Doakan Saya

Assalamualaikum semua. Nama saya Nur (bukan nama sebenar). Berasal dari selatan tanah air. Orang yang biasa-biasa sahaja tapi alhamdulilah cukup sifat.

Saya sudah kahwin selama 6 tahun dan masih belum dikurniakan zuriat. Alhamdulilah suami saya seorang yang baik, penyabar, solat 5 waktu dan sempurna.

Saya juga dikurniakan keluarga mertua yang sangat baik dan memahami. Keluarga saya juga begitu memahami situasi kami yang belum mempunyai anak lagi.

Saya mulakan kisah saya. Sebelum berkahwin setiap kali bangun tidur, wajib akan ada kesan lebam pada peha dan betis. Pernah kesan tersebut bentuknya menyerupai gigi yang sempurna. Terkejut sangat Allah saja yang tahu.

Manakala selepas berkahwin, saya kerap mimpi ular besar…tapi ular tersebut tidak menyentuh saya…dia sekadar melihat saya dari jauh..boleh dikatakan dalam seminggu akan bermimpi ular.

Saya juga kerap bermimpi bayi. Paling saya ingat sehingga sekarang, saya bermimpi saya berjalan seorang diri di atas jalan raya. Ada van putih berhenti dan saya buka pintu tersebut untuk masuk.

Apabila saya masuk, anggaran 20 orang bayi berpakaian putih dan senyum kepada saya. Saya tersangat-sangatlah happy dan terjaga dari tidur.

Mimpi berkaitan budak kecil pula lingkungan umur 3 tahun. Saya pimpin tangan dia berjalan tepi pantai. Tiba- tiba datang ombak yang sangat besar ke arah kami.

Saya dan dia berlari ke dalam satu rumah kecil. Ombak tersebut seperti tsunami datang menghempas pantai dan rumah kayu yang kecil itu.

Kemudian bila keadaan kembali reda, saya buka pintu dan lihat habis berkecai semuanya di kawasan pantai kecuali saya, budak kecil dan rumah tersebut. Allah selamatkan kami.

Masuk kepada bab rawatan pula. Pelbagai rawatan saya sudah cuba. Rawatan traditional mahupon moden. Dalam tempoh 6 tahun ni, semua ni saya sudah buat.

1) Exercise.

2) Minum susu dengan kurma.

3) Makan madu.

4) Buah zuriat.

5) Rawatan hospital IUI.

6) Berurut.

7) Jumpa ustaz. Ustaz kata bukan buatan orang. Cuma ada ‘jin asyik’ yang sukakan saya. Saya sebenarnya tidak faham apa maksud ustaz tersebut. Ustaz tersebut juga kata jangan percaya 100%, cuma ambil cakna apa yang dia katakan.

8) Minum air Yassin.

9) Baca Al-quran.

10) Solat hajat.

11) Makan asid folic.

12) Sebelum tidur baca doa, ayat kursi dan 3 kul.

13) Cuma ivf je belum lagi sebab duit masih tidak mencukupi.. kami masih dalam proses menyimpan.

Saya juga sering memberi kepada orang yang memerlukan apabila berjumpa di tepi pam minyak, 7E dan sebagainya. Apabila keluar makan dikedai, kucing akan datang ke meja kami.

Pernah suatu hari kami keluar makan di sebuah kedai, ada 6 ekor kucing yang mengelilingi meja kami sahaja. Suami dan saya menghulurkan makanan kepada kucing-kucing tersebut.

Ada juga kawan-kawan kata salah teknik ketika ‘bersama’ dan mereka bagi idea berkaitan teknik-teknik tersebut. Saya sudah cuba semua. Semuanya gagal.

Saya sudah ajukan kepada suami berkaitan pengambilan anak angkat. Tetapi suami tidak setuju. Dia tidak mahu kami jadi seperti saudaranya. Saya juga kurang pasti apa masalah tersebut.

Suami selalu bagi nasihat kepada saya.

“Sayang perlu bersabar dengan setiap ujian yang Allah bagi dan anak tu akan hadir tepat pada masanya. Jika kita mempunyai anak, mungkin akan ada masalah lain akan timbul.

Bersangka baiklah dengan Allah. Jika kita tiada anak pun tidak mengapa, banyak masa kita berdua dan kita boleh gembirakan mak abah dengan bawa dorang bercuti”.

Saya buntu kawan-kawan. Sekarang saya hanya berserah kepada Allah. Disebabkan umur saya sudah pertengahan 30 an, saya sedih mengenangkan nasib sendiri. Saya terfikir masa tua nanti siapa akan jaga saya. Saya sakit siapa akan hantar ke hospital.

Doakan saya mempunyai zuriat ya. Sekian sahaja daripada saya… Assalamualaikum.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *