Doakan Aku Ya Kalian

Assalamualaikum. Tujuan saya menulis di page ini adalah untuk memohon doa kalian dan pendapat dari semua.

Suami saya baru berkahwin lagi satu pada awal tahun ni. Saya tidak menentang poligami ye wahai lelaki tetapi perlu ada kriteria yang melayakkannya. Suami saya tidak layak dari segi pendapatan. Saya sendiri tidak faham mengapa dan apa yang menyebabkan jadi begini pada rumahtangga saya.

Kisahnya bermula pada Pkp tahun lepas awal bulan 3, perempuan janda anak 1 ini menghubungi suami melalui massenger facebook.

Untuk pengetahuan perempuan ini pernah praktikal di tempat kerja suami 7 tahun yang lalu. Ketika itu hubungan sebagai rakan sekerja. Selepas tamat praktikal hubungan terputus dan perempuan itu berkahwin dengan orang lain.

Tetapi selepas bercerai perempuan ini mula mencari lelaki yang boleh dijadikan tempat bersandar, Mungkin.

Untuk pengetahuan perempuan ini disahkan bipolar disorder dan mempunyai surat daripada Hospital. Menurut ceritanya pada suami diceraikan kerana sering tidur akibat kesan sampingan ubat yang di ambil.

Namun saya rasa bukan itu sebab utama. Perempuan ini meraih simpati dari suami dengan pelbagai cerita sedihnya sehingga suami bersimpati.

Saya tidak pasti janji apa yang mereka menterai tetapi perempuan itu bertekad datang ke sini dari negeri P tempat tinggalnya untuk memulakan hidup bersama suami.

Saya dapat menghidu hubungan mereka setelah saya melihat perubahan sikap suami yang tidak berenggang dengan telefon sepanjang masa.

Saya juga telah cuba menasihati bukan menyerang perempuan itu melalui massenger. Perempuan itu memang berjanji tidak menganggu.

Tetapi kejahatan mereka terserlah selepas perempuan itu mula menyebarkan aib-aib rumahtangga saya kepada keluarganya dan menyerang saya bertubi-tubi sehingga aib diatas katil. Saya sungguh kecewa dengan suami kerana mengapa perlu mencari salah isteri jika ingin bercinta lain.

Sikap gila perempuan itu makin terserlah dengan mengatakan dia akan datang pada bulan Jun tahun lepas untuk meminang suami dan jika saya menolak dia mengajak saya naik mahkamah. Memang kelakar.

Disini saya ingin bertanya orang yang ada bipolar disorder sikap nya bagaimana. Saya rasa bukan sebab penyakit ini tetapi memang perempuan ini sikap begini. Sebab itu Ex suami perempuan ini serik.

Dan yang pernah meroyan dan menganggu adalah perempuan ini sehingga sanggup menyerang kawan perempuan ex nya.

Setelah perempuan ini dapat cinta suami dia menyerang saya kerana menghalang. Saya memang menghalang dengan cara gila saya. Saya cari keluarga perempuan itu, saya beritahu pada keluarga mertua dan saya laporkan pada polis atas ugutan perempuan itu.

Permainan perempuan mental ini makin menjadi-jadi dengan dia pusing cerita. Perempuan itu mengaibkan saya di facebook nya dengan mengatakan saya seorang yang mental dan perasan.

Dia tak mahu pun suami saya kerana dia muda bergetah masih muda. Perempuan itu mengatakan saya menfitnah dirinya dengan cerita-cerita aib.

Saya hanya diam kerana saya ada bukti-bukti serangan nya di massenger. Perempuan itu berjaya datang ke sini dengan mengaburi mata semua orang yang dia nak bekerja.

Pada ketika itu hubungan dengan suami terputus juga. Tetapi diam- diam masih berhubung walaupun pelbagai taktik saya telah guna termasuk live location. Saya juga telah cuba berubah untuk jadi seperti yang suami nak dengan niat menjaga amanah rumahtangga.

Tetapi takdir Allah, Awal tahun saya dikejutkan dengan berita ini. Itupun setelah hari ke 9 suami kuarantin di rumah kerana positif covid 19, dia keluar berjumpa.

Saya mendesak bertanya selepas dia pulang ke rumah. Ternyata saya sangat kecewa. Telah berkahwin dengan perempuan itu.

Kerana perempuan hilang pekerjaan, perempuan itu mencari suami di tempat kerja suami dan mengugut ingin membunuh diri serta mencipta alasan semua keluarga perempuan itu membuang dan tidak peduli pada perempuan itu.

Ceritanya meratap-ratap hiba, merayu-rayu suami dan berjanji untuk menjaga suami sekiranya saya tidak mampu memuaskan nafsu suami.

Ya, itu memang kelemahan suami. Berpegang pada janji mereka dulu, mereka nekad berkahwin di Thailand. Diuruskan oleh perempuan ini. Dengan penuh keangkuhan saya tidak mampu memuaskan nafsu kersna nafsu suami besar.

Paling menyedihkan saya lagi selepas beberapa hari cerita suami berkahwin saya pula disahkan positif covid. Sepanjang kuarantin di rumah kerana tiada gejala, Di dalam bilik saya menangis sedih.

Sepanjang kuarantin 11 hari saya sendiri uruskan makanan untuk saya sedangkan suami ketika kuarantin 4 kali sehari saya hantar ke bilik.

Mujur ibu ayah saya ada di rumah kerana tidak boleh pulang ke kampung kerana Pkp. Anak- anak saya juga diurus ibu bapa saya. Terima kasih Ya Allah.

Setelah saya tahu rahsia suami berkahwin, suami panjang langkah. Dia berkemas untuk duduk di rumah perempuan itu selama 3 hari. Tetapi disebabkan emosi saya yang tidak stabil, saya membungkus semua baju suami dan saya minta suami tinggal di sana selama 2 bulan.

Saya juga nyatakan ‘pergilah, nikmatilah bulan madu indah ke syurga. Lihatla warna sebenar kehidupan rumahtangga’. Tetapi tidak sampai 2 minggu suami balik bergilir-gilir selang sehari kerana keluarga mertua mula campur tangan.

Emosi saya semakin stabil walau hati terluka teruk. Saya tidak lagi berdoa untuk suami kerana mempermainkan waktu kerja dan overtime dengan menipu saya sedangkan mereka berdating waktu itu. Waktu yang suami katakan bekerja itu juga dia pergi ke Thailand untuk berkahwin.

Suami juga dinaikkan gred yang diidam-idamkannya hujung tahun lepas. Saya katakan rezeki anak-anak tetapi dengan sombong dia berkata itu rezeki kahwin 2. Dengan ibu bapa saya juga suami kata mampu. Perempuan itu tahu tentang keadaan gaji suami yang tidak mampu menyara 2 rumah.

Tetapi tetap gila mahukan suami dengan sanggup membayar sewa sendiri dan membiayai perbelanjaan di rumah mereka sendiri.

Begitulah keadaan dan ketaksuban perempuan itu pada suami dan pada lelaki. Kerana dari zaman belajar memang perempuan ini fokus nya adalah lelaki. Cemerlang dalam pelajaran juga.

Hidup rosak kerana lelaki. Sekarang fasa untuk bangkit dari hidup dan membina keluarga dengan cara memusnahkan hidup orang lain. Pentingkan diri sendiri dengan mempergunakan kelemahan suami untuk sanggup jadi hamba s@@s.

Tentang saya memang ingin tamatkan perkahwinan ini. Memang semua perempuan jika kena begini memang mahu tamatkan saja. Tetapi secara waras saya ada misi yang perlu saya capai.

Perempuan itu memang niatnya begitu. Walau dengan suami dia cakap ingin tumpang kasih tetapi minta suami berterus terang pada saya mereka sudah berkahwin.

Penuh dengan motif mahu saya bercerai. Misi saya menyimpan duit dan jika satu hari nanti, Jodoh saya sampai di sini, saya terima dengan hati terbuka. Namun kini saya banyak bermain psikologi dengan suami. Saya tidak menyerang perempuan itu kerana suami saya pun sama gatal.

Saya juga tidak akan menyerah kalah pada perempuan itu kerana keperluan yang suami ada semua untuk anak-anak saya.

Suami memang baik tidak culas dari segi nafkah. Apa yang saya minta dan anak minta dia tunaikan. Tetapi soal nafsu yang buat dia begitu. Saya terima kekurangan itu. Tetapi kekurangan saya suami cari. Allah ada.

Di page ini saya mohon kawan-kawan pembaca yang budiman, Doakan kekuatan buat saya dan keadilan untuk saya Allah tunjukkan secepat mungkin.

Saya tidak sempurna. Manusia biasa seorang isteri yang sentiasa cuba untuk memperbaiki kesilapan dan kekurangan. Namun tetap disakiti dan dikecewakan dengan kelemahan yang dikorek.

Dituduh tomboy kerana berambut pendek dan nafsu tidak normal. Saya ingin membuat pertanyaan adakah tidak normal hubungan kelamin seminggu 2 kali atau sekali. Adakah normal setiap hari hubungan kelamin.

Mengikut pendapat saya, mengikut keadaan kita kerana tanggungjawab urusan seharian lain yang kadang kala buat kita rasa letih dan lelah.

Untuk kaum lelaki, saya tegaskan saya tidak menentang poligami. Tetapi cukupkan bukan sahaja duit tetapi masa, ilmu dunia dan akhirat serta kerjasama dengan isteri.

Sekiranya semua diserahkan pada isteri itu tidak adil. Dari pagi sehingga ke malam urusan tidak pernah habis adakah perlu di salahkan isteri sentiasa.

Hidup hanya mengejar nafsu dan layanan manja serta rengekan perempuan pengoda. Buat suami, adakah seronok hidup berdua sahaja dengan perempuan itu dan berjalan sana sini mengikut rentak perempuan muda itu.

Sekali lagi minta doakan saya. Tujuan page ini adalah untuk cabang saya meluahkan rasa yang sangat sakit. Saya rasa lega sekarang. Boleh juga cadangkan kepada saya ilmu-ilmu untuk pedoman saya.

Untuk Perempuan itu yang ada juga dalam page ni, Saya doakan hidup anda tidak akan tenang. Hiduplah atas kemusnahan orang lain. Semoga Anda akan rasa nanti.

Terima kasih semua. Allah ada.

– Insan serba kekurangan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *