Doakan Saya Mudah Dapat Jodoh Terbaik

Assalamualaikum wbt, perkenalkan diri ini sebagai Puan Bunga. Terima kasih kerana sudi baca confession saya.

Saya seorang ibu kepada seorang puteri. Hampir 2 tahun telah berpisah. Alhamdulillah kehidupan kini lebih baik & tenang.

Cuma sebagai seorang wanita, perasaan ingin berpasangan itu selalu timbul. Ya saya faham ramai yang akan kata lebih baik besarkan anak dahulu, kena hati-hati pilih pasangan supaya tak tersalah pilih.

Saya ambil semua nasihat itu dengan baik. Tapi dalam masa yang sama saya juga nak memiliki pasangan hidup yang serasi, sekufu & bahagia hingga ke jannah.

Itu impian kebanyakan wanita, tiada yang mahu kahwin untuk berpisah. Kisah lama saya dah lupakan, maafkan & redha dengan semuanya serta sudah move on.

Dalam doa saya selalu bermohon agar anak saya membesar dalam kasih sayang ibu ayah yang lengkap & keluarga yang sempurna serta bahagia seperti kanak-kanak lain.

Walaupun ada yang cuba berkenalan & kenal-kenalkan, tapi belum jumpa yang hati saya benar-benar boleh terima.

Kadang-kadang saya cemburu lihat dalam media sosial mereka yang ada pasangan, keluarga sempurna.

Saya bukan tak redha, malah saya bersyukur kerana mungkin Allah belum berikan saya bahagian itu,

Tapi Allah gantikan dengan nikmat yang lebih baik seperti peluang berbakti kepada ibu ayah, dapat travel, keluarga yang sangat caring & supportive kepada saya & anak.

Saya akui bukan mudah besarkan anak sendirian, kadang-kadang emosi naik turun. Perlu kuat, tabah & cekal. Alhamdulillah saya yakin Allah akan sentiasa mudahkan urusan sentiasa.

Cuma saya berharap dapat menghadiahkan ibu ayah saya menantu yang baik, soleh, bertanggungjawab & penyayang serta jujur dan ikhlas menerima saya & anak seadanya.

Kerana saya juga bercita-cita memiliki keluarga sendiri yang Mawaddah Rahmah & Sakinah demi anak saya.

Ya saya buntu mana nak jumpa calon yg hati saya boleh terima & yakin. Kerana mungkin circle kehidupan saya kecil & hanya sibuk dengan kerja & anak.

Mungkin pembaca ada cadangan bagaimana saya boleh jumpa calon yang sesuai & yang serious.

Terima kasih kepada yang sudi membaca & memberi komen yang positif. Moga segala hajat & impian kita semua tercapai aamiin.

– Puan Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *