya dikongsikan. Lagipun korang bukan dapat kesan pun siapa yang confess ni. Haha Selama ni aku dengar je kat corong2 radio, kat kaca TV plasma dan media2 massa yang mengatakan nak tengok ibadah kita diterima atau tak semasa bulan Ramadhan tengok diri kita selepas habis bulan Ramadhan.