Doakan Mental Aku Kuat

Hi, aku bakal ibu yang kini mengandung lima bulan, anak pertama. Sekarang tengah pjj dengan suami.

Aku seorang yang bertubuh kecil sejak belum berkahwin lagi, berat cuma 38kg je. Jadi dikategorikan sebagai ibu underweight.

Lepas raya haritu, gula naik dan doc mintak awalkan tarikh minum air gula dari sebelum dijadualkan 28 minggu.

Puasa sebelum minum air gula bacaan okey tapi lepas minum sangkut gdm. Jadi kena lah buat bsp. Dua minggu sekali kena ulang alik kk.

Trimester pertama, alahan agak teruk dan berat turun 36kg. Masuk trimester 2, naik 39kg, alhamdulillah. Bacaan bsp okay tapi bacaan hb drop 10.6.

Masalah lain, aku ada goiter tapi bacaan darah untuk thyroid okay dan doc pakar cakap tak bahaya selepas review result ultrasound dan bacaan darah.

Next appointment pakar, dua bulan lepas berpantang untuk thyroid. Adakah aku dalam risiko bahaya?

Sepanjang mengandung aku cuba untuk jaga diri dan kandungan sebaik mungkin tapi kadang mulut-mulut nurse kk agak tajam dan buatkan aku down dan serik untuk mengandung pada masa akan datang.

Balik checkup, mesti berendam air mata. Hadap sesorang sebab suami jauh.

Ya, tak semua ya nurse macam tu, tapi mungkin nasib aku jumpa dia. Teruk sangat ke masalah yang aku dan kandungan aku?

Setiap ibu mengandung mesti impikan kandungan yang lancar tanpa ada masalah, percaya lah, tapi nak buat macam mana, aku pun tak mintak semua masalah tu timbul.

Tak perlulah perli dan keluarkan perkataan pedas. Ke benda ni normal je di semua tempat? Tak layak ke ibu underweight mengandung?

Konfem ke ibu gdm dan underweight berakhir dengan czer wp perkembangan berat baby normal pada minggu?

Kalau penat bekerja, kita sama saja cuma field berbeza, sama – sama penat..

Mental aku betul2 down, setiap kali teringat ayat2 yang keluar dari mulut dia. Hmm..

Tolong doakan aku kuat dan anak aku sihat sempurna. Tolong juga doakan aku bersalin dengan mudah.

Semoga ibu – ibu yang mengandung diluar sana juga sentiasa kuat dan dimudahkan urusan. Aamiin Ya Rabb.

– Bakal Ibu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. saya pernah kena juga, tp di hospital kerajaan, Dr di kk minta refer hospital sebabkan kandungan kecil sikit dari usia, dan nurse di hospital berkerumun tengok buku pink saya dan ramai-ramai baca kes dan salah sorang mula cakap “ni keguguran ni” dan nurse yang lain pun beezikir benda yang sama (nada mereka cakap agak tinggi dengan gaya malas layan kes saya sebab pada pandangan mereka – gayanya umpama – ni kes remeh/tak boleh diselamatkan- confim keguguran), saya sebagai ibu pertama sangatlah sedih dengan kenyataan tersebut, bila dah panggil masuk dalam bilik nurse, kena tengking sebab datang ‘lambat’, sedangkan saya baru buka buku pink (sebelum 8 minggu) dan terus ke hospital selepas direfer, tak tertangguh pun. Lepas nurse buat appt sebab takde Dr pakar yang boleh attend, kena sembur lagi dengan nurse-nurse yang lain ulang ayat “ni baby dah tak ada ni” “confirm keguguran ni” “oh, tak de jantung dah week berapa tak nampak lagi? mcm pelik je, gugur la ni”. Belum kira lagi pesakit dan nurse lain yang pandang saya sebabkan suara-suara mereka.

    Masuk je dalam kereta, saya meraung, sampai hati mereka kata begitu, siapa yang tak sayang anak dalam perut, cuba kalau itu anak mereka? Sanggup keluarkan kata kasar sebegitu? Saya doakan mereka rasa sakit sesakit perkataan kasar yang keluar dari mulut mereka, Allah makbulkan doa hambaNya yang teranianya.

    Doakan saya dikurniakan zuriat, sebab anak sulung saya sudah meninggal, saya keguguran (mungkin nurse tu puas hati sebab apa yg mereka ‘predict’ betul). Saya underweight juga, kandungan dan saya sihat ketika scan 2-3x, tapi rezeki Allah, mungkin Allah nak bagi hadiah lagi besar buat saya dan suami. Anak syurga. Doakan kami.

    Dan semoga Puan kuat, doakan saya menyusul ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *