Doakan Kami Murah Rezeki

Kenalkan, nama akak, Siti. A wife. Mother of 4 children.

31 Disember 2022. Tarikh ni akan jadi tarikh terakhir servis suami akak dalam kerja kerajaan. Kerja kontrak saja. So kontrak last tahun ni tak sambung dah.

Susah hati. Ye sangat susah hati. Sebab akak dengan suami sama sama kerja untuk cukupkan keperluan hidup dalam membesarkan anak 4 orang. Paling kecik baby sekarang umur 47 hari.

Suami akak? Of course lebih susah hati sebab fikirkan komitmen nak kena bayar bulan bulan. Tapi dia positif. Katanya mesti ada rezeki anak-anak.

So sekarang husband akak kembali job hunting. Hantar resume, update portal kerjaya, risik risik kerja kosong dekat kenalan dia.

Sementara nak dapat kerja baru, husband akak nak buat grab. And sekarang pun sebenarnya dia dah start jalan grab rider sebab nak bagi akaun berjalan. Masuk je 2023 dia nak pulun kerja dengan grab rider ni supanya perbelanjaan rumah tak sangkut.

Tapi masalahnya, akak kat rumah susah hati. Sentiasa terfikir macam macam. Ye lah, bawak motor hantar order sana sini ka.. risau laa takut bahaya dekat jalan..

Hari hari akak doa semoga murah rezeki suami akak.. selamat perjalanan pergi balik.. dan sentiasa ingat akak and anak anak dekat rumah..

Yang akak sedih lagi, husband akak baik sangat. Empati dia tinggi. Dia senang kesiankan orang lain sampai diri sendiri pn dibelakangkan.

Masa akak sakit, akak muntah muntah, dia la yang tadahkan muntah akak sebab tak sempat nak lari ke toilet. Masa akak sarat mengandung, dia la yang urut kaki akak bengkak sakitt tumit semua.

Masa mak akak tak sihat, dia la yang sibuk ke sana ke mari belikan ubat belikan barang dapur belikan semua yang mak perlukan.

Suami akak, baik sangat.. suami yang baik, ayah yang baik, anak yang baik dan menantu yang baik. Tapi tak bertuah bab kerjaya. Banyak dah pergi interview, tapi belum rezeki.

Everytime dapat result iv, mesti husband akak banyak diam. Sebagai isteri yang merasakan kesedihan suami, of course akak jugak sedih.

Terfikir kenapa orang sebaik suami akak ni rezeki kerjayanya tak mudah. Solatnya terjaga, tutur katanya baik, peribadinya elok dan hubungan sesama manusia boleh dikatakan tiada langsung musuh.

Siapa yang kenal suami akak mesti akak cakap akak beruntung dapat suami macam tu.

Akak akui, memang akak sangat beruntung dan akak bersyukur untuk itu. Tapi siapa la kita nak pertikaikan rezeki Allah kan. Kurang bab kerjaya, lebih bab lainm syukur seadanya.

Cuma bila kontrak ni nak tamat, akak jadi sedih. Sedih sebab kesayangan akak akan hilang kerja. Walaupun kontrak tapi dah bertahun ye kerja. Jangan tanya kenapa tak usaha mintak kerja lain.

Sebab akak pun kerja tempat sama dengan suami. Mula sebagai kontrak dan direzekikan jawatan tetap dah. So bila akak dapat tetap, akak yakin suami akak jugak boleh dapat tetap di company yang sama.

Sebab tu akak sendiri yang mintak suami stay jugak walaupun kontrak sebab yakin akan dapat tetap jugak nanti. Bak kata orang ramai, ibarat sebelah kaki dah nak kerja kerajaan. Cuma, siapa sangka kontrak akan ditamatkan. Sedihh..

Maaf ye semua.. akak bukan cerita nak meluah sangat pun tp jadi terluah banyak pulakk.. sebenarnya point akak mengarang kat sini ni akak just nak mintak doa kalian semoga murah rezeki suami akak..

dapat kerja tetap cepat dan semoga suami akak yang baik ni sentiasa gembira.. tak suka laa tengok suami akak sedih. pedihhh feel dia..

Mohon jangan kecam. Akak tak tahan kecaman. Just doakan yang baik baik akan mendatang dalam keluarga akak.

Akak selalu tengok orang komen dekat page ni ramaii.. sebab tu akak pilih page ni untuk mintak doa semuanya. Semoga ada doa doa kalian yang dimakbulkann..

Doakan ye murah rezeki kerjaya suami akak.. bab lain insyaAllah semua Allah dah cukupkan. Ada tempat tinggal, ada kenderaan, ada anak anak penyeri hidup dan ada keluarga yang harmoni. Akak bersyukur sangat.

Doakan ye murah rezeki suami akak dan keluarga kami.. terima kasih semua :)

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *