Doakan Saya Dikurnia Zuriat

Assalamualaikum semua. Minta maaf sekiranya confession saya ni tak menarik bagi sesiapa. Saya hanya ingin menggunakan platform ni untuk meluahkan dan memohon doa kalian.

Saya berumur 28 tahun, sudah berkahwin selama 2 tahun lebih tetapi masih tiada rezeki zuriat untuk saya dan suami. InsyaAllah semoga Allah permudahkan semua.

Dipendekkan cerita, saya ni dulu pernah di diagnose ade endometriosis dan sudah menjalani pembedahan untuk membuang cyst tu.

Selepas pembedahan, saya kena inject ubat lucrin setiap bulan selama 4 bulan, ubat lucrin ni untuk tak bagi saya period la, sebab endometriosis ni dia berlaku apabila period ni dia backflow ke tube atau ovari atau tempat lain la.

Sakit kene inject tu memang tak boleh nk cerita la, rasa macam nak give up, tapi saya kuatkan jugak semangat.

Selepas habis lucrin regime tu, saya disyorkan oleh doktor pakar untuk makan ubat clomid, ubat ni untuk membantu penghasilan telur la senang cerita.

Untuk cycle pertama saya makan clomid 50mg setiap hari selama 5 hari (dari hari ke 2 hingga ke 6 period), tapi takde rezeki jugak.

Untuk cycle ke 2, saya mencuba untuk buat IUI, kena makan clomid jugak, then hari ke 10-14 kena pergi hospital untuk buat scan nak tengok telur dah cukup besar ke tak.

So, kalau telur dah cukup besar 12-20mm, doktor akan inject ubat hcg untuk paksa telur tu pecah sebelum doktor masukkan air mani ke dalam rahim.

Sakit ketika prosedur nak masukkan air mani tu, Allah sahaja yang tahu betapa tak selesa dan sakit nya prosedur tersebut. Tapi cycle ni pun kami tak berjaya.

Proceed to cycle ke 3, still nak buat iui, cuma kali ni doktor naik kan dos clomid tu, kalau sebelum ni sebiji 50mg, kali ni doktor suruh ambik 2 biji (100mg). Melalui proses yang sama, malangnya still tak berjaya selepas 2 kali proses IUI.

Masa ni dah start rasa nak down sebenarnye, menangis atas tikar sejadah tiap-tiap hari mintak Allah kurniakan kekuatan dan kesabaran buat saya.

Kali ni doktor suruh saya proceed dengan IUI kali ke 3 dan dos clomid di naik kan jadi 3 biji (150mg). Hari ni saya baru start makan clomid 150mg sehari.

Itu untuk part rawatan moden, saya try juga rawatan tradisional seperti mengurut peranakan. Ada juga try madu, 1 botol untuk suami dan 1 botol untuk saya, tapi sempat makan 1 botol je sebab mahal la plak kalau nak makan selalu.

Sekarang saya cuba minum air rebusan buah zuriat, dah 2 bulan minum air ni, harapnya ade la rezeki nya ye.

Kalau untuk part husband saya,kami dah pergi check, semua normal dan husband saya pun bukan merokok.

Basically, memang puncanya saya la masalah ni berlaku dan semestinya juga ketentuan Ilahi.

Tolong doakan saya dikurniakan zuriat dalam masa terdekat, dikurniakan kekuatan dan kesabaran untuk menjalani ujian ini. Aamiin Ya Rabb.

Terima kasih tolong doakan saya ye. Wassalam…

– Yang berharap (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *