Assalamualaikum kepada semua pembaca. Terima kasih sekiranya cerita saya disiarkan oleh admin. Ini bukan kali pertama saya menulis di sini. Cukup sekadar saya gelarkan diri saya sebagai Mama AA. Tujuan saya menulis pada pagi Jumaat yang mulia ini untuk mohon para pembaca semua doakan akan kesembuhan saya. Mungkin doa-doa anda sangat mujarab, tiada hijab dan dimakbulkan Allah. Dan semoga doa-doa yang diberikan kepada saya Allah lantunkan kembali kepada anda dan keluarga anda. Amin
Saya sudah berkahwin lebih kurang 6 tahun. Selepas saya berkahwin, sakit saya makin menjadi-jadi. Sakit disebabkan oleh penganiayaan orang yang mensyirikkan Allah, sakit yang tak mampu dilihat dengan mata kasar. Tetapi saya beruntung sebab dikurniakan seorang suami yang cukup sabar, penyayang, ikhlas. Sejak saya berkahwin, saya selalu nampak benda-benda pelik. Bukan kelibat, tetapi suatu jasad yg mukanya sangat mengerikan, rambut mengurai, matanya merah, tersenyum sinis bila saya terpandang dia. Pada mulanya suami saya ingat itu hanya halusinasi saya. Bila saya duduk sorang, benda tu akan muncul. Badan saya selalu sakit, mencucuk-cucuk. Tangan kiri selalu sakit, tulang belikat selalu rasa mcm angkat benda berat. Allah saja yang tahu seksanya apa yang saya tanggung.
Kadang-kadang dia yang akan bagitahu suami yang ada jin ikut mama, sakitkan mama. Sebenarnya saya mengalami masalah ni sejak tahun 2007/2008, masa saya masuk universiti. Tapi makin menjadi-jadi selepas saya kahwin. Dah banyak tempat saya berubat, tapi Allah belum bagi kesembuhan sepenuhnya kepada saya. Cuma tempat-tempat yang saya berubat tak bagitahu siapa si pelaku. Dan bagi saya, saya tak nak tahu siapa pelakunya sebab saya takut saya sedih, saya takut saya dendam. Saya hanya mampu doakan si pelaku tu sempat bertaubat sebelum Allah jemput dia. Kalau betul saya ada berbuat salah, ampunkan saya. Saya hanya manusia yang penuh dengan dosa dan tak lari dari kesilapan. Datanglah jumpa saya dan bagitahu saya apa salah saya supaya saya mampu betulkan semuanya. Saya mohon hentikanlah kesakitan yg kamu beri pada saya.
Walau apa pun, saya tak akan sesekali mengalah dengan syaitan dan iblis. Saya tak akan mengalah utk lawan segala kesakitan demi anak2 dan suami saya. Hanya Allah yang mampu cabut nyawa saya. Saya bersyukur sebab suami saya banyak membantu saya. Dialah yang bawa saya berubat merata rata. Bila saya sakit especially tengah2 malam, dia akan bangun urut saya. Cuma saya tak mampu layan dia sebaik isteri lain. Bila dia sentuh tangan saya, terus saya rasa nak marah, terdengar suara2 ghaib. Tapi saya kawal dgn istighfar. Saya tak akan tunduk dengan syaitan. Berdosakah saya sebagai seorang isteri? Tapi itu bukan kehendak saya, saya sayangkan suami dan anak2 saya.
Kepada papa/hubby, terima kasih sebab selalu doakan kesembuhan saya. Terima kasih sebab selalu bawa saya berubat. Terima kasih sebab selalu urut badan2 saya yang sakit. Hanya Allah yg mampu balas jasa papa. Dan kepada pembaca, doakan saya sembuh dari sihir ni. Doakan supaya saya dapat jalani hidup seperti biasa. Doakan saya mampu jadi isteri yg baik sebelum terlambat. Saya sgt impikan utk menjadi isteri yg terbaik di dunia dan di akhirat utk suami saya.
– Mama AA
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit